Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Showing posts with label my sight. Show all posts
Showing posts with label my sight. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Plain Gamer - When An Ex-Gamer Writes, He Goes Silent Hill Downpour!

31 Mei 2011 - 11.36 am

Masa aku muda2 dulu (sekarang pun masih muda lah), aku suka sesangat main game. Aku ada PS2 kat kampung (yg dh lebih setahun aku tak usik), dan antara game yg aku suka main dulu ialah Final Fantasy, Resident Evil, Parasite Eve, Harvest Moon dan lain2. Tapi game yang paling seram yg aku pernah main ialah : Silent Hill!

Dari game pertama sampai la yg ke no 4, aku dah main game2 Silent Hill tu. Aku ingat lagi mase game 1st Silent Hill kuar, dan aku start main game tu, aku struggle yg teramat sangat utk menghabiskan game tu. Sebabnya, dah la game tu sangat2 menakutkan, dah tu puzzle2 yang ada dalam tu susah2 nak mampus! Oleh sbb mase tu internet masih susah dicapai dan aku takleh nak cari kat internet utk cara2 penyelesaian puzzle2 dalam game tu, aku pernah ambik masa 6 bulan utk selesaikan puzzle 'Broken Piano' dalam game tu. Giler kaooo!!

Tuesday, May 31, 2011

Plain Moron - Feline Curse.

31 Mei 2011 - 9.44 am
Pada yang baca paper, mesti ade terbaca ttg kucing yang dipukul sebab disangka kucing jadian. Ceritanya lebih kurang begini yer :
**************************************************************

JOHOR BAHRU: Gara-gara taksub dengan cerita misteri berkaitan kucing didakwa jelmaan penjenayah atau ahli sihir, segelintir penduduk di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, di sini, sanggup mendera binatang itu.
Kejadian berlaku kelmarin apabila seekor kucing peliharaan seorang mekanik didera sekumpulan remaja di kawasan perumahan itu selepas kononnya menerima arahan pihak tertentu bagi memerangkap kucing jelmaan berkenaan.

Monday, May 23, 2011

Plain Frustrating - If It Ain't Broken, Don't Fix It!

22 Mei 2011 - 5.23 pm

Aku yang tak kaya ni tak mampu utk memiliki iPhone ataupun BlackBerry mahupun HTC, jadi aku hanya ada handphone2 Nokia je iaitu E72 White Edition, 5800 XpressMusic dan X3-02 Touch 'n Type. Untuk berinternet (Facebook dll), aku akan gunakan Nokia E72 yang aku masukkan sim kad broadband Maxis aku kat dalam tu. Aku guna E72 berbanding hp yg lain sbb E72 ni keypad QWERTY, jd senang sket nak menaip dan ia gak ada RAM yg agak besar berbanding hp aku yg lain. So takde la lembab phone aku nanti time surf internet. Jadi selama ni, aku akan gunakan Opera Mobile untuk surf internet dan FB.

Sejak beberapa hari yang lepas, Facebook via Opera Mobile mempunyai design layout yang baru. Biasanya aku sukakan pembaharuan yang dibuat utk pengalaman internet secara mobile nih, tapi kali ni aku terpaksa katakan yang layout baru ni adalah crap = sampah!!


Tuesday, May 10, 2011

Plain A**hole - Love To Hate!!


10 Mei 2011 - 12.52 pm

Let me ask you a question. Is there any chance that there's at least 1 arrogant and cocky person at your workplace? I bet there is. According to Wiki, arrogant means 'having excessive pride in oneself', while cocky means 'boldly or brashly self-confident'.

While it is almost inevitable to avoid these kind of people especially in workplace surroundings, that doesn't change the fact that we sometimes reach the highest bar in our patience meter trying to cope with those unneeded attitudes. Being involved with arrogant person will somehow affect our work performance, by a bit if not a lot.

Plain Collection - Don't Rain On My Blu-ray Parade!!

9 Mei 2011 - 6.57 pm

Sejak aku bekerja kat Politeknik Muadzam Shah ni, banyak yang aku belajar. Salah satunya, mendownload movie blu-ray!

Memang aku akui, aku dah mula minat untuk menonton movie2 dalam format blu-ray, tak kira la yang dah diconvert atau yg untouched. Aku sukakan kualiti gambar yang sangat clear, sampai leh nampak dan kalau nak, leh kira jumlah jerawat kat muka pelakon2 movie2 tu.. Sebelum ni, aku tak kisah sgt ttg kualiti gambar sesebuah movie, sbb tu dulu aku rajin gak beli vcd movie yang tak berapa nak original. Tapi sejak berkawan ngan Azri aka Kaki Wayang (nama dalam FB), aku dah jadi fanatik ngan movie2 bertaraf blu-ray. Tapi aku rasa hobi ni kira ok je, sbb tak melibatkan modal yg besar pun. Cuma perlukan hard disk utk simpan movie2 yang bersaiz besar tu, dan juga akaun premium dari site2 file hosting spt Rapidshare, Fileserve, Netload dll. Oh tak lupa juga line internet yang unlimited.

Untuk pengetahuan, dah banyak gak la movie2 yang aku ngan Azri dah download mase internet takde masalah dulu. Leh dikatakan, hampir setiap hari kitorg mendownload. Ni antara movie2 yang ada dalam simpanan aku.

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!