Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Wednesday, April 20, 2011

Plain Memories - Passed Past... (1)

19 April 2011 - 6.34 pm

Alamak, dah agak lama aku tak hapdet (update) blog ni.. Broadband aku dah nak sampai limit ler.. Nak hapdet ke tak ek? Hapdet je la......

Kali ni aku takde apa2 cerite hangat @ hangit @ hangus @ separuh masak yang nak diceritakan. Cuma nak kongsi pengalaman aku bekerja kat tempat lama, yang pernah aku keje sebelum ni. Sebelum aku terjerumus ke kancah keje gomen ni, sebelum ni aku keje kat banyak tempat.. Ade keje kilang, keje opis, keje cleaner (seriously) dan byk lagi.. Untuk episode Passed Past kali pertama ni, aku nak citer pasal keje aku mase kat Gemas dulu...


Arakian semasa aku kat Gemas dulu, aku keje dalam bidang insurans. Aku bekerja di bawah naungan syarikat insurans Takaful yang pernah gah di Malaysia dulu, iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad. agak lama gak la aku keje kat situ. Dekat 5 tahun. Aku gi interview atas dorongan kawan aku si Ikhwan yang masa tu pun keje kat syarikat yang sama. Rasanya aku g interview dalam tahun 2004 kot.. Aku tak ingat la.. Yang aku ingat, aku interview dalam bulan Ogos. Aku gi interview kat cawangan TM (Takaful Malaysia) Seremban. Mase tu ade la dalam 4, 5 org yg sama interview. Mase aku diinterview tu, diorg interview 2 org sekaligus. Yg hampehnya, semua soalan yg ditanya, diorg tanya aku dulu. So calon yg lagi sorg tu sedap2 je ikut jawapan aku. Huhuhu~~

Tak sangka rezeki berpihak pada aku sebab aku dapat jawatan yang ditawarkan tu iaitu jawatan sebagai Kerani Kaunter TM cawangan Gemas. Diorg ambik aku sbb aku org tempatan kot. Kebetulan masa tu pulak kerani kaunter yg sedia ada kat situ iaitu si Hairuddin mintak transfer ke Seremban. Mase aku masuk keje situ, staf kat situ cuma ada 4 orang je. Campur aku jadi la 5 orang. Mereka yang berempat tu ialah Bos cawangan Gemas iaitu En Lufti, Kerani Takaful Keluarga Fetty (adik si Ikhwan tadi), dan dua orang Eksekutif Pemasaran iaitu Baiti & Rizal.

Masa mula2 keje tu mmg aku rasa susah sgt sebab aku dah la tak tau lgsg pasal insurans/takaful.. Tetibe nak kena jaga kaunter TM.. Mmg satu tugas yg mencabar.. Seb baik bos ngan Fetty banyak bantu. Tak lama lepas tu, dua orang lagi Eksekutif Pemasaran diambil iaitu Ijoi & Naim (takde FB dia). Meriah la opis kitorang. Kat bawah ni gambar2 yang aku ada masa keje kat situ.. Tak banyak pic sebab mase tu hp aku daun (Nokia 7610) je.. Malas nak ambik gambar byk2 sbb gambar x cantik..

Belakang dari kiri : Naim, Rizal & aku. Depan dari kiri : bos & Fetty. Mase ni Ijoi tak masuk keje lagi.

Baca Yasin kat opis. Dah lupa sebab apa. Dari kiri, Ijoi, aku & Rizal. Yg pakai kopiah tu bos.

Makan2 