Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Showing posts with label blog me. Show all posts
Showing posts with label blog me. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Plain Cool! - Kursus Designing Blog

23 Jun 2011 - 10.26 am

Oleh kerana sorang lecturer kat jabatan aku tu gi kursus induksi, jadi aku pun dengan tanpa segan silunya menggantikan dia untuk masuk kursus Designing Blog kat Makmal JTMK 3. Sebenarnya aku join sebab nak makan free je.. Ahaksss!!

Aku masuk agak lambat iaitu lewat sejam, tapi seb baik sebab mase aku masuk tu, diorang baru nak buat post entry. So aku pun dengan konfidennya mencocok brodben aku (sbb internet opis sgt laju) dan mula la mengepost entry untuk kursus ni.. :)

Tapi xleh masuk pic la pulak.. Takpe la, tu buat kemudian2.. Masuk pic ni je dlu..
Ramai gak yg join kursus ni spt Azri, Akim, Nazrol, Abg J, Fitri, Pawi, Ita, dan ramai lagi lah!! Ok, dah dapat pic, leh la haplod.. Tapi 3 pic je.. Kekekeke..

Tekun semua buat blog. Ade blog jual kuih, ade blog fotografi dan mcm2 lagi la.

Khusyuknye Nazrol n Abg J!! Hevattt!!

Henchek Taufiq, Nazrol dan Akim yang over.. Azri buat ape kat PC aku tu? Nak hack la tuh!

Cukup update dulu sbb jap lagi nak sambung kursus blog belah petang lak. Ade pertandingan blog sape paling best, tp cikgu ckp org yg dah ade blog xleh join.. So aku ngan Azri tak dpt la nak join. Sedehhhhh~~ Huhu..

***********************************
Dah abis dah kursus.. Takde pun pertandingan tu.. Propa je.. Haha!! Anyway, aku takde buat ape2 pun kat kursus tu melainkan mengajar peserta2 lain. Dari apa yang aku nampak, diorang agak kreatif tapi sebab pengetahuan untuk add2 pic dan design2 template agak terhad, so tu membataskan kreativiti diorang. Sebab tu semua sangat rajin bertanya. Bagus!

Ok lah! Tu je. Eh jap! Satu lagi, mase sesi petang tadi baru aku tau yang lecturer yang aku gantikan tu takde pun nama dia dalam list. So kira aku ni penumpang haram je. Alamak! Takpe ke? Camne ngan makanan yg aku dah makan tengahari tadi? Halal ke tak? Aku mati2 ingat aku gantikan lecturer tu sebab masa bagi senarai dulu, nama dia ada. Hilang gak mood aku tadi, rase macam nak blah je. Tapi bila aku fikir nak tolong peserta2 lain, aku stay gak. Takpe la, aku tak dapat sijil pun takpe. Cuma aku harap yang aku tolong2 ajar peserta2 lain tadi kira bayaran aku untuk makan tengahari tadi. Kalau la diorang bagitau sebelum makan, kompem aku tak makan.

 Sketch yang aku lukis dalam masa 2 minit je. Feeling2 sedih sebab jadi penumpang haram dalam kursus Designing Blog.

Ok, tu je kot utk kali ni. Semoga apa yang aku kongsi ngan segelintir peserta tadi dapat diorang gunakan untuk berblog, sebab aku tengok ramai yang sangat excited untuk buat blog masing2. Siap ada yang masukkan resipi penuh dalam post entry diorang. Gegeh!!

Chow!!

Monday, May 23, 2011

Plain Me - Scratching Sketches... (1)

23 Mei 2011 - 1.24 pm

Saje je aku nak upload antara lukisan2 aku kat sini. Kalau nak tengok sketch2 aku yg laen yg tak chantekk tu, g la kat album Sketch aku kat dalam FB.. :)

Love O'Clock 5

Plain Reality - Protegé Of Prodigy..

22 Mei 2011 - 11.26 pm

Seperti yang kita sedia maklum, Mentor merupakan antara rancangan realiti nyanyian yang tertinggi ratingnya di Malaysia. Semuanya disebabkan kredibiliti rancangan tersebut ngan peserta2 yang berbakat besar. Tak kurang juga untuk musim ke-5 kali ni. Bakat peserta2 yang menyertai untuk musim ni amat hebat.

