Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, July 19, 2011

Plain Frustrating - The Flopped KaraK

19 Julai 2011 - 9.05 am

Malam tadi lepas tengok Juvana episod akhir yang bagi aku memang best, cuma ada part yang agak unlikely di hujung cerita, aku layan lak sebuah movie seram tempatan terbitan KRU Studio yang sebelum ni aku tak sempat tengok kat pawagam. So, layan kat laptop je la... :) Movie tu tak lain dan tak bukan, KaraK. Aku tau mesti dah ramai yang buat review filem ni, dan mungkin ada jugak yang akan cakap cerita ni dah basi. Tapi aku tetap nak buat review dari kaca mata aku jugakkk!!!


Masa aku tengok iklan movie ni satu ketika dulu, aku terpegun sebab KRU berjaya mencipta sebuah idea yang kalau digarap betul2, boleh mencetuskan fenomena dalam genre filem seram di Malaysia. Idea memfilemkan kisah2 lebuhraya Karak dan jalan lama Karak adalah sangat refreshing, selepas berkali2 kita disajikan dengan filem2 seram yang entah dari mana datang hantunya. Dengan Karak, penonton pasti sudah sinonim dengan cerita2 hantu yang bakal ditayangkan di layar besar, sekaligus memudahkan KRU untuk menambat pautan hati penonton. Aku masih teringat telemovie Momok (bukan filemnya) dulu, yang mana cerita2 dalam telemovie tu adalah sesuatu yang biasa didengar, dan garapan yang dihasilkan berjaya menambat penonton untuk menonton telemovie tersebut berulang-ulang kali.

Tapi selepas menonton filem KaraK malam tadi, aku kecewa.... Kecewa yang teramat sangat!! Antara point2 yang aku perlu huraikan bagi menyokong kekecewaan aku tu ialah :

- Ramai yang dah cakap pasal ni, tapi aku tetap nak cakap gak - hantu yang langsung tak realistik! Hantu2 yang dimunculkan dalam movie adalah sangat tak meyakinkan (unconvincing) sebab kebanyakan daripada hantu2 tersebut dicipta lebih kepada monster (kecuali hantu penanggal dan budak kecik yang berjaya menaikkan termometer seram aku). Hantu kat atas kereta masa mula2 movie tu sangat jelas ke'monster'annya, yang mana sepatutnya scene tu dilakonkan oleh hantu pontianak atau langsuir yang biasa kita dengar dan yang aku pasti, penonton nak tengok, iaitu berbaju putih, berambut panjang, mata merah dan wajah yang menakutkan. Bukannya monster berkaki panjang dan bermuka sopak!! 

  Hantu nenek yang menghantui bebudak tu juga selain nampak monster yang tak seram langsung (aku rasa macam nak sepak je hantu tu), adalah watak hantu yang tak wujud pun dalam kisah2 misteri Karak. Aku rasa ramai yang setuju kalau aku cakap yang sepatutnya hantu yang mencetuskan scene2 klimaks dalam movie ni adalah hantu yang orang paling familiar, mungkin pontianak yang menerpa ke arah cermin seperti yang banyak diceritakan oleh pengguna2 Lebuhraya Karak atau langsuir yang makan bapak orang tu, bukannya hantu ciptaan yang orang langsung tak dapat rasa feel dari hantu tu!

- Satu lagi yang aku kecewa tentang filem ni ialah, bagi aku sepatutnya filem Karak adalah berkisarkan tentang kisah2 seram pengguna Karak yang orang banyak dengar selama ni, dan ianya sepatutnya di'real-life'kan dalam movie ni. Sebaliknya filem ni buat cerita pasal sekumpulan student (kenapa ye hampir semua filem seram perlu guna watak student yang nak buat research? Aku dah jelak!) yang kemalangan kat Karak, dan jumpa rumah dalam hutan, dan serius aku cakap, feel 'Karak' mati kat situ. Terus aku rasa macam dah tak nak tengok sebab filem tu dah jadi bukan Karak, tapi kisah sebuah rumah yang berhantu sebab pembela hantu yang sebelum ni tinggal kat rumah tu mati tanpa membuang hantu2 tersebut. Ape ke hal?!

- Aku tak perlu la citer pasal scene2 tak logik sebab dah banyak review yang dah buat, seperti dah tau kat tempat berhantu, nak jugak mandi tengah2 malam kat toilet yang terletak kat luar rumah, tak pun dah tau abang dia dah mati, nak jugak dia ikut kelibat abang dia sampai kena langgar ngan abang dia yang sebenarnya hantu sambil naik motor hantu jugak, dan lagi nak jugak pakai rantai yang dijumpai kat rumah yang berhantu. 

- Part dimana akhirnya hantu2 tu berjaya dihalang oleh watak Zura dengan melaungkan terjemahan ayat2 al-Quran. Yang ni nampak sangat tak real. Satu, macam susah nak percaya bila seorang perempuan berjaya mengumpul keberanian untuk melawan hantu2 tu. Dua, jugak macam susah nak percaya yang hantu boleh dihalau oleh terjemahan Quran yang dibaca oleh seorang perempuan yang agak kurang solehah.

