10 Jun 2011 - 9.23 am
Apa kata korang baca dulu cerita ni, nanti aku komen kat bawah tu..
NILAI - Seramai 23 pekerja lelaki Vietnam dan Bangladesh cedera dalam satu pergaduhan di asrama pekerja kilang tekstil di Taman Semarak di sini malam kelmarin selepas seorang wanita Vietnam mendakwa dia cuba dipikat oleh seorang lelaki Bangladesh.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd. Manan Mohd. Hassan berkata, tiga daripada mangsa yang cedera iaitu dua warga Vietnam dan seorang Bangladesh terpaksa dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban manakala yang lain hanya mendapat rawatan pesakit luar.
