Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Friday, June 22, 2012

Plain Cool! - Yazidy Dapat Anugerah Jugak??!!

22 Jun 2012 - 6.38 pm

Hehehe~~ Nak jugak buat tajuk gempak, tiru Kaki Wayang.. Anugerah la sangat kannn.. Okeh, kalau sebelum ni Kaki Wayang ade buat entry tentang dia menang anugerah kat entry 'Edisi Hangat! Kaki Wayang Terima Anugerah', kali ni aku aka Yazidy jugak nak buat entry yang berkaitan ngan anugerah jugak la kot nye pun hadoih.. Hehehehe~~~

Pada hari ni iaitu 22 Jun 2012, tempat keje aku nih iaitu Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan Perhimpunan Bersih Bulanan untuk bulan Jun 2012.. Macam biasa, ade la sesi baca doa, nyanyi2 lagu Negaraku vagaih, ucapan2, hadiah2 besday dan jugak, Anugerah Pekerja Contoh!! Macam yang korang leh baca dalam link Kaki Wayang tadi, dia dah dapat Anugerah tu untuk kategori bulan April.. Jadi bagi Perhimpunan Bulanan kali ni, anugerah tersebut akan diberikan bagi pekerja yang menunjukkan prestasi yang cemerlang bagi bulan Mei pula (moteeeppp tetibe ayat karangan surat rasmi? Back to gedik mode!!)..

Intro dulu tentang Anugerah ni.. Anugerah ni diberikan kepada 2 staf setiap bulan, iaitu mengikut kategori :

1.   Kategori Staf Pengurusan Dan Profesional
2.   Kategori Staf Pelaksana 1 Dan Pelaksana 2 (kategori aku)

Mase diorang umumkan kategori pertama tu, yang menang ialah seorang pensyarah dari jabatan aku iaitu Lee Pui Har.. Congratz Pui!! So bila aku tgk Pui dah dapat anugerah, terus harapan untuk aku dapat kategori 2 musnah sebab rasanya diorang hanya akan bagi jabatan yang berlainan untuk setiap kategori.. Tapi bila je diumumkan,  "Penerima Anugerah Pekerja Contoh Kategori Pelaksana 1 Dan Pelaksana 2 Bagi Bulan Mei 2012 ialah............ Yazid Bin Yahya, juga dari Jabatan Pengajian Am!!", terus aku tersentap aka tersentak!! Hehehe~~ So dengan bangganya egoisnya mendadanya malunya aku berlari melangkah ke pentas untuk menerima anugerah tu.. Huhuhu~~ Malu kottt.. :P

Masa ambik sijil tadi, sempat Pengarah cakap, "Keep Up The Good Work!" Skipping London kaooo!!

Sebelum ni, aku pernah jugak dapat Anugerah Pekerja Contoh ni, tapi bukan yang bulanan ni.. Tapi yang tahunan.. Korang leh tengok tentang tu kat entry 'Plain Innovative - 'Q' Stands For 'Inovasi' - 2'. Yang tu best sket, sbb dapat plak plat plek piala lagi~~

Kalau nak tengok pialanya, klik kat SINI atau klik gambar.

Rasenye aku dapat anugerah ni untuk bulan ni sebab Jabatan aku banyak buat aktiviti kot sepanjang awal tahun nih.. Antaranya Program Kolaborasi Bersama PPD Rompin, yang mana aku ade jadi salah seorang fasilitator untuk aktiviti English yang dijalankan.. Mungkin bagi org lain, benda tu nampak biasa je kot.. Tapi bagi aku, untuk seorang staf sokongan mengendalikan sesuatu tugas yang setaraf dengan pensyarah, merupakan satu kepercayaan yang besar terhadap kemampuan aku!! (Perrgghhh!! Muntah dengor!!).. Selain tu banyak lagi la aktiviti2 yang jabatan kitorang jalankan spt Kolaborasi ngan Jabatan Agama Islam Pahang (Seminar Manifestasi Faraid) dan macam2 lagi la (aku dah lupeeee~~)..

