Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Thursday, November 29, 2012

Plain Awesome! - I Win, One More Time!

29 November 2012 - 4.54 pm

Hari ni iaitu pada 29 November 2012, office aku telah mengadakan Perhimpunan Bersih Bulanan bagi bulan November 2012.. Macam biasa la kalau dah nama Perhimpunan Bulanan, memang tentatifnya same je tiap2 bulan.. Mula2 nyanyi lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Politeknik Malaysia. Lepas tu bacaan ikrar.. Lepas tu ucapan Pengarah/Timbalan Pengarah.. Lepas tu penyampaian hadiah harijadi, hadiah perkahwinan dan hadiah kelahiran..

Tapi yang agak seronok utk aku dalam Perhimpunan Bulanan kali ni ialah, ada pengumuman pemenang bagi Kuiz ;Program Galakan Membaca' yang dianjurkan oleh Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah, dimana aku ada join kuiz tu.. Punya la neves masa tunggu keputusan.. Huhu..

Akhirnya masa yang ditunggu pun tiba, dan Alhamdulillah, aku dapat tempat kedua iaitu Naib Johan.. Walaupun tak dapat Johan, tapi tetap gembira gak.. Huhuhu~~ So tengok la pic hadiah kat bawah ni ok..

Dapat piala dan jugak goodies bag..

Kandungan goodies bag.. Ada bekas pensel, buku nota, memo pad, pen, thumb drive 4GB dan CD "Bicara Perdana Ikon Membaca Kebangsaan".

Ni la yang penting.. Huhu.. Dapat piala.. Siap ada nama lagik.. :)

Tak sangka sebenarnya dapat tempat kedua (tak sangka ke?) sebab saingan agak sengit.. Juri kater beza markah sikit sangat antara satu sama lain.. Takpe la.. At least dapat gak kan.. :)

Ok la, tu je nak citer.. Malas kot nak taip pepanjang.. Bukan korang baca pun.. Sentap..

Chow!!
.

Wednesday, November 28, 2012

Plain Design - Polytechnic Of Muadzam Shah Vehicle Stickers

28th November 2012 - 2.47 pm

It's Wednesday, so I'm bound (kinda) to write my post in English.. *please ignore my previous entry for today which I wrote in Malay*

A few weeks back, me being a member of PKPMS (Persatuan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah) has been asked to design something.. To tell the truth, I'm not really the best person to turn to when it comes to designing things, but I accepted the challenge anyway.. :)

So after about a week of strenuous exercise for my tiny little brain, I came up with these designs :

4 warna berbeza untuk 4 kategori berbeza.. Pilihan warna adalah mengikut kehendak pelanggan yer, so kalau tak suka kaler tu mmg aku takleh nak kater ape laa.. Errr.. Why did I write in Malay?.. Sorry, temporary insanity.. :P Translation given, 4 different colors were made for 4 different categories.. The colors picked for the design were entirely requested by PKPMS, so I can't do anything about them.. But the design is all me.. :)

I just found out that they have already went to the shop to print those stickers out, so any amendments are too late to be made.. :P I hope these designs will be accepted by everybody, unlike our previous car sticker which was terribly criticized..

Chow~~
.
.

Plain Me - D.I.Y. Mouse

28 November 2012 - 8.35 am

Errrr.. Satu lagi entry berkaitan kucing.. Errrrr..

Lepas aku buat kotak mainan kucing semalam, aku terfikir lak untuk buat benda lain lak.. So malam tadi aku buat.............. Tikus!! Haha!! Tengok la pic2 bawah ni sambil aku carut serba sedikit :

 Bahan2 yang aku gunakan : Beg jenis kain, gunting, benang, jarum, reben2 dan segala bagai..

 Mula2, potongkan beg tu jadi bentu spt di atas. Yg 2 bahagian tu untuk badan bahagian atas, dan yang putih tu bahagian bawah badan.

Boleh la start menjahit bila minyak dah mula panas.. Sambungkan bahagian atas dulu, pastu baru buat bahagian bawah.. Dan jangan jahit sampai habis.. Kang macam mane lak nak terbalikkan..

 Bila dah jahit hampir siap, boleh la terbalikkan tikus tu dan boleh la start isikan bahagian dalam tu.. Oleh sebab aku tak tau nak isi apa, so aku isi je cebisan2 beg yg aku dh gunting tadi..

 Cebisan2 itewwww..

Bila dah isi agak padat, boleh la jahitkan bahagian yang tinggal.. Pastu tambah la ekor tikus tu.. Oleh sebab tikus ni untuk mainan kucing, so tambah la jurai2 banyak sikit supaya kucing tertarik untuk main.. Tengok ekor tikus tu, meriah kannn?~~

 Dah siap, Fredo pun merasmikan tikus tersebut.

 Mula2 aku plan nak buat 2 ekor tikus, tapi sebab nak buat sekor pun agak memenatkan, so aku buat sekor je.. Lagi satu aku just ikat benang kait kan cebisan beg kain tadi dan tambah renda2 dan reben2..

 Fredo bermain dengan begitu ganas sekali di banglo beliau.. Freya tak masuk frame sbb malu2 ngan tikus..

Dah penat main.. Tikus pun dah terkulai.. Haha!!

