Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Saturday, July 30, 2011

Big Plain Screen - The Unexpected 'Tolong, Awek Aku Pontianak'!

30 Julai 2011 - 12.10 am

Dah jadi kebiasaan aku pulak untuk review filem2 yang orang dah lama tengok kat pawagam. Yer la, aku tak sempat nak tengok kat wayang. So aku hanya leh review lepas tengok kat laptop je. Huhu. Anyway, jom mereview filem 'Tolong, Awek Aku Pontianak'!


Sebelum aku menonton filem ni sekejap tadi, aku memang sangat2 skeptik tentang apa yang bakal aku tengok. Sebab selepas apa yang berlaku pada KaraK, aku kembali tak percaya pada industri filem tempatan yang selalu sangat menghampakan penonton walaupun sebelum ni aku terpukau dengan Hantu Kak Limah. Tapi selepas aku habis menonton TAAP (Tolong Awek Aku Pontianak) tadi, aku terdiam. Terdiam seribu bahasa.....

Bukan terdiam sebab kecewa, tapi aku terdiam sebab terpegun. Aku tak sangka filem yang mempunyai title yang cukup2 'mega-spoiler', mampu untuk membuat aku terhibur sepanjang movie tu ditayangkan. Aku rasa semua penggiat seni filem tanah air patut back to basic, iaitu tujuan filem sebenarnya adalah untuk membuatkan penonton terhibur. TAAP berjaya mencetuskannya! :)

Dengar dari tajuk yang seperti gabungan 2 emosi, iaitu dari aspek melankolik dan juga melodrama (alamak, malas la nak guna perkataan2 berat2 nih.), seolah2 filem ni macam filem bodoh je. Tapi tak. Tak langsung! Idea yang cukup ringkas, tapi tak terlalu ringkas sampai buat penonton berasa dibodohkan.

Sinopsis cerita ni adalah pasal si Bob ni yang merupakan seorang yang 'loser', tapi sebenarnya bijak. Setelah break ngan awek manusianya, dia dan biawak hidup housematenya berpindah ke satu kawasan flat yang berpuaka. Tapi diorang tak tau, dan selepas mendapati yang diorang berjiran ngan 2 orang awek cun, terus hilang perasaan seram yang diorang rasa pada mulanya. Last2 Bob dan salah sorang dari awek tu iaitu Maya telah terjatuh chenta dan lepas tu Bob pun tau yg Maya tu sebenarnya adalah seorang pontianak. Lepas scene gaduh2 ngan kakak langsuir diorang, akhirnya Bob berjaya memecahkan sumpahan pontianak dengan cinta sejatinya (Shrek sangat) dan diorang hidup bahagia selama2nya.

Pertama sekali yang aku nak komen, dari segi lawak yang disuapkan kepada penonton. Terus terang aku katakan yang aku tak henti2 gelak masa tengok filem ni. Memang lawak habes! Tu aku tengok sorang2 tu. Kalau tengok kat panggung, mesti lagi meriah. Aku puji pengarah (James Lee) sebab berjaya membuat scene2 lawak yang cukup ringan dan menggelikan, tanpa perlu mewujudkan unsur2 slapstik (cough*Senario*cough). Lawak2 yang dijamu sangat refreshing, dan aku rasa dah lama penonton2 filem atau TV Malaysia dahagakan lawak2 sebegitu. 

Nak cerita satu2 mmg tak dapat la, sebab aku rasa hampir semuanya kelakar. Dengan scene kawan Bob yang agak intimate mase Bob break ngan awek manusianya tu, lagi scene2 tanpa dialog, hanya menunjukkan mimik muka pelakon dan scene yang juga mampu membuat aku tergelak terbahak2. Biasanya scene2 lawak begini hanya dibuat dalam filem2 dari China atau Hong Kong. Bab yang aku takleh blah, mase karox, mase Bob dan kawan2 opis dia flash-back, dan lain2 scene lagi. 

