8 April 2011 - 6.10 pm
Semalam merupakan hari jadi kawan kat tempat kerja aku nih, tapi oleh sebab semalam dia baru balik dari kursus, so hari ni aku dan kawan2 kat tempat kerja ni plan nak celebrate birthday dia la kononnya.. So bincang punya bincang, kitorang plan la nak sambut kat sebuah restoran yang bernama Wawa kat Muadzam nih.. Sape2 orang Muadzam Shah mesti tau tempat ni sebab ia agak grand (walaupun makanan xde la sedap pun dan servis lembab). Selepas bagi2 tugas, aku pun ditugaskan untuk call restoran ni untuk book makanan untuk 6 orang makan....
Lalu pada jam 11.49 pagi, aku pun call la restoran tersebut. Perbualan kitorang lebih kurang macam ni (aku sbg Y dan org yg angkat telefon tu sbg W) :
Y : Assalamualaikum. Saya Yazid dari Politeknik Muadzam Shah. Saya nak tanya sikit, petang ni restoran awak bukak tak?
W : Petang ni bukak.
Y : Bukak pukul berapa ya?