Aiyooooo.. Dah berkurun lamenye aku tak update blog nih.. *Berkurun lamaaaaaa.. Kurasakannnnn.. Cintaku padamuuuuuu...*
Tak tau nak update apa, so aku nak letak satu resipi yang sangat best dok ada!! Resipi ni aku buat malam tadi dan aku pasti semua orang kat dunia termasuk orang kat Somalia yang terpaksa makan tanah tu pun tau resipi nih iaitu, Cekodok Bawang! Cakk!! Cakkk!! Cakkkkk!! 2 Rencah, Takde Rase katernyer.. Merepek sudaaa.. Wachaaaa!!
Vaeklah yer fuan-fuan dan hakak-hakak dan havang-havang yang feeling kakak-kakak, kita tengok dulu vahan-vahan untuk vuat resifi ni k... (Gedik tak hengat.. Mamak, order penerajang satu!!)
- Tepung gandum (Berapa gram aku tak pasti, sebab aku guna je tepung tu tanpa timbang terlebih dulu.. Agak2 sudaaaa.. Motep nak timbang2 vagaih? Ko hengat ko Chef Riz yang pernah jadi Chef De Cuisine kat Itali? Gehtooooo..).
- Bawang Besar 2 biji (Memang saja guna DUA biji yer.. DUA (2) biji tu tak bersimbolikkan apa2 maksud.. Sekian.).
- Garam secukup rasa (Kalau rasa2 tekanan darah tu dah mencecah paras hidung, sila abaikan perkataan 'secukup rasa' dan gantikan dengan perkataan 'secubit' atau 'sekelumit').
- Sedikit ikan bilis (Kalau bajet korang yang hadooo macam aku, boleh ikut taktik aku menghasilkan ilusi optik untuk membuatkan ikan bilis tu nampak banyak. Biasa orang siang ikan bilis dengan belah dua je kan.. Tapi lepas belah dua tu, korang belah lagi ikan bilis tu jadi 4.. Haaaa!! Kan nampak banyak dan mewah!!)
- Minyak masak secukupnya (Sila jangan kedekut minyak masak yer.. Masukkan secukupnya dalam kuali.. Kalau tak cukup, campur je dengan minyak lebihan goreng ayam, ikan dan lain2 yang korang simpan tuh.. Abaikan je taik2 minyak yang wujud.. Anggap mereka tu caviar je vollehhhh?)
- Kuali atau ape2 je perkakas menggoreng yang korang rasa sesuai dan selesa..
Ok, kita dah tengok bahan-bahannya.. Sure senang nak dapat kan bahan-bahan tu.. Lagi-lagi kat rumah orang-orang bujang time hujung-hujung bulan.. Memang akan mewah dengan bahan-bahan tersebut.. Tak gitewwwww?... Sekarang kita tengok pulak cara-cara membuat Cekodok Bawang... Action!! Eh jap, tuan direktor, boleh malapkan sikit lampu spotlight tu tak? Cair mekap mak......
Mula-mula, rendamkan ikan bilis yang dah disiang tadi ke dalam air.. Ini bukanlah untuk menghidupkan kembali ikan-ikan bilis yang dah terbelah 4 tu, tapi untuk melembutkan mereka.. So takde la masa kita gigit cekodok tu nanti, rase macam gigit paku..
Lepas tu, potongkan bawang besar tu halus-halus.. Tapi ikut la kegemaran dan kegeraman korang.. Ada yang suka bawang tu panjang-panjang.. Motepppp suka panjang-panjang?.. Dah la 2 biji.. Sesuatooo...
Bancuhkan tepung bersama air dan garam.. Pastikan air tak terlalu banyak atau terlalu sedikit.. Yang sedang-sedang sajork occayyy!! Gaulkan adunan (mcm kek la plaaaa) tersebut sehingga sebati, dan kemudian masukkan bawang dan ikan bilis tadi.. Biarkan ikan-ikan bilis tersebut berenang-renang bebas di celah-celah rimbunan dedaunan bawang yang mekar di dalam adunan tersebut.. Apabila ikan-ikan bilis tu dah lemas, barulah gaulkan adunan tersebut lagi dan ratakan bawang dan ikan-ikan bilis..
Beginilah rupa bawang.. Ada yang tak kenal rupa bawang ke? Ikan bilis dah lemas dalam adunan tu, so dah tak nampak dah.. Masa buat resipi ni, mengalir gak airmata sebab takde duit nak makan potong bawang..
Setelah siap adunan, boleh la start upacara menggoreng.. Letakkan kuali atas dapur, tak kisah la korang pakai dapur gas atau dapur elektrik hatta dapur arang mahupun dapur kayu sekalipun.. Masukkan minyak masak secukupnya dan tunggu sehingga minyak panas.. Bila minyak dah panas, masukkan adunan tersebut satu-persatu menggunakan sudu.. Saiz cekodok tu ikut la kesesuaian mulut korang yer.. Kalau mulut ala-ala Ning Baizura ikan paus, leh la buat besar-besar..
Errr.. Sila abaikan kuali yang hitam-hitam tu k.. Iklan je tuh..
Satu petua yang aku tau kalau goreng cekodok nih, kita kena ceraikan cekodok-cekodok tu antara satu sama lain semasa menggoreng.. Baru la cekodok tu akan naik dengan cantik dan gorengan yang rata.. Aku tak pasti la dengan orang lain, tapi aku suka cekodok yang rangup di luar, kenyal di dalam.. Jadi untuk hasilkan cekodok yang sebegitu, kena goreng menggunakan minyak yang banyak dan panas maksimum.. Tak boleh goreng lama-lama, so kena cerai-ceraikan cekodok tu dalam masa yang pantas.. Sangat mencabar yer.. Tapi hasilnya sangat menggedikkannnnnn....
Garing di luar, tapi gebu di dalam.. Kao mampooooo??!!
Nampak hasilnya?? Sila merembeskan memancutkan melelehkan air liur yer.. Kalau betul teknik yang digunakan, memang akan menghasilkan cekodok yang santek.. Kalau cekodok korang tu lembik dan sembap je, tu maknanya korang kurang kasih sayang salah teknik la tuh..
Cekodok ni aku makan malam tadi bersama kopi O sambil layan online dan tengok movie.. Syahdu jeeee.. Makanan ni sesuai la dgn aku yang tengah takde duit diet nih.. Boooyaaaahhhh!!!
Kenyang dan sedap!! (Bukan statement pujuk diri sendiri sebab mampu makan cekodok je untuk dinner k, tapi memang sedap.. Seriousshit!!)
Vaeklah fuan-fuan dan hakak-hakak dan fondan-fondan dan havang-havang yang feeling kakak-kakak (kembali disampuk mode gedik), selamat mencuba resipi yang sangat mudah dan murah ini yer.. Memang tak rugi.. Kalau tak sedap pun, buat-buat sedap sudah dan makan sambil nanges~~~
Chow!!
.
.
4 comments:
ala...cekodok je...potongan bwg tu agk besr n byk sgtla..kalu akk, akk akn kurgkan bwg n potg halus2.Apapun tahniah sbb pandai msk.
@Anonymous : Ni akak tulen ke akak tiruan nih? Hehe.. Saya suka bawang tu besar2 and banyak2.. :)
tulen bang...tulen.he..he..
@Faridah Hanim : Carutttt!!!
Post a Comment