Pelakon2 juga memberikan lakonan yang aku leh bagi 2 thumbs up. Zahiril memang agak sesuai melakonkan watak Bob yang skema dan lurus dengan muka Zahiril yang seposen tu. Sazzy, Liyana dan Nurul juga berjaya memberikan aura 'pontianak' kepada penonton. Cuma Liyana je yang tak berapa menyerlah, mungkin sebab aku tak pernah tengok pontianak remaja. Pelakon2 pembantu juga memberikan sokongan yang padu. Harun Salim Bachik, Rasidi Ishak, Sufian, dan lain2 memang berjaya membawa watak masing2 dengan jayanya.

Ada jugak yang tak berapa kemas dalam filem ni, seperti adegan hantu berlawan, pertukaran plot dan beberapa benda, tapi aku rasa benda2 tu tak sedikitpun menjejaskan keseronokan menonton filem ni. 

Cukup la kot, aku dah ngantok sangat nih. Sok kena bangun awal, nak gi KL. So aku tergesa2 buat review sementara apa yang aku fikir ni masih fresh. So sekarang aku nak tido.

Chow!!

Friday, July 29, 2011

Plain (Not So) Hungry - 'Aku Sepotong Kek' Story...

29 Julai 2011 - 4.49 pm

Aku adalah sepotong kek. Aku dibeli oleh Cik Farina, dan dibawa ke opis beliau. Di opis tersebut, aku diberikan kepada En Yazid kerana staf yang lain tak berapa sukakan aku (kot). Lalu aku pun dimakan oleh En Yazid yang memang gemarkan kek coklat.

 Pada jam 8.50 pagi, aku diberikan kepada En Yazid, dan beliau mula memakan aku. Aku sangat gembira kerana dimakan oleh seorang yang hensem dan cute! :)

 Aku dimakan sedikit demi sedikit oleh En Yazid. Sehingga jam 9.29 pagi masih banyak lagi 'portion'ku yang masih belum dimakan. Aku sangat suka dimakan dengan cara begini.

Pada jam 2.48 petang, aku sudah sedikit kering. Coklat cair di atas badanku juga sudah beku dan tak berkilat. Tapi En Yazid masih gigih mahu menjamah aku. Terharu sangat!

 Akhirnya pada 3.45 petang, pisang yang berada di atas badanku telah dimakan oleh En Yazid. Awet muda katernyer.. Rasa macam dara diragut lak bila En Yazid makan pisang tu (melampau lak aku nih-yazidy).

 Pada jam 3.59 petang, hanya sedikit dari diriku yang tinggal. Aku sangat terharu sebab En Yazid mampu menghabiskan saki-baki diriku yang dah kering dan tak moist ni sebab dah lama terbiar dalam bilik ber-aircond.

4.18 petang - Tamatlah kisah hidupku, Sepotong Kek. 

Aku sangat gembira kerana telah dimakan oleh seorang yang baik hati, penyayang, hensem, cute walaupun kurang macho iaitu En Yazid. Aku bersyukur kepada Allah kerana aku tidak dibazirkan begitu sahaja. :)

Chow!!

ps : dialog tu hanya rekaan semata-mata yer.. tapi timeline aku makan kek tu memang betul. ambik masa sehari gak nak habiskan kek tu. :)

Thursday, July 28, 2011

Plain Cool! - D.I.Y. Danbo!

28 Julai 2011 - 10.36 pm

Mase aku blog-walk petang tadi, aku terjumpa satu post yang sangat2 menarik, iaitu post tentang cara2 buat papercraft karekter Danbo. Post tu dibuat oleh Mr Ipai di blog beliau, ipai-ans.blogspot. Aku terus tertarik dan bercita2 untuk buat gak papercraft tu. Akhirnya setelah berhempas pulas, pada jam 10.15 pm tadi, siap gak si Danbo tu. Tapi version yang aku buat ni kaler putih, sebab takde printer kaler. Huhu.. Di samping tu, aku buat gak satu lagi papercraft yang agak ringkas untuk berdamping berkawan ngan si Danbo tu. Ni pic2nya.

