Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Thursday, June 9, 2011

Plain Gamer - NintenDone It Again, And Again!!!

9 Jun 2011 - 10.01 am

Nintendo akan mengeluarkan konsol baru pada tahun 2012 nanti. Konsol itu ialah : Wii U!

Wii U™
Wii U (disebut /ˈwiːju/) ialah projek terbaru oleh Nintendo untuk konsol video game rumah, dan merupakan pengganti kepada Wii (biasa la, Nintendo mmg suka keluarkan produk pengganti kepada produk2 diorg utk tambahkan jualan spt GBA ke GBASP, NDS ke NDSL ke N3DS dll). Konsol ni dijangka akan dilancarkan pada tahun 2012, seperti yang diperkatakan semasa Electronic Entertainment Expo 2011 yg lepas.

Wii U merupakan konsol pertama dari Nintendo yang mampu menjana (menjana kaooo) video definisi-tinggi 1080p, dan menggunakan alat kawalan (controller) yang serba baru, dilengkapi touch-screen, dan ini membenarkan pemain utk terus bermain game walaupun selepas TV ditutup. Konsol ini boleh memainkan game2 Wii dan Wii U, dan juga menyokong penggunakan gajet2 Wii spt Wii Remote dan Wii Balance Board.



Ni sedikit specs yang Nintendo bgtau ttg Wii U:

Pelancaran : 2012

Saiz : Lebih kurang 1.8 inci tinggi, 6.8 inci lebar and 10.5 inci panjang.

Alat Kawalan : Bersaiz 6.2 inci, 16:9 touch screen dan butang2 kawalan tradisional Nintendo termasuk 't' button yg diorang dah trademark tu dan juga 2 analog pad bulat. Alat kawalan ni juga mempunyai accelerometer dan gyroscope (spt N3DS), rumble feature, kamera, mikrofon, stereo speaker, dan stylus.

Kawalan Lain : Sehingga 4 Wii Remote™ (atau Wii Remote Plus) boleh disambungkan pada satu2 masa. Menyokong semua Wii™ controllers dan gajet2 input yg lain spt Nunchuk™ controller, Classic Controller™, Classic Controller Pro™ dan Wii Balance Board™.
   
Video Output : Menyokong video2 1080p, 1080i, 720p, 480p and 480i. Disertakan kabel HDMI.

Audio Output : Menggunakan AV Multi Out connector. Six-channel PCM linear output melalui HDMI.

CPU : IBM Power®-based multi-core microprocessor.

Ni pic2 Wii U. Enjoy!!













Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!