Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Thursday, January 19, 2012

Plain Shocking - Wardina Dituduh Berlakon Dalam Kes Samun?

19 Januari 2012 - 11.38 am


Ramai yang dah tau pasal kes samun rumah Wardina Safiyyah. Now ada pula yang mempertikaikan tentang cerita tu. Sila baca :
***************************************************


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menjemput penulis blog Ruang Bicara Faisal (RBJ) menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar.

Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh penulis blog tersebut seperti yang diminta.

“Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.

“Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut,” ujarnya ketika dihubungi di sini, Rabu.


Wardina diminta mengulas tulisan RBJ menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com yang mempersoalkan kononnya dia memperbesar-besarkan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya semata-mata untuk menagih simpati orang ramai bagi mendapatkan publisiti.

Penulis blog itu juga mempertikaikan tindakan Wardina yang mendakwa berada dalam keadaan trauma tetapi sempat meminjam komputer milik jiran untuk menulis kejadian yang berlaku menerusi Twitter miliknya.
Dalam pada itu, Wardina berkata, dia tidak berasa terkesan dengan tulisan tersebut sebaliknya menganggap penulis blog itu terlalu mempunyai banyak masa untuk menulis pelbagai cerita mengenai orang lain.

 *************************************************** 

Hari ni bila aku cari entry kat blog si Faisal tu, dah takde. Dia dah delete dan diganti dengan entry ni :
Bagi aku, kenapa nak pertikaikan musibah yang menimpa orang lain? Aku rasa kalau rumah aku kena samun pun, perkara pertama yang aku buat ialah update status kat FB.. 

Chow!
.
.

5 comments:

Nelly The Strange said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mestilah wardina sedih ... 5 laptop kan kena amik !
kita yang kalau 1 laptop pun dah meroyan habis ...
memang lah dia sedih , tapi at least dia nak juga cerita .
-.-

Yazid Yahya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yup.. tak baik cakap bukan2 ttg dia.. dah la dia ditimpa musibah, org kutuk2 lagi..

Tara Asrar (NEW) said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

manusia, memang tak boleh tengok orang senang agaknya .. hurmm

izfanora said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

teknologi.. normal pada masa kini.. macam dia juga.. sibuk bangkitkan isu kat blog. knp ? sbb itu yg pertama dia terfikir..

susumanis said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

for some ppl nowdays, FB , tweeter is their best fren :0

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!