9 Jun 2011 - 10.01 am
Nintendo akan mengeluarkan konsol baru pada tahun 2012 nanti. Konsol itu ialah : Wii U!
Wii U™
Wii U (disebut /ˈwiːju/) ialah projek terbaru oleh Nintendo untuk konsol video game rumah, dan merupakan pengganti kepada Wii (biasa la, Nintendo mmg suka keluarkan produk pengganti kepada produk2 diorg utk tambahkan jualan spt GBA ke GBASP, NDS ke NDSL ke N3DS dll). Konsol ni dijangka akan dilancarkan pada tahun 2012, seperti yang diperkatakan semasa Electronic Entertainment Expo 2011 yg lepas.
Wii U merupakan konsol pertama dari Nintendo yang mampu menjana (menjana kaooo) video definisi-tinggi 1080p, dan menggunakan alat kawalan (controller) yang serba baru, dilengkapi touch-screen, dan ini membenarkan pemain utk terus bermain game walaupun selepas TV ditutup. Konsol ini boleh memainkan game2 Wii dan Wii U, dan juga menyokong penggunakan gajet2 Wii spt Wii Remote dan Wii Balance Board.