Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Wednesday, September 19, 2012

Plain Flat-Fall - Resident Evil : Retribution

19 September 2012 - 5.04 am

Jap, jap, nak ambik bulu ayam.. Nak bersihkan sawang lelabah yang dah membiak kat blog nih sebab dah 187 tahun tak hapdet........ wush.. wush.. *sound effect bersihkan sawang*

Ok, dah bersih spt pinggan yang baru dijilat! Baeklah, ready, go!

Korang dah tengok filem terbaru francais Resident Evil? Tajuk dia Resident Evil Retribution (yang mana tajuk tu aku rasa langsung takde kaitan ngan jalan citer movie tu whatsoever).


Ahad lepas aka 16 September aka Hari Malaysia, aku dan sorang geng gi la Kuantan semata-mata untuk menonton movie ni.. Bayangkan betapa gigihnya kami, kalah maknyah2 yang nak keluar mencari rezeki yang halal (xde kaitan).. Sampai je East Coast Mall, terus gi GSC laju2, langgar semua nenek2 yang hado (nak langgar havang2 takut sbb kami ni bersaiz comel2 dan kiut miut je), dan terus gi kat kaunter.. 

"Hakak, hadek nak tiket Resident Evil kul 1, yg 3D tu yer.." Kata ku kepada kakak kaunter tu, padahal ternyata dia lagi muda dari aku.. Eh, tak lahhh!! Aku lagi muda!! *mempertahankan kebenaran yang merupakan satu penipuan nyata*

Lalu hakak/hadek tu pun print ler tiket wayang dua keping, dan aku pun bayar RM34 (sekeping RM17).. Bayar cash je sebab weolz takde kad kredit uolz.. Laen la kalau outing ngan havang comel lagi kiut iaitu Kaki Wayang aka dah tukar nama Ustaz Kastara, owner blog Betol-Betol Hangat. Dia ade kad kredit GSC, so semua swipe sajork!! Sampai makan kat Black Canyon pun main swipe je.. Betapa kayanya dia, Kak Rosmah pun tak mampu nak main swipe je k.. Kena tarik duit cukai rakyat dulu, baru boleh shopping kat Milan. Eh? Fitnah je tuuuu.. *fitnah ke?*

Mengarut sudaaaaa.. Berbalik kepada cerita wayang, so kitorang pun tengok la citer tu sampai habes.. *motep tengok tak sampai habes kannnn*.. Selepas 2 'cheap scare' (yer, aku kira sbb 2 kali je aku menjerit ala2 manja) yg ntah hapa2, lepas tu citer tu mcm jadik FLAT!!

Jalan cerita ntah hapa2, aksi pun banyak yang tak logik (tp tak semelampau Resident Evil Afterlife), lakonan pelakon2 yang KAYU, jalan cerita tak berkembang dan memacam lagi ler.. Tak kuasa mak nak cerita nyah!! Nasib baik la aku ni peminat francais Resident Evil.. Kalau tak, komfem spek 3D tu aku dah kebas tanda protes! (tapi mmg aku memasang niat dalam hati untuk menyonglap spek tu satu hari nanti.. keji tak??...)

Bila aku tengok review2 kat internet pun, ramai yang kutuk filem tu.. So maknanya bukan aku sorang je la yang syok sendiri kata filem tu kurang memberahikan memberangsangkan yer.. Aksi memang best, tp oleh kerana jalan cerita yang syok sendiri, terus jadi tak best.. Rasenye kalau org yg tak minat Resident Evil  tgk citer tu, terus jadi benci kot.. Eh? Entahlerrr..

Apapun, aku tak sabar nak tunggu filem Silent Hill yang akan keluar tak lama lagi.. Aku memang peminat tegar Silent Hill k.. Semua game dia aku dah maen (kecuali yg kat PS3).. Harap2 filem Silent Hill kedua ni tak mengecewakan macam Resident Evil..

Chow!!
.

1 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku pon harap silent hill ke2 ni lagi seram dr yg per1 dulu

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!