Pada jam 9 tadi, bermulalah konsert ke-2 bagi pusingan separuh akhir Mentor 5. Markah bagi konsert kali ni akan dicampurkan dengan markah konsert separuh akhir pertama minggu lepas, dan 2 peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi akan berentap di Final. Jadi setelah semua protegé2 berhempas pulas membuat persembahan, akhirnya tibalah masa untuk mengumumkan 2 peserta yang mendapat markah tertinggi.. Untuk pengetahuan semua (dan aku yakin semua juga bersetuju), Protegé terkuat untuk musim ke-5 ini adalah Salma. Seorang gadis kecil yang berasal dari Sabah, Salma bukanlah tandingan peserta2 lain. Dengan kawalan suara yang mantap dan high-pitch yang smooth, Salma mendominasi markah tertinggi untuk konsert2 yang sebelum ni.

Plain Frustrating - If It Ain't Broken, Don't Fix It!

22 Mei 2011 - 5.23 pm

Aku yang tak kaya ni tak mampu utk memiliki iPhone ataupun BlackBerry mahupun HTC, jadi aku hanya ada handphone2 Nokia je iaitu E72 White Edition, 5800 XpressMusic dan X3-02 Touch 'n Type. Untuk berinternet (Facebook dll), aku akan gunakan Nokia E72 yang aku masukkan sim kad broadband Maxis aku kat dalam tu. Aku guna E72 berbanding hp yg lain sbb E72 ni keypad QWERTY, jd senang sket nak menaip dan ia gak ada RAM yg agak besar berbanding hp aku yg lain. So takde la lembab phone aku nanti time surf internet. Jadi selama ni, aku akan gunakan Opera Mobile untuk surf internet dan FB.

Sejak beberapa hari yang lepas, Facebook via Opera Mobile mempunyai design layout yang baru. Biasanya aku sukakan pembaharuan yang dibuat utk pengalaman internet secara mobile nih, tapi kali ni aku terpaksa katakan yang layout baru ni adalah crap = sampah!!


Plain Confused - Spot The Copycat!

22 Mei 2011 - 4.27 pm

Antara hobi aku ialah baca blog orang lain, even org2 yg aku tak kenal. Beberapa mgu lepas, Azri ada syorkan aku satu blog ni, iaitu Blog Serius! Serius aku ckp, aku suka blog ni sbb penulisan yg kreatif dan post2 yang numerous.

Tapi hari ni bila aku surf internet utk baca blog2 lain, aku terjumpa ngan satu lagi blog yang sama isi kandungannya ngan blog Serius tu. Aku teringat yg owner blog Serius tu ade bgtau, yg ade orang lain yg tiru post2 blog dia.. Adakah blog ni yg meniru? Atau ini hanya blog kedua dari orang yang sama? Entah ler.. Klik kat pic tu kalau korang nak tengok persamaan blog2 tu yer..


 Edit : Aku diberitahu oleh Azri aka Kaki Wayang yang sebenarnya owner utk kedua2 blog tu adalah orang yang sama. :P

Chow!!

Monday, May 16, 2011

Plain Drama - Glee Me! (Season 2 Episode 20)


15 Mei 2011 - 2.28 pm

Finally, setelah berhempas-pulas mencuba untuk mendownload Glee episod 20 sejak Khamis lepas, akhirnya hari ni aku dapat gak episod tu, yang high-quality lagi kaoo!! Now setelah aku tengok episod tu (2 kali berturut2 lak tu sbb tak puas), aku nak buat review sket.. Biasa la, aku akan buat review episod Glee yang aku rasa best.

Macam biasa, aku sukakan Glee sebab muzik2 mereka, tapi bukan tu je sebabnya. Aku sukakan semua karakter, plot, drama, dan yang paling aku suka ialah, dialog2 yang sentiasa fresh dan kelakar. Kali ni, McKinley High School dilanda demam Prom Night! Untuk episod 20 ni, The New Directions telah dijemput untuk buat persembahan di malam prom sekolah McKinley. Jadi pada malam tu, mereka banyak nyanyikan lagu2 yang best. Very enjoyable!

Sekarang, aku nak kongsi benda2 yang aku suka dalam episod 20 nih.

