Rasenye dah 18 dekad aku tak update blog nih. Bukan takde benda nak update, tapi aku agak kemalasan menaip. Huhu. Padahal banyak giler review movie2 yg aku dah tengok yg aku nak buat, tapi bila penyakit 'M' tu datang, terus ape pun tabley.
Tapi kali ni aku just nak tulis citer pasal kucing2 aku je. Taknak la tulis citer pasal spedo2 orang, kang tak pasal2 dapat mesej ugutan nak kena tampar di khalayak ramai. Ko mampu nak tampar org? Aku tak mampooooo~~
Berbalik pada cerita kucing, start 2 bulan lepas aku ade bela 2 ekor kucing. Kucing2 ni bukan ler aku beli, tapi aku kutip je. Kutip kat mana tanak citer. Huhuhu~~ Ok, tengok la gambar2 bawah ni k.
Ni mase aku baru ambik diorg dulu. Dah la bulu kotor giler, banyak kutu lak tu. So lepas bagi makan je, aku terus mandikan. Menjerit2 gak la diorg. Tapi yg bagusnya bebudak ni, diorg just menjerit2 je. Takde pun cakar2 aku. baik yerrrr~~ :)
Lepas mandikan, baru la bulu bersih. Yang putih tu dulu agak kekuningan bulunya. Nama diorg : Fredo (kelabu) dan Freya (putih). Sekor jejantz sekor kakak2.
Buat pose manja. Cium kang!
Freya didera oleh Fredo yg sangat nakal.
Kontrol macho.
Freya yg sangat manja.
So sekarang tiap2 hari time lunch hour mmg aku akan balik rumah utk bagi diorg makan, dan kena temankan lagi. Kalau tak nt diorg taknak makan. Ngader takkkk?~~ (bahagian tertentu terpaksa ditutup sbb aurat)
Satu hal yang penting dalam penjagaan kucing ialah makanan diorg. Royal Canin Hair & Skin + Katty Food.
Aku tak bagi kucing2 ni makan makanan2 komersial spt Friskies atau Whiskas sbb tak berapa elok utk kucing. Kalau yg dalam tin takpe, sbb dibuat dari bahan sebenar. Tapi kalau yg jenis pellet tu, tak berapa elok sbb diorg (Friskies, Whiskas dll) guna by-product. Maksud by-product ialah produk2 yg tak digunakan. Contoh kalau makanan tu tulis 'made from chicken by-product', maknanya makanan tu diperbuat dari bahagian2 ayam yang takleh digunakan spt kaki, paruh, kepala, balung, tulang dll. Ada khasiat ke bahagian2 tu? Sbb tu kalau korang bagi kucing makan makanan2 komersial jenis pellet ni, taik diorg banyak dan busuk. Sebab kebanyakan makanan yg diorg makan takde zat dan terpaksa dibuang.
So utk kucing2 aku ni, aku buat la setakat yang aku termampu utk jaga kebajikan diorg. Kalau ikut gambar di atas :
1. Syampu : Mula2 aku pakai yg botol kuning tu, tapi mcm tak berkesan je utk bunuh kutu2. So skrg try yg botol putih tu lak. Dr. Pets Cat Shampoo (RM19.90 for 2000ml)
2. Pasir : Utk diorg berak ler. Cats Pride Odor Control (RM28.00 per pack). Satu beg ni leh la tahan sebulan. Yang best dia ade pasir kaler biru. Cantik kot. Errrr.. Aku guna yg Odor Control ni sebab pasir tu akan menyerap bau taik kucing. So kurang la sket kehampehan bau tu.
3. Cat Food : Makan utk tumbesaran! Jenama Blackwood ni aku baru beli semalam kat Seremban sbb kat pet shop Muadzam ni takde jual. Aku nak tukar ke Blackwood ni sebab murah sikit. (RM37.00 for 1.8kg).
4. Cat Food : Jenama Katty ni sebagai tambahan kepada makanan yg agak mahal, so takde la kucing tu bergantung sepenuhnya kat makanan mahal. Dapat la save bajet. Huhu. (RM15.00 for 1kg).
5. Cat Food : Jenama Royal Canin - Fit 32. Yg ni mmg akan menyihatkan kucing. Kucing aku yg dulu kurus kerimping skrg dah agak gemok. I suka! Tapi jenama Royal Canin agak mahal. Sebab tu aku nak tukar ke jenama lain. (RM28.00 for 1kg).
6. Cat Food : Jenama Royal Canin - Hair & Skin. Yg ni lagi la mahal (RM35.00 for 1kg). Tapi aku beli ni dah lama dulu, sbb tu dah tinggal sikit. Dan aku takkan guna lagi kot yg ni sbb mahal dan tak berguna utk kucing2 aku yg berbulu pendek tu.