Actually korang leh la buat muncung tikus tu lebih tirus, supaya nampak macam tikus lagi.. Yg aku buat ni dah tak nampak macam tikus.. Macam ikan emas pun ade gak.. :P

Meowww~~

.

Tuesday, November 27, 2012

Plain Thought - Seniority Is So Overrated

27 November 2012 - 3.38 pm


Bila sebut pasal senioriti, mesti semua orang paham benda nih.. Maknanya, orang lama mesti hormat orang baru, walaupun kadang-kadang orang lama tu sebenarnya setaraf sampah dan tak perlu dihormati langsung. Bukan la maksud aku kesemua senior macam tu, tapi ada sebilangan kecil yang hanya bergantung kepada tempoh bertugas untuk berlagak tak mengira tempat.. ooppsss, lupa nak cakap, apa yang aku tulis ni bukan berlaku kat tempat aku keje sekarang ni.. Ianya berlaku in a land far far awayyyy~~

hanya kerana seseorang tu baru bertugas, ataupun dah lama bertugas tapi tak selama pekerja senior, dia dianggap 'kecil' dan sewenang2nya diherdik dan dicaci walaupun dia tidak melakukan kesilapan yang besar.. Malah kadang-kadang apa yang dilakukan oleh pekerja junior tersebut hanyalah menegur sesuatu yang dia rasakan tak betul, tapi oleh kerana dia junior, pendapat dia akan ditolak bulat2 dan tak kurang juga diherdik dan diugut. hanya kerana pekerja senior merasakan bahawa pekerja junior seolah2 mahu menjatuhkan ataupun mengaibkan beliau..

Ada terjadi juga, pekerja junior tu lebih tua dari pekerja senior, tapi oleh kerana terlalu megah dengan pangkat senior, pekerja senior tu langsung tak menghormati pekerja junior tersebut.. Megah sungguh.. Macam cib*i.. Walaupun cetek pengetahuan/didikan agama sekalipun, takkan cetek adab sopan warisan Melayu? Ternyata semua hanyalah alasan untuk menegakkan benang yang basah..

Giler kan aku merepek petang2 nih..

Chow~~

Plain Me - Cat House

27 November 2012 - 2.17 pm

Macam biasa, rehat tengahari je aku mesti kena balik rumah untuk bagi makan kat budak2(kucing) kat rumah tu seperti yang aku pernah cerita kat entry Plain Cute - My Life As A Cat Owner. So hari ni macam hari2 sebelum ni, aku balik rumah kul 1 tengahari. Bukak2 je pintu, bebudak 2 ekor tu dah menunggu. Memang diorg dah tau ni waktu makan diorg. 

Aku yg menyenap (snap) pic sendiri sambil temankan diorg makan kat belakang tu.

So hari ni lepas diorg habis makan, aku temnkan lak diorang memain. Haaaaa!! Ni yg aku nak citer nih.. Minggu lepas aku ada bawak balik sebuah kotak untuk bagi bebudak tu main. Lepas tu aku tengok diorg mcm suka sangat main kat dalam kotak tu sampai terlompat2.. Teringat aku kat satu episod SpongeBob yang SpongeBob ngan Patrick main2 dalam kotak sampai Squidward jeles tengok.. Last2 Squidward tukar rumah dia ngan kotak tu sbb dia nak main jugak..

Anyway, nape tah tetibe citer pasal SpongeBob.. Berbalik pada cerita asal, lepas aku tgk diorg galak sgt main dalam kotak tu, aku pun terfikir la untuk buat tempat permainan untuk diorg guna kotak. Ye la, nak beli cat tree memang tak mampu (tapi akan beli gak nanti), so buat guna kotak je la.. So malam tadi aku keluarkan koleksi kotak2 yang aku ada (aku memang suka simpan kotak dan beg), dan bermulalah operasi membuat rumah kucing.. *rumah la sangat*

Setelah berhempas pulas sampai sakit pinggang aku sebab duduk lebih 3 jam, akhirnya siap jugak rumah kotak tu.. Oleh sebab malam tadi dah letih sgt, tak sempat aku nak snap pic rumah kotak tu.. Jadi tengahari tadi masa balik temankan bebudak tu makan, dapat la aku snap.. Nak tengok tak? Tadaaaaaaaaaa..

 Cantuman 2 bijik kotak kertas A4 dan sebijik kotak kasut. Bahagian luar tu aku guna kertas warna kaler biru.

Tengahari tadi masa aku tengok diorg main2, aku rasa mcm kosong je kotak tu.. So aku tambah la paw-print tu.. :)

Aku tak tau la berapa lama rumah kotak ni mampu bertahan sebab diperbuat dari kotak je, tapi at least ade la tempat diorg nak main sebelum aku beli cat tree nanti.. Lagipun takde la diorg asyik nak main dalam bilik aku sampai habis tunggang-langgang.. :P

2 aku je. Taknak la tulis citer pasal spedo2 orang, kang tak pasal2 dapat mesej ugutan nak kena tampar di khalayak ramai. Ko

Read more: http://theplainyard.blogspot.com/2012/11/plain-cute-my-life-as-cat-owner.html#ixzz2DOxCdlNf

Plain Cute - My Life As A Cat Owner

Read more: http://theplainyard.blogspot.com/2012_11_01_archive.html#ixzz2DOwXtrcB

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!