 Danbo dan makhluk dalam kotak. Printer black & white je, so kualiti Danbo ngan makhluk tu tak berapa nak cantik. Tapi aku tetap puas hati sebab berjaya me'real'kan Danbo itu.

 Ni versi yang diambil tanpa flash. Yang best ttg papercraft Danbo tu, kepala, tangan dan kakinya boleh digerak-gerakkan. Puas hati lepas penat gigih menggunting dan melekat. Tapi aku tak gunakan gam. Aku guna double-sided tape. Haha!! Lagi senang dan tak perlu tunggu gam tu kering.

 Ni la makhluk yang meneman Danbo. Aku tak tau la karekter ape, tapi kat bahagian belakang dia ada tulis 'Cut The Rope'. Tak kisah la. Dia pun leh tahan cute. Eh jap, aku lupa nak 'on'kan flash, so tak berapa nak nampak makhluk tu kat dalam kotak.

 Ok, dah 'on' flash. Kan nampak tu. Cute kan!!

Diorang2 ni aku cadang nak letak depan TV je. Yer, TV aku mmg tak clear siarannya. Hahaha!!

Ok, tu je. Thanks bebanyak kepada Mr Ipai sebab buat entry yang awesome tu! Bila aku tengok kat link yang dia bagi tu, ade banyak lagi papercraft. Aku berangan nak buat semua!! Hahaha!!

Kalau korang nak try buat, leh try gi kat sini (Danbo papercraft), sini (DevianArt) dan sini (CubeeCraft).

Chow!!

Plain Contest - BEN ASHAARI CARI BLOG.. CEPAT!

28 Julai 2011 - 12.37 pm

Sekali lagi aku nak join contest blog, dan kali ni kelolaan father of blogger kat Malaysia ni, iaitu havang Ben Ashaari yang body ketak2 tu. 

Klik mana kalau nak join? Klik sini je...

Now aku nak taip ape ek? Abg Ben cakap leh tulis ape2 je. Hmmm.. Ok la.. Malam tadi aku replay tengok Glee season 1 episode 17 yang bertajuk Bad Reputation. Baru aku terperasan yang Rachel nyanyi lagu Total Eclipse Of My Heart tu dengan 3 orang sekaligus iaitu Jessie, Finn dan Puck. Aku ingat dia nyanyi ngan Finn  je. Leh ke citer pasal ni? Belasah je la! Hahahaha!!

Chow!

Plain Amazing! - Starved But Kicking Goldfish!


28 Julai 2011 - 9.31 am

Dah lama rasanya aku tak buat entry pasal binatang. Bukan manusia berhati binatang yer, tapi binatang yang berhati binatang. Haha! 

Masa gempa bumi kat New Zealand baru-baru ni, sepasang ikan emas yang terperangkap dalam runtuhan gempa bumi telah berjaya hidup selama 134 hari tanpa makanan, dan yang lebih pelik, tanpa elektrik untuk membersihkan dan mengoksigenkan akuarium diorang.

Ikan2 emas tu yang diberi nama Shaggy dan Daphne, telah berjaya menghidupkan diri mereka kat dalam tangki 26 gelen kat reception Quantum Chartered Accountants di Christchurch, iaitu tempat yang dilanda gempa bumi hari tu.

Masa pekerja2 tengah memunggah barang2, diorang terkejut bila diorang jumpa 2 ekor ikan yang masih hidup tu. Sihat walafiat lak tu. Apa yang membolehkan diorang hidup 134 hari tanpa makanan dan elektrik? Jawapannya, taik diorang sendiri. Haha!!

Taik2 diorang telah membiakkan bakteria dalam akuarium tu, dan bakteria2 tu telah mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk ikan2 emas tu hidup. Akuarium tu telah dibersihkan dan dioksigenkan dan dinutrienkan oleh bakteria2 tu. Hebatnya alam! Subhanallah!

Ikan2 emas tu tak ingat langsung tentang peristiwa tu. Haha!!


Chow!!

source : teddyhilton.com

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!