- Rasenye yang terakhir yang aku nak sentuh (sebenarnya banyak lagi, tapi siapalah aku nak komen banyak2. Kang marah lak peminat filem ni) ialah twist di penghujung movie, yang bagi aku lebih membuatkan aku twisted, dari segi yang tak best. Bagi yang tak tengok lagi movie ni, tak payah la baca sebab aku akan spoil korang je. Ok, kat penghujung movie, baru la watak Zura tu sedar yang kawan2 dia sebenarnya dah mati awal masa diorang kemalangan tu, tapi hanya dia yang tak sedar. So, roh kawan2 dia yang dah mati tu tetap bersama dengan dia. Cuma dia tak sedar yang tu adalah roh. Kalau digabungkan info ni dengan dialog hantu nenek yang selalu dok sebut2, "Aku nak roh kau!", macam terjadi satu konflik kat situ. Sama ada KRU nak membuktikan yang hantu makan roh orang, atau lebih teruk, adakah hantu tu adalah The Grim Reaper yang bagi masyarakat luar, merupakan malaikat maut yang datang ambil roh manusia yang dah mati tapi taknak bergerak ke alam lagi satu (mcm dalam cerita The Ghost Whisperer). Kalau tu yang dimaksudkan oleh KRU, tu la yang aku maksudkan konflik. Penggabungan antara kepercayaan Timur dan Barat, membuatkan aku fening2 langau..

Ok, tu je kot yang aku nak kata. Apa2pun, kongratz kat KRU sebab berjaya hasilkan filem seram yang sangat2 sci-fic (sebab banyak CGI).

Chow!!

10 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tu dia...dh mai dh..haha sememangnya aku stuju ngan kata2 ko...aku stuju taw sbb aku dh tgk cite ni..btol2 stuju... tu je.. hehe

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Mohd Khairi Khadzir
Haha!! Ingat nak kutuk tadi.. aku just taip apa yang aku rasa je.. huhu..

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hmm...betul3...

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hohohoh,,da bace,,tp lps bace cm xmo tgok jer,,,dgr mcm nk real je,,,tp tu la,,kalo cite seram mesia wat,,mmg sepesen tu ,la,,terbang2 pon,,nmpk tali kt belakang cam cite jgn pndng belakang,,hahahaha,,,mmg xreal lgsg,,,huhuhu,,,gempak je lbih,,,tp serius best la,,bace ape yg u tulis nih,,hehehehe

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@zieta : ape yg betol? Ita dh tengok ke movie ni?

@Anonymous : Hambpih, banyaknye koma, sampai nak koma aku.. huhu.. movie KRU patutnya boleh membuat org kagum, tapi kali ni sangat hampa.. anyway, thanks.. ok ke penulisan tu? harap2 ok..

Green Apple said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

x tengok pon.....

dsdfsdfdsg said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku pun tak setuju dengan jalan cerita filem ni. nasib baik tak buang duit gi nonton. Aku mengharapkan jalan cerita ni berkisarkan Laluan Karak yang dikatakan agak keras. tapi lain pula yg ada di jalan cerita ni. amat kecewa. Lakonan pun kureng.. Pasal Kereta VW teda pemandu tu ada gak dlm cerita Momok... yg tu aku setuju.. mungkin kejadian tu betul. Jadi cadangan aku kalau boleh terbitkan satu lagi kisah Karak yang memaparkan kisah2 betul dan mitos mengenai Lebuhraya karak tu. Peace

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Green Apple : Tak tengok pun tak rugi..

@penmerah penbiru : aku pun memang mengharap sangat yang filem ni berkisarkan tentang lebuhraya Karak.. Tapi mmg kecewa bila tengok yang filem ni rupa2nya ttg rumah bodoh tu.. mmg aku setuju dgn idea ko utk wujudkan satu lagi filem yg betol2 pasal Karak. mesti best..

ymanzz said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hermmm....apa yg ko post dkt atas tu memang 100 pratus sama dengan comment aku ktika aku mnonton wayang tu,takde kurang wlau sdikit pun...seram die harap dari audio sound je yg membuatkan kte tkejut tak menentu dan melenting tak memasal..bkannye nak lagak pandai,tp rasanye hampir 90 pratus pnonton KaraK mngatakan ya pada entri kt atas neh..kbanyakan kawan2 aku yg melihat wayang tu merasa teramat amat kcewa...lagi satu nak tambah,pelakun wanita yang membawa watak utama tu,fell/reaksi atau respon die kpada "HANTU" langsung tak menampakkan bhawa dia takut dkt hantu2 tu...tngok reaksi muke die pn nmpak relax je...huhuhu hampeh!!! tp tahniah jua ku ucapkan kpd KRU STUDIO krana animation agak bgus sikit dr amatanku....tahniah!!!

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@ymanzz : mmg aku setuju sgt kat apa yg ko ckp tu.. semua serba tak kena ngan filem ni..

bab animation tu, mmg superb. tp kan elok kalau KRU fokuskan animation tu ke arah merealkan lagi hantu2 spt pontianak, langsuir, penanggal dan hantu2 lain, bukan dgn mencipta karekter hantu ikut suka hati.. huhu..

anyway, thanks sbb sudi baca review ni.. :)

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!