Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Saturday, December 1, 2012

Plain Cute - New Family Member

1 Disember 2012 - 10.58 am

Aku ada soalan matematik.. 2 + 1 jadi berapa? Pada yang tak dapat jawab, jawapannya adalah 3.. Errr.. Semalam, aku ada tambah sekor lagi kucing kat rumah ni, so sekarang kucing aku dah ada 3 ekor.. Tu la signifikannya soalan matematik tadi ok.. Tak faham? Baeklahhhh~~ Moving on..........

Kucing terbaru ni bukan aku beli pun.. Aku ambik dari kawan ofis.. Thanks Sha sbb bagi kucing.. Mase aku ambik tu, Sha cakap mmg dia tgh cari org utk ambik kucing2 tu sebab ibu kucing tu nak terberanak lagi tak lama lagi.. Aku ucap thanks kat Sha, dia pun ucap thanks kat aku sbb ambik kucing tu.. Pelik lak aku rasa.. Kakaka~~

Anyway, aku dah siap2 bawak carrier dari rumah masa nak ambik kucing tu.. Tapi masa nak masukkan dalam carrier tu, kucing tu takut nak masuk.. Aku rasa mungkin sbb carrier tu dah ada bau kucing aku kot.. Ntah laaaa.. Anyway berjaya gak masukkan dia dan aku pun bawak la balik rumah aku.. Takkan nak bawak balik rumah jiran lak kannn..

Kucing baru yang masih dalam carrier.. Fredo usha2 dari luar.. Freya lak awal2 dah lari bila dgr kucing baru tu mendengus..

Oleh kerana kucing2 tu macam tak berapa suka antara satu sama lain, so aku buat la pendekatan macam yang aku baca dalam blog2 kucing (kucing pun pandai buat blog kan?) tentang teknik memperkenalkan kucing baru kepada kucing lama.. Caranya agak mengambil masa gak.. Aku kena asingkan kucing baru ni kat dalam satu bilik kuarantin selama lebih kurang seminggu, dan nasib baik rumah aku ada satu bilik kosong sebab housemate aku baru kawen 2 bulan lepas.. Sambil tu aku biasakan kucing2 tu dengan bau masing2 seperti aku letak mainan yang kucing lama dah main kat kucing baru dan letak sikit pasir dari litterbox kucing lama kat dalam litter box kucing baru, vice versa.. Ini untuk biasakan diorang dengan bau diorang.. Aku kena buat macam ni lebih kurang seminggu, lepas tu cuba temukan diorang.. Kalau belum biasa lagi, kena sambung lagi buat sampai diorang dah tak mendengus.. Takpe, aku sanggup buat.. :)

Nak tengok kucing baru tu? Ni dia :

 Duduk bawah katil je sebab takut.. Tapi dalam takut2 tu manja gak..

 Tak duduk kat hujung katil pun.. Duduk kat luar2 je sebab sebenarnya bukan takut, tapi malu kot..

 Bila aku hulur tangan, kemain laju lagi dia lagakan badan dia kat tangan.. Padahal malu2 lagi tuh.. Kalau dah tak malu nanti komfem lagi manja kot..

 Pandai pose utk kamera.. I loikeeee~~

Semua benda dia nak sondol.. Tapi tu sebenarnya cara dia nak release stress, iaitu dengan meletakkan bau badan dia kat persekitaran dia..

Oleh sebab bekalan Royal Canin dah nak abis, so aku tak bagi dia ni RC dah.. Aku bg BlackWood terus.. So nt tak la susah aku nak kekalkan makanan dia.. Mcm Fredo n Freya, diorg dah biasa makan RC, so bila aku bg BW, macam tak berapa nak makan je.. Tapi bila dah kebulur diorg bantai gak licin..

BTW, kucing baru ni betina.. Baka dia tak tau lak aku.. Domestic long hair kot..

Cuma satu masalah, aku masih tak tau nak bagi nama apa kat kucing baru ni.. Antara nama2 yang aku dah terfikir :

Latte - Sebab bulu dia hitam + putih.. Kopi + susu kan jadi latte?
Charko - Iras2 Charcoal sbb dia hitam..
Frebu - Sinonim ngan Fredo n Freya..

Setakat ni tu je.. Tak tau nak bagi nama apa.. Ada cadangan?

5 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam ...

lama tak singgah sini, ape khabar sahabat?

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Weih... unbelievable la blog ko sekarang ni. ko pun sama. Dah jadi penternak berjaya. anyway, comel kucing ko tuh. domestic mix tu. tp ok per. janji kucing.

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ape yg unbelievablenyer tu? Dh la dh lame giler aku x update blog.. Komen pun byk spam..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!