Friday, May 13, 2011

Plain Memories - Syawal Rush!

12 Mei 2011 - 7.02 pm

Sekali lagi aku terjumpa gambar2 yang menarik dalam koleksi aku yang aku rasa berbaloi diupload.. Aku ada gak upload pic2 ni semua dlm FB aku, tp nak gak aku buat satu entry khas untuk peristiwa ni dalam blog. Peristiwa ni terjadi tahun lepas, jadi kalau ade sape2 yg kata aku post benda2 yg dah basi, ade aku kesah? Aku guna broadband ko ke utk post dan upload? Aku guna laptop ko ke utk taip? Aku guna letrik ko ke? Tak kannnnn.. So diam2 je ngan pendapat murah ko tu, dan kalau tak suka sila tinggalkan site ni dan klik ke site2 Harian Metro atau Berita Harian untuk berita2 yang tak basi katakau!!

Pada 1 Oktober 2010, Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Balai Merdeka (Bagi staf2 yang masuk selepas kita pindah ke poli baru, mmg tak tau la tempat ni).. Majlis tu dijalankan semasa perhimpunan bulanan, dan kebetulan pulak mase tu turn jabatan aku iaitu Jabatan Pengajian Am utk anjurkan perhimpunan bulanan, jadi secara otomatik aku dilantik menjadi emcee utk perhimpunan bulanan dan majlis sambutan hari raya nih..

Persiapan sehari sebelum sambutan. Ok, pentas dah siapppp...

Thursday, May 12, 2011

Plain Innovative - 'Q' Stands For 'Inovasi'...

11 Mei 2011 - 7.44 pm

Macam biasa, aku ni suka menggodek2 pic2 lama yang ada dalam phone atau laptop aku.. So hari ni, mase aku godek2 dan korek2, aku terjumpa gambar2 yang sngat menarik, dan aku rasa rugi kalau gambar2 tu tak di upload..

Pada 24 November 2010 yang lepas, Politeknik Muadzam Shah telah menganjurkan majlis Hari Inovasi (Hari Q) untuk tahun 2010 di Dewan Dara, Muadzam Shah. Mase tu poli baru tak siap lagi, so kitorang terpaksa menyewa kat dewan orang ramai Muadzam Shah. Majlis tu dirasmikan oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Rosli bin Hamid dengan diiringi oleh Timbalan Pengarah PMS, Tuan Haji Nor Rahim bin Muhayat. Dalam majlis tu ade penyampaian anugerah-anugerah, persembahan koir dan nyanyian oleh staf-staf PMS, acara cabutan bertuah dan lain-lain lagi.

Majlis bermula dengan ketibaan Pengarah PMS, Tn Hj Rosli.

Siap dipasangkan bunga lagi oleh En. Ajip kiter.. Kaooo mampooo??!!

Tuesday, May 10, 2011

Plain A**hole - Love To Hate!!


10 Mei 2011 - 12.52 pm

Let me ask you a question. Is there any chance that there's at least 1 arrogant and cocky person at your workplace? I bet there is. According to Wiki, arrogant means 'having excessive pride in oneself', while cocky means 'boldly or brashly self-confident'.

While it is almost inevitable to avoid these kind of people especially in workplace surroundings, that doesn't change the fact that we sometimes reach the highest bar in our patience meter trying to cope with those unneeded attitudes. Being involved with arrogant person will somehow affect our work performance, by a bit if not a lot.

Plain Collection - Don't Rain On My Blu-ray Parade!!

9 Mei 2011 - 6.57 pm

Sejak aku bekerja kat Politeknik Muadzam Shah ni, banyak yang aku belajar. Salah satunya, mendownload movie blu-ray!

Memang aku akui, aku dah mula minat untuk menonton movie2 dalam format blu-ray, tak kira la yang dah diconvert atau yg untouched. Aku sukakan kualiti gambar yang sangat clear, sampai leh nampak dan kalau nak, leh kira jumlah jerawat kat muka pelakon2 movie2 tu.. Sebelum ni, aku tak kisah sgt ttg kualiti gambar sesebuah movie, sbb tu dulu aku rajin gak beli vcd movie yang tak berapa nak original. Tapi sejak berkawan ngan Azri aka Kaki Wayang (nama dalam FB), aku dah jadi fanatik ngan movie2 bertaraf blu-ray. Tapi aku rasa hobi ni kira ok je, sbb tak melibatkan modal yg besar pun. Cuma perlukan hard disk utk simpan movie2 yang bersaiz besar tu, dan juga akaun premium dari site2 file hosting spt Rapidshare, Fileserve, Netload dll. Oh tak lupa juga line internet yang unlimited.

