Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Thursday, May 31, 2012

Plain Funny - While Having Dinner

31 Mei 2012 - 9.21 pm

Aku dan Aiman akan Backstreet Back baru balik dari makan kat restoran D'Bedah Corner, atau lebih dikenali ngan panggilan kedai Abg Ju (sebenarnya aku ngan Aiman je yang panggil kedai tu kedai Abg Ju, sebab salah sorang waiter yg plg somel kat kedai tu bernama Ju @ Joe). Macam biasa, sampai je kedai tu, kitorang duduk tempat biasa kitorang.. Ok, ada 2 peristiwa berlaku kat kedai tu pada malam ni yer......

Peristiwa Satu. - Waiter baru yang BLUR!
Selepas je kitorang duduk kat tempat biasa, sorang waiter baru yang kitorg tak pernah nampak datang ambik order.. Oleh sebab dia orang baru, so dia tak tau apa makanan regular kitorang.. Klu Abg Ju, tak perlu cakap pun dia dah tau.. Tapi tadi Abg Ju tengah gayut ngan awek dia kot, tu yg dia tak dpt nak entertain kitorang.. Sentap!! (padahal jeles)

Waiter blur : Order?
Aiman : Teh O suam.
Aku : Same la.

Tetibe waiter tu macam nak berambus blah, padahal tak ambik order makan lagi nih.. Tapi sebelum sempat dia melangkah dengan lebih jitu...............

Aiman : Eh, makan tak ambik order lagi!
Waiter blur : Makan?
Aiman : Bagi Kueytiaw Tom Yam.
Aku : Saya nak...............

Tak sempat aku nak cakap, waiter tu dah nak blah.. So aku pun terlontar vokal bukan sekadar rupa yang agak nyaring.........

Aku : Eh? Japppp!! 
Waiter : (datang balik)
Aku : Saya nak Tom Yam Seafood.

Akhirnya waiter tu pun blah.. Aku dan Aiman berpandangan sesama sendiri, sebab kitorang sekali blur dengan respon waiter blur tu..

Setelah menunggu, akhirnya order kitorang pun sampai.. Tapi agak sentap sebab apa yang kitorang dapat bukan apa yang kitorang order.. Aku dapat Bihun Tom Yam Seafood, Aiman lak dapat Bihun Tom Yam. Abg Ju yang nampak reaksi muka kitorang yang blur pun tanya dari jauh.....

Abg Ju : Napo? Salah ko? (slang Pahang + Kelantan)
Aiman : A'ah be.. Order lain, dapat lain.. Tapi takpe la.. (Biasa mmg Aiman je yg rajin layan Abg Ju ni, sebab aku agak nervous.. Hahaha!!)

Kitorang pun makan je la ape yang dapat tu.. Mase kitorang tengah makan tu, aku curik2 dengar gak apa yang Abg Ju ngan waiter2 lain borak (customer lain takde, so diorang pun layan la borak).. Then aku terdengar sesuatu yang buat aku tergelak sengsorang......

Tukang masak : Budak baru ni bukan je salah ambik order, sebuk (sebut) order pong (pun) saloh..
Abg Ju : Kawe dengor dio ambek order, pah tu (pastu) dia sebuk (sebut) laing (lain).. Oghe (orang) tu order Tom Yam Seafood, dia sebuk (sebut) Tom Yam 'Silifon'!!

Pastu diorang bantai gelak!! Aku pun tahan gelak sebab aku terdengar sekali.. Aiman tak faham nape aku gelak sebab dia tak dengar.. Memang FAIL la waiter baru tuh!!


Peristiwa Dua - Aku termelatah aka terjerit dengan agak kuat.
So kitorang pun makan la sambil borak2, dan Abg Ju and da geng pun borak2 dan gelak2 sakan..Mase tengah syok makan tu, ade kucing bergaduh kat belakang aku.. Oleh kerana kucing2 tu menghasilkan bunyi yang sangat tiba-tiba, aku pun dengan secara spontan terus menjerit aka melatah dengan suara yang agak kuat!! Dan apa lagi, geng2 Abg Ju yang suka gelak tu pun gelak dengan secara berjemaah dan kuat!! Aiman pun gelak sekali!! Aiman siap kater, "U ni buat malu I je.." Malu giler mase tu, rase macam nak balik je.. Tapi tak balik la, teruskan makan.. Huhu..

Mase tengah makan, Abg Ju asyik buat bunyi kucing, pastu bila aku pandang kat dia, dia sengih je.. Rase macam nak lempang je dia laju2.. Komfem lepas ni kalau aku datang kedai tu lagi, dia gelak2kan aku.. Mencik laaaaa!! Mase dah siap makan dan nak balik tu, Abg Ju sempat usik aku, dia kata, "Terkejut I....".. Alangkah sentapnya..