Alamak, berjela lak aku memvevel (membebel) kat entry nih.. Macam la ade orang nak baca kann.. Sentap havang yer.. Eh, hadeklahhh!!

Chow!!
.

Tuesday, June 19, 2012

Plain Cool! - Burger King Promotion!

19 Jun 2012 - 8.05 am

Masa untuk promotion!! Burger King sedang mengadakan satu promosi, dimana mereka menurunkan harga burger2 mereka secara drastik (skematiknyer ayat2 aku nih)..

Untuk maklumat lanjut, klik gambar atau SINI.

 Apa offer yang offer ni offer? Ini dia :

Item
Harga Biasa
Harga Promosi
Whopper Jr.
RM10.95
RM5.95
Mushroom Swiss
RM12.95
RM5.95
Spicy Chick N Crisp
RM9.95
RM5.95
Grilled Chicken
RM13.95
RM5.95
*Didatangkan dalam set Medium (bersama minuman ringan dan kentang goreng)*
*Tak perlu print kupon*

Promosi ni limited time je, so grab it while it last!!

Chow!
.

Thursday, June 14, 2012

Plain 'Ilmu' - Kenapa Insurans Konvensional Tak Sesuai Untuk Muslim?

14 Jun 2012 - 8.03 am

Semalam masa keluar makan ngan Aiman aka Backstreet Back, kami telah membincangkan satu topik yang agak serius.. Huhuhu.. Dari situ aku dapat lihat, pengetahuan masyarakat Islam Malaysia tentang insurans/takaful masih di tahap rendah.. Jadi dengan ini, aku nak berkongsi apa yang aku tahu tentang insurans/Takaful ni dengan pembaca.. Lagipun aku pernah kerja kat Syarikat Takaful Malaysia Berhad selama 5 tahun, so nak kongsi la serba sedikit yang aku tau.. Cerita tentang aku kerja kat Takaful tu ade kat dalam entry Plain Memories - Passed Past... (1).

*Sori yer kalau entry kali ni agak dry (membosankan). Aku akan cuba buat jadi tak bosan la ek.. Kalau bosan jugak, korang tido je la..*

First sekali, kita tengok dulu, kenapa Takaful diwujudkan? Agak2 kenapa? Pernah dengar tak dulu, kecoh satu Malaysia tentang status HALAL insurans? Pernah heboh dulu kan pasal hukum menyertai insurans adalah HARAM.. Tapi, kenapa HARAM? Kenapa? Sebabnya, insurans konvensional mempunyai 3 unsur berikut :

1. Maisir - Judi
2. Gharar - Tak jelas
3. Riba' - Bunga-bunga Cinta

"Eh, macam mane leh ade 3 unsur tu?", tanya mereka dan keluarga-keluarga mereka.. Macam ni :

1. Maisir (Judi)
Contoh, kita beli insurans nyawa (seramnyer dengar perkataan INSURANS NYAWA).. Then setelah 7 bulan kita ambik, kita decide nak batalkan sijil tu.. Masa tu baru sedar yang kalau batalkan sijil bawah setahun, kita takkan dapat balik premium yang kita dah bayar.. Situasinya :

    Situasi - Pemegang polisi BOLEH kehilangan 100% daripada premium yang telah dibayar.

Dengan ni, unsur judi berlaku..

2. Gharar (Tak Jelas)
Ok, contoh bila kita beli insurans konvensional untuk insurans kereta, akan wujud kemungkinan dua situasi :

    Situasi A - Mungkin kereta kita tak mengalami apa2 kemalangan dalam tahun tersebut.
    Situasi B - Mungkin kereta kita akan mengalami kemalangan dalam tahun tersebut.

