Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Sunday, July 24, 2011

Plain Cool! - Bedil Buluh (Once Was My Toy)

24 Julai 2011 - 8.26 pm

Masa aku tengok berita kat TV3 sekarang ni, diorang ada buat story pasal satu permainan yang mana permainan tu merupakan permainan feveret aku mase kecik2 dulu. Maklum la, aku dulu memang budak kampung. Apa yang aku tak pernah buat? Mandi sungai? Mandi parit? Mandi lombong? Main perang2? Main masak2 (mmg masak betul dan makan masakan tu)? Main fashion show (guna daun pisang)? Main meriam buluh? Main meriam tin susu? Main gasak2? Tangkap pepatung? Jerat burung? Jerat kancil? Panjat pokok? Sauk ikan? Semua yang berkaitan ngan permainan budak2 kampung, memang aku pernah main! Memang kenangan yang sangat2 terindah.

Tapi kali ni aku nak buat pasal Ceplong ke hapa yg TV3 sebut tadi. Tapi aku dulu panggil benda tu bedil je. Ni gambar2 yang berkaitan (gambar aku cari dari internet).

 Bedil. Mengimbau memori ar tengok pic nih. Dulu memang hias cantik2 bedil tu. Siap kilatkan. Kalau sekarang, leh kira setiap bedil tu macam 'wand' setiap orang dalam Harry Potter. Huhu.

 Cara nak guna. Mula2 masukkan peluru dari pangkal bedil. Pastu tolak2 sket. Then masukkan peluru ke dua, dan tolak2 lagi untuk mampatkan udara di antara kedua2 peluru. Masa nak lancarkan, just tolak kuat2. Udara yang termampat akan menolak peluru pertama tu keluar dengan velositi yang sangat tinggi.

 Cara nak buat. Semua guna buluh.

 Peluru yang paling sesuai. Buah cenerai.

Kena cari saiz yang sesuai ngan keluasan lubang buluh.

Wow! Aku memang minat giler2 main benda alah ni mase aku duduk kat kampung dulu. Aku membesar kat kampung sampai la aku berusia 5 tahun, so memang banyak aktiviti2 kampung yang aku join, tapi ni yang paling aku suka. Main perang2 dalam hutan kat belakang rumah arwah nenek aku. 

Peluru yang ditembak tu akan menghasilkan bunyi yang agak kuat, so bila tiba time perang2 ni, memang bising dalam hutan tu dengan suara2 bedil dan suara2 jeritan orang yang kena tembak. Kenapa? Sebab memang sakit! Terus terang aku kata, kalau kena memang sakit. Kalau kena dari jarak dekat, lagi la bisa. Aku penah tertembak adik angkat (family aku ada ambik anak angkat) aku sampai dia menangis. Haha!! Sekarang dia dah kawen dah pun. Aku gak yang tak kawen2. Haha!

Anyway, thanks TV3 sebab berjaya membuat aku mengimbau kenangan masa kat kampung aku dulu, Kampung Sg Berani, Lenga, Muar Johor. Now dah bertahun aku tak balik kampung sebab nenek yang paling aku sayang dah meninggal. So dah takde apa kat kampung aku tu. Nenek sebelah abah ada gak kat kampung tu, tapi aku tak rapat dengan dia sebab aku ingat lagi apa yang dia pernah buat pada mak aku dulu just sebab kitorang dulu miskin.

Chow!!

6 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha memg aku x tahu menahu pun psl benda nih...

eddy syrol said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kene tembak kat bontot sakit gile kot ni..huhuhu...

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Mohd Khairi Khadzir : Haha!! Ni mesti bukan budak kampung ni..

@eddy syrol : Mmg sakit ar.. Nak try ke?

Wallter Joe said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ahahah.. best main bende nih.. kat tempat kitorang x guna buah tu.. kitrg guna newspaper.. basahkan paper tu pastu mampatkan dlm buluh2.. plg best kalo dpt bunyi yg meletop!

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Wallter Joe : hahaha!! best kan main benda ni!! feeling ala2 rambo + sailormoon..

pepatung buluh said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cam mane aeh nk buat bende ne.Macam menarik.. anak2 skang kenal tablet jer.HAHAHAHA

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!