Tu la dua peristiwa yang berlaku sekejap tadi.. Mase aku cerita balik kat Aiman pasal Tom Yam 'Silifon' tu kat dalam kete, dia bantai gelak sakan.. Seb baik dia tak dengar secara live tadi.. Kalau tak, komfem dia bantai gelak barai kat kedai tu.. Terus perkataan 'Silifon' menjadi topik hangat kitorang malam ni.. Hahaha!!

Chow!!
.

Plain Cruel - The Cruel Making Of 'Foie Gras'

31 Mei 2012 - 8.54 am

Kat dunia ni, terdapat pelbagai jenis makanan-makanan mewah seperti foie gras, caviar, truffle dan lain-lain lagi. Tapi apa yang membezakan 'foie gras' dengan makanan-makanan mewah yang lain ialah, kekejaman semasa proses penghasilannya!

Foie gras mentah.

 Hidangan 'foie gras'.

Tau tak apa sebenarnya 'foie gras' nih? 'Foie gras' ialah hati itik atau angsa yang telah digemukkan secara paksa! Korang tau tak, penghasilan 'foie gras' melibatkan pemberian makanan secara paksa kepada itik atau angsa, melebihi kapasiti makanan yang mampu mereka makan. Pemberian makanan secara paksa ini adalah dengan memasukkan tiub ke dalam mulut itik/angsa, dan menuangkan cecair lelemak ke dalam tiub tersebut. Lemak berlebihan ini akan menyebabkan hati itik/angsa tersebut membengkak, sehingga berkali ganda melebihi saiz biasa.

Perbezaan antara hati itik yang sihat, dengan hati itik yang telah diberi makan secara paksa.

Berikut adalah gambar proses-proses pemberian makanan secara paksa kepada itik/angsa tersebut :





Perbezaan antara angsa sihat dan angsa 'foie gras'.

Kekejaman manusia sangat melampau, hanya untuk sejenis makanan. Tak paham aku!!!!!!!

Chow!!
.

Tuesday, May 29, 2012

Plain Me - Aku Yang 'Naughty'

29 Mei 2012 - 12.07 pm

Haha!! Jangan fikir bukan2 bila baca tajuk entry ni yer~~ Naughty yang aku maksudkan di atas tu bukan dari segi yang berwarna 'kuning' mahupun 'biru', tapi hanyalah kenakalan semasa aku kecik-kecik dulu.. Setiap orang mesti melalui zaman kanak-kanak yang menyeronokkan kan.. So aku nak kongsi sket ke'naughty'an aku mase dulu2.. Tapu dulu2 je aku nakal tau.. Sekarang aku dah tak nakal.. Naughty jer *rujuk warna2 tadi*.. Errrr, abaikan..

1. Tangkap sibu-sibu/pepatung guna getah.
Bila aku fikir balik tabiat aku ni, agak insaf juga sebab, err, kejam.. Ye la, guna getah tikus atau getah pokok nangka untuk tangkap pepatung tu.. Bila dah tangkap, komfem pepatung tu dah takleh nak terbang.. Akhirnya mati.. Adeiii, kejamnyeee..


2. Ikat plastik kat kaki ayam.
Ni pun salah satu aktiviti yang aku gemar gak dulu nih.. Caranya senang je, tangkap sekor ayam, ambik tali dan plastik, ikat satu hujung tali tu kat kaki ayam, dan lagi satu hujung tali kat pemegang pelastik.. Nanti bila ayam tu lari, plastik tu akan terbang dan ayam tu akan takut dan lari lagi laju.. Hmmmmm.. Juga kejam yer.. Nape la aku dulu kejam sangat ek? Kurang kasih sayang ke?


3. Tembak kucing guna bedil buluh.
Ni pun satu lagi aktiviti kurang sihat yang aku suka buat dulu.. Kalau nak tau ape tu bedil buluh, sila tengok entry Bedil Buluh ni yer.. Biasa bedil buluh ni aku guna untuk buat main perang2, tapi bila takde kawan nak main, tembak je apa yang melintas kat depan.. Biasa kucing la yang selalu jadi mangsa sebab dia tak expect.. Kalau ayam itik diorang dah cabut dulu..

Sebenarnya banyak lahi aktiviti2 durjana yang aku selalu buat dulu, termasuk :

4. Lastik burung.
5. Cabut ekor itik.
6. Campak itik dalam sungai sebab nak tengok dia berenang.
7. Letak getah tikus kat pisang masak, biar kena sayap burung.
8. Letupkan sarang semut guna mercun.

Bila ingat balik, kejamnyer aku dulu kat binatang2.. Aku pun naik seram.. Huhu.. Nasib baik sekarang aku dah jadi seorang yang sangat penyayang.. Errrr.. Ye ke? Org tertentu je tau.. Tetttt!! Anyway, aku dulu membesar kat kampung yang betul2 kampung.. Sebab tu la aktiviti2 yang aku buat semua ala2 kampung.. Aku yakin orang lain pun banyak kenangan mase kecik kan.. :)

Chow!!
.



