Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, November 27, 2012

Plain Thought - Seniority Is So Overrated

27 November 2012 - 3.38 pm


Bila sebut pasal senioriti, mesti semua orang paham benda nih.. Maknanya, orang lama mesti hormat orang baru, walaupun kadang-kadang orang lama tu sebenarnya setaraf sampah dan tak perlu dihormati langsung. Bukan la maksud aku kesemua senior macam tu, tapi ada sebilangan kecil yang hanya bergantung kepada tempoh bertugas untuk berlagak tak mengira tempat.. ooppsss, lupa nak cakap, apa yang aku tulis ni bukan berlaku kat tempat aku keje sekarang ni.. Ianya berlaku in a land far far awayyyy~~

hanya kerana seseorang tu baru bertugas, ataupun dah lama bertugas tapi tak selama pekerja senior, dia dianggap 'kecil' dan sewenang2nya diherdik dan dicaci walaupun dia tidak melakukan kesilapan yang besar.. Malah kadang-kadang apa yang dilakukan oleh pekerja junior tersebut hanyalah menegur sesuatu yang dia rasakan tak betul, tapi oleh kerana dia junior, pendapat dia akan ditolak bulat2 dan tak kurang juga diherdik dan diugut. hanya kerana pekerja senior merasakan bahawa pekerja junior seolah2 mahu menjatuhkan ataupun mengaibkan beliau..

Ada terjadi juga, pekerja junior tu lebih tua dari pekerja senior, tapi oleh kerana terlalu megah dengan pangkat senior, pekerja senior tu langsung tak menghormati pekerja junior tersebut.. Megah sungguh.. Macam cib*i.. Walaupun cetek pengetahuan/didikan agama sekalipun, takkan cetek adab sopan warisan Melayu? Ternyata semua hanyalah alasan untuk menegakkan benang yang basah..

Giler kan aku merepek petang2 nih..

Chow~~

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!