Unsur gharar wujud sebab jika tidak berlaku sebarang tuntutan, satu pihak iaitu Syarikat insurans akan mendapat semua premium manakala pemegang polisi tidak mendapat sebarang keuntungan. Pemegang polisi juga tidak mengetahui dengan jelas samada akan mendapat bayaran yang dijanjikan, tidak mengetahui kadar bayarannya dan tidak mengetahui masanya untuk mendapat tuntutan pembayaran. So wujud unsur yang tak jelas, sedangkan akad jual-beli dah berlaku.. Gharar yer.. :)

3. Riba' (Bunga)
Ok, terdapat beberapa elemen riba' dalam insurans konvensional.. So aku akan bagi beberapa syontoh (contoh)..

Contoh 1 - Peserta mengambil insurans nyawa (seram jugak) dengan sebuah syarikat insurans.. Lepas 10 tahun bayar, akhirnya sijil pun matang.. Pastu peserta pun dapat balik sebahagian dari premium yang dia dah bayar, BERSERTA duit tambahan! Eh? Mane datangnya duit tambahan tu? Haaaaa!! Sebab premium yang korang bayar akan dilaburkan secara agresif dalam instrumen kewangan (bon & saham) yang menjanjikan pulangan lumayan seperti Magnum & Carlsberg.. So bila saham tu untung, korang pun dapat la jugak duit keuntungan tu.. So bila dah dapat duit dari Magnum (bukan Magnum aiskrim tu yer, tapi Magnum no ekor tu), paham2 je la tahap keHALALan duit tu.. :P

Contoh 2 - Terdapat juga polisi yang menyediakan perkhidmatan Ah Long.. Errr.. Silap.. Perkhidmatan 'Pinjaman Auto Premium'.. Maksudnya, contoh korang dah beli insurans nyawa (seram lagik), dan selepas 4 tahun, tetibe korang nak pakai duit.. Dalam polisi ade sebut yang korang leh keleuarkan duit premium korang, tapi dengan syarat, KENA BAYAR SEMULA DENGAN CAJ!! Ok, caj tu dianggap riba' yer..

Ok, cukup kot untuk kali ni.. Aku pun bukan pandai sangat pun.. Sikit2 aku tau la.. Tu pun dah ingat2 lupa der.. Just setakat perkongsian ilmu je ni.. Sori la kalau ade salah dan silap (dah macam raya lak)..

Chow!!
.



Wednesday, June 13, 2012

Plain Me - Scratching Sketches... (6)

13 Jun 2012 - 6.36 pm

Takde pe, aku just nak upload cubaan terbaru aku untuk mewarna dalam Photoshop.. Adei, aku memang FAIL la kaler2 nih.. Saper leh ajar aku mewarna weh? Nt aku belanje cendol~~~ :P

 Sebelum kaler..

Selepas kaler..

Chow!!

Plain Cool! - McDonald Burgers Are Healthy Food?

13 Jun 2012 - 8.40 am


Sape yg tak suker McDonald sila angkat tangan (saper angkat mmg nak kena babab)?.. Aku yakin ramai orang yang sukakan burger2 yang ade kat restoran McD (Mekdi bak kata Kaki Wayang).. So, betul ke burger2 kat McD tu menyihatkan? Betul ke?? Ke betul??????

Hahaha!! Sebenarnya chef McDonald yang kater macam tu.. Chef Daniel Coudreaut (Senior Director of Culinary Innovation For McDonald's USA) berkata,

"Den takdo nampak pun apo2 yang tak sihat dalam burger2 Mekdi den nih.."

Tapi kemon la kan, burger yang penuh garam, minyak dan segala macam MSG tu  menyihatkan ke? Hahaha!! Rasenyer budak kecik umur 6 tahun pun tau yang makan burger banyak2 tu tak elok.. :P

Tapi aku tetap SUKER Mekdi!!!! Lebih suker Mekdi dari Kepci (KFC)!!! :)

Chow!!

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!