7. Cat Food : Jenama SmartHeart. Utk makan tengahari, memang aku akan campurkan dgn makanan dalam tin supaya diorg berselera sket. Takkan kita je nak makan sedap. Kucing pun nak makan sedap gak. Tapi aku bagi time lunch je. So satu tin tu leh la tahan 3,4 hari. (RM3.70 per can).
8. Cat Snack : Jenama Vita-DENT. Ni sbg jajan je utk kucing2. So kalau kucing2 tu buat sesuatu yg baik cthnya rajin minum air, leh la bagi ni sbg upah. Takleh bagi selalu sebab mahal nak mampos. (RM10.90 per packet)
9. Cat Food : Jenama NutriEdge. Yang ni sample je. Aku dapat free mase gi pet shop kat Seremban semalam. Kater owner pet shop tu, makanan ni elok utk kucing sbb langsung takde by-product dan takde bahan sampingan yg mengenyangkan. Mmg pure nutrien. Tapi bila aku bagi kat kucing2 aku, diorang taknak makan pun. Haha! Seb baik.
10. Vitamin : Tak tau jenama apa. Beli kat pet shop Muadzam. Ni utk membekalkan vitamin2 asas yg penting utk kucing. Tapi yg aku suka ttg vitamin ni, ia ada bau yg menaikkan selera kucing. So bila aku letak vitamin ni kat makanan yang diorg tak berapa gemar nak makan, terus jd berselera. :) Dan vitamin ni agak murah gak. (RM8.00 per 60ml - 2 botol)
11. Ubat cacing : Jenama Bexton. Ni aku beli masa mula2 ambik kucing2 tu dulu sebab diorg hidup kat dunia luar yg banyak terdedah kat bakteria dan cacing. So aku dah bagi sekali mase mula2 bela, dan lagi sekali slps 2 minggu. So lepas ni kena repeat setiap 6 bulan. Tapi murah je dan leh pakai lama. (RM20.00 per bottle)
12. Furball Control + Vitamin : Jenama Troy. Gel ni just letak kat jari dan kucing akan jilat sbb baunya sedap kot. Guna benda ni adalah untuk mengeluarkan semula bulu2 kucing yang diorg dah tertelan semasa diorg jilat badan diorg. (RM35.90 per tube)
Bila tgk balik, mmg banyak gak la dah habis utk kucing2 ni. Ni baru penjagaan diorg. Tak kira lagi sangkar, mainan dll. Tapi takpe, asalkan diorang kekal comel dan MANJA!! Huhuhu~~
UPDATE! : Freya dah pakai rantai! :) Thanks Aiman sbb bagi rantai.. Sebenarnya rantai loceng ni utk arnab dia, tp arnab dia tak suka pakai. So dia bagi kat aku. Jeles Fredo tgk Freya pakai rantai baru.
UPDATE! : Freya dah pakai rantai! :) Thanks Aiman sbb bagi rantai.. Sebenarnya rantai loceng ni utk arnab dia, tp arnab dia tak suka pakai. So dia bagi kat aku. Jeles Fredo tgk Freya pakai rantai baru.
Bertambah comel la saya! Macam Doraemon!
Meowww~~
Meowww~~
Meowww~~
Entry lain yang berkaitan kucing :
Plain Cuter! - Even Newer Member
Plain Cute - The Day They Were Born!
Plain Cute - New Family Member
Plain Me - D.I.Y. Mouse
Plain Me - Cat House
Plain Cute - My Life As A Cat Owner
Plain Cute - The Day They Were Born!
Plain Cute - New Family Member
Plain Me - D.I.Y. Mouse
Plain Me - Cat House
.
6 comments:
hehehehe
salam singgah
cute sgt kucing tu tutama yg wrna putih =)
suke ^_^
@ELeEa : Kannnn!! Comel sgt diorg!! Mmg selalu kena picit2 sbb geram!!
Hi. Comel kucing2 awak. Nak tny, petshop kt muadzam kat mana ek?
@Fieza Areyza : Tau tak CIMB? Petshop tu sebaris CIMB tu, kedai paling hujung. Cuma barang2 kat situ agak mahal.
Barang kucing ko byk gile. Aku hanye ade sangkar ngn toilet kucing je. Mknn minum tghri baru topup. Dia aku bele dah 10 thn. Dulu dia dah kwin, tapi parent aku xnak. So bini & anak2 dia smua bg kt org..
@IKHZAD ASHRIQ MOHD SAZALLI : Haha!! Ni masa kucing 3 ekor dulu boleh la. Sekarang dah berbelas2 mmg tak la jaga mcm ni. Bagi makan biasa2, pasir, ubat cacing ngan brewer's yeast je. Tak mampu dah. Haha!!
Post a Comment