Untuk pengetahuan, dah banyak gak la movie2 yang aku ngan Azri dah download mase internet takde masalah dulu. Leh dikatakan, hampir setiap hari kitorg mendownload. Ni antara movie2 yang ada dalam simpanan aku.

Monday, May 9, 2011

Plain Drama - Glee Me! (Season 2 Episode 18)


9 Mei 2011 - 2.32 pm

Kwn2 yg kenal aku, mesti tau yg aku mmg antara peminat setia Glee. Aku dah tengok semua episod dia, malah utk season 2 ni, aku siap download episod2 dia yang high-quality lagi kaooo.. So kat sini aku just nak bgtau sinopsis utk episode Glee yang terbaru yg aku tgk, iaitu episod 18 : Born This Way. Aku cuma nak citer benda2 yang best je kat sini..

Pertama-tamanya, mash-up antara Quinn & Rachel dalam lagu I Feel Pretty & Unpretty sangat best dan sedap didengar!! Suara diorg sangat sesuai bersama, dan Rachel pandai harmoni ikut suara Quinn yang halus itewwww.. Penggunaan lagu2 tu bertambah menarik bila kita tau ttg sejarah hitam Quinn sbg Lucy Caboosey.. Ke'jahat'an Lauren dalam membongkar rahsia Quinn adalah sangat berkesan. Huhu.

Plain Memories - Passed Past... (3)


8 Mei 2011 - 8.36 pm

Ngengade lak aku nih nak update blog mase ni kannn.. Jap lagi Mentor nak start.. Nak tgk Salma.. Sempat ke nak siapkan post ni? Lantak la, sementara idea tgh ade nih..

Kali ni, spt post2 Passed Past yang lepas2, aku akan ceritakan ttg kerja2 yang aku pnh buat sblm ni.. Kalau dalam Passed Past... (2) aku ceritakan pengalaman aku jadi guru sandaran, tapi kali ni aku nak ceritakan sebelum aku jadi guru sandaran tu. Aku jadi guru sandaran start tahun 2004, dan tahun2 sebelum tu aku just tlg mak ayah aku kat kebun je.. Tp pada tahun 1999 dan tahun 2000, aku bekerja sebagai....... Operator Pengeluaran di sebuah kilang perabot.

Thursday, March 31, 2011

Plain Childish - Hari yg ditunggu2!! 1st Anniversary!! (tak siapa menunggu pun)



31 Mac 2011 - 11.50 am

Aku start blog ni 1 April 2010, dan hari ni 31 Mac 2011.. Dengan rasminya blog aku ni dah berumur setahun (jagung)..

wlupun dah setahun, tapi kira mcm baru seminggu kot usia blog ni sebab aku sangat2 jarang update.. tapi ade aku kesah?

Jm nyanyi lagu Hepi Besday To Me, mcm yg dinyanyikan dalam citer Hantu Kak Limah.

chow!

>I'm back!! (Not that anybody's waiting)

>31 Mac 2011 - 9.18 am

Salam.

Bila aku tgk si Rina (lecturer kat jabatan aku neh) sibuk ngan blog dier, aku teringat yang aku pun ade blog gak.. Blog yang sangat2 jarang aku update dan jenguk.. So time2 rajin ni, aku pun update la menatang ni..

Aku ni x pandai nak menulis, jadi mmg nature aku (alasan) jenis yg malas nak menulis2 dalam blog.. (ni pun dh xde idea nk tulis ape)

Chow!!

Friday, April 2, 2010

>mula2....

>



Salam.

Saje je aku nak buat satu lagi blog untuk kengkawan2. Blog yg lagi satu tu khas utk org2 tertentu je, so x adil la utk korang (mcm la korg hadap sgt nak baca blog aku ni kan).

So, let the game begins~~~~~




My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!