Plain Shocking! - Perhimpunan Bersih 5.0?

29 Mei 2012 - 9.04 am

Sebelum ini, tanah air kita dikejutkan dengan siri-siri Perhimpunan Bersih (klik untuk info penuh) seperti Perhimpunan Bersih 2.0, Perhimpunan Bersih 3.0, Perhimpunan Bersih 4.0 dan juga Himpunan Jutaan Belia 2012, sekarang negara dikejutkan pula dengan Perhimpunan Bersih 5.0 yang dikatakan telah diadakan secara sembunyi!! 

 Bersih 2.0

 Bersih 3.0

Bersih 4.0

 Himpunan Jutaan Belia 2012. (Gambar ehsan www.klpos.com)

Penulis bernasib baik kerana berjaya mendapatkan beberapa keping gambar sepanjang Perhimpunan Bersih 5.0 itu, dan peserta-peserta Perhimpunan tersebut juga telah memberikan pendapat mereka tentang Perhimpunan Bersih 5.0 tersebut.

Lihatlah gambar2 hangat di bawah :


...............................................................
..................................................
.....................................
.............................
................
........
..
.




 Pikachu : "Pika pika piiiiii..."

 M&M kuning : "Saya join Perhimpunan ni sebab saya nakkan keadilan!! Nape dalam pek M&M banyak kaler merah ngan hijau je? Kami warna kuning ni sering dianaktirikan!!"

 Goku : "Aku sebenarnya kena paksa dengan Pikor sebab dia kater rambut aku kaler kuning, so kena join Perhimpunan nih.. Mentang2 la dia takde rambut!!"

 Angry Bird kuning : "Perhimpunan ni untuk ape ek? Ade dapat Lamborghini tak?"

 Power Rangers kuning : "Kami akan bersatu menentang kejahatan dan musuh2 kepada kaler kuning!! Hidup Bersih!!"

 SpongeBob : "Saya nak promosi Krabby Patty je kat sini.. Hehehehe~~~"

 Wolverine : "Diorang kata kat Perhimpunan ni boleh buat aksi2 ganas.. Aku nak terbalikkan keter polis!! Tak kire!!"

 Pisang : "Saper la yang dok lekatkan stiker Bersih kat badan aku ni weh?"

Desp. Me 1 : "Kao Bersih?"
Desp. Me 2 : "Kao dapat kete?"

 Belle : "I jumpa banner ni kat depan rumah Beast, so I buat reben.. Santek takkk??"

 Lala : "Saya sukakan keamanan." (sambil sorok parang belakang badan)

The Simpsons : "Kami kaler kuning. Kami bahagia. So kaler kuning melambangkan kebahagiaan. So kami join ler. Jap, perhimpunan ni untuk ape ek?"

Ok, tu je gambar2 yang sempat di snap oleh penulis.. Difahamkan bahawa Perhimpunan Bersih 5.0 kali ni berjalan lancar tanpa pertumpahan darah kaler kuning.. Errrr..

Chow!!
.

ps : entry ini sekadar hiburan dan gurauan semata-mata.. takde kaitan dengan sesiapa yang telah hidup ataupun yang masih mati.
.

Monday, May 28, 2012

Plain Weird - Oxford University says "Bigfoot Exists!"

28 Mei 2012 - 4.52 pm

Korang tau Bigfoot? Kalau terjemahkan dalam BM, jadi la 'Makhluk Kaki Besar'. Errrr, macam pelik plaa sebut kaki besar.. Manusia pun ade yg berkaki besar gak kan.. Orang kata, lelaki yang berkaki besar ni mempunyai 'sesuatu' yang besar juga.. Errrr.. Sila abaikan..

Berbalik kepada citer Bigfoot, kita sedia maklum yang Bigfoot ni adalah haiwan mitos, sama spt Chupacabra, duyung dan lain2 lagi.. Sebabnya, takde sesiapa yang mampu membuktikan kewujudannya..

Errr.. Bigfoot katernyer.. Besar ke 'sesuatu'nya? Errr.. Abaikan..

Baru-baru ni, Universiti Oxford yang terkenal aka feymes tu kater, diorang nak membuktikan kewujudan Bigfoot.. Errrrr.. (banyaknye 'errrr' dalam entry nih).. Diorang tengah mengumpulkan data2 yang ada tentang Bigfoot nih untuk membantu dalam kajian diorang.. 

Errrrr (lagi), aku tak tau nak komen aper.. Esok aku nak try cari Pegasus laaaaahhhh!!!! Senang nak gi keje.. Tak payah isi minyak~~~

 Pegasus.

Chow!
.

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!