Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Showing posts with label SBPA mansuh. Show all posts
Showing posts with label SBPA mansuh. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Plain Nice - Jadual Pengiraan Gaji SSM 2012 (UPGRADE)

16 Mac 2012 - 4.02 pm

Alhamdulillah, entry Plain Nice - Jadual Pengiraan Gaji SSM 2012 mendapat sambutan hangat.. Lebih hangat dari pisang goreng Abg Zul Gemas.. Err.. Abaikan.. Disebabkan itu, admin iaitu aku sendiri akan mengupgrade jadual tersebut kepada sistem yang lebih mudah digunakan, iaitu hanya menggunakan dropdown list tanpa perlu masukkan apa2 maklumat.. Maknanya, just pilih kategori jawatan korang daripada dropdown sama ada N atau C atau S atau ape pun, kemudian pilih Gred daripada dropdown sama ada Gred 1 atau Gred 17 atau Gred 41 atau ape2 je lah..

Untuk melaksanakan sistem tersebut, admin (aku letewwww) perlu mengumpulkan data2 yang agak banyak iaitu tangga gaji untuk setiap jawatan dan juga setiap gred.. Kalau dapat, admin juga MUNGKIN akan memasukkan pilihan untuk P2 dan ke atas.. Tapi oleh kerana ini memerlukan banyak maklumat, jadi mungkin sistem ini akan dilancarkan bukan dalam masa terdekat..

Sehubungan itu, admin ingin memohon bantuan pembaca untuk memberikan link-link berkaitan Pekeliling Perjawatan Tahun 2007 bagi memudahkan proses mencari maklumat, dan mempercepatkan proses menyiapkan sistem tersebut.. :)

Contoh screen shot :




Senang tak? So korang tak perlu masukkan ape2 dalam kotak kuning ke, kotak merah ke, kotak hijau ke, kotak kasut ke.. Hehehehe.. So, mohon bantuan k.. Ini untuk kepentingan kita bersama juga..

*Pekeliling yang diperlukan adalah yang tahun 2007 yer, bukan 2002..

Terima kasih.

Sementara tu, guna je la dulu jadual yang asal ni k.. Boleh je guna tu.. :)
Plain Nice - Jadual Pengiraan Gaji SSM 2012
Chow!!
.

.

Thursday, March 15, 2012

Plain Nice - Jadual Pengiraan Gaji SSM 2012

15 Mac 2012 - 5.43 pm

Dah dekat pukul 6, kenapa aku tak balik lagi ni? Masih kat ofis.. Hahaha!! Bukan buat apa pun, just sekejap tadi aku terfikir untuk buat jadual pengiraan gaji SSM 2012, dan oleh sebab aku rasa benda ni boleh dikongsi, so aku nak kongsi la kat sini.. 

Jadual yang aku buat ni akan membolehkan korang untuk mengira jumlah kenaikan yang korang terima selepas SSM 2012, dan berapa jumlah gaji baru korang selepas ni.. Ni print screen yang aku buat.. Ni aku buat untuk gaji aku iaitu gred C17, tapi korang leh tukar mengikut jawatan dan gaji korang..

Just ikut je arahan dalam kotak kuning dan merah tu.. 

Kalau tak paham jugak, macam ni.. Kalau korang gred 17 macam aku, korang tak perlu tukar yang dalam kotak kuning tu sebab memang kenaikan bagi gred 17 ialah RM49.91 (SSM lama) dan RM95 (SSM baru). So just tukar dalam ruangan merah je.. Perlu diingatkan bahawa kenaikan 13% dan kenaikan RM95 tu adalah dua benda yang berbeza.. 13% tu adalah kenaikan gaji yang diberikan kerajaan kepada kakitangan pada tahun 2012 ni, kira macam kenaikan bonus letewww, tapi kenaikan RM95 tu pulak ialah kenaikan setiap tahun yang menggantikan kenaikan RM49.91.. Comprende?

Tapi kalau korang gred lain, contohnya gred 44 ataupun 52, dah tentu la kenaikan tahunan korang pun lain kan.. So korang kena la tukar kat dalam kotak kuning tu.. Kotak merah pun kena tukar sekali.. Berapa kenaikan gaji korang? Mane la aku tau! Haha!!

So lepas masukkan maklumat tu, Excel akan otomatik kira sendiri gaji korang untuk tahun ni sehingga tahun 2016.. Cukup la tu kot, sehingga PRU yg akan datang.. Sebab mungkin masa tu akan ada pergerakan gaji lagi.. Huhu.. Kena la pandai pancing kannnn..

Peringatan : Ini hanyalah ramalan kenaikan je k.. Jgn ade yg ambik benda ni sebagai sesuatu yang sahih lak.. Kita tunggu je Pekeliling keluar nanti.. :)

Ok la, korang leh download file Excel tu kat :

SINI - Mediafire
 
PS : Kepada blogger2 yang nak copy entry ni bulat2 ataupun tak secara bulat2, aku benarkan.. Cuma kalau boleh, mohon korang tak letak download link ni kat blog korang k.. Just bagi je link ke blog aku nih, dan pembaca korang boleh download dari sini.. Thanks in advance..

PENTING! : Perkiraan SEBENAR terdapat di Plain Cool! - Perkiraan Sebenar SSM 2012 Dan Pekeliling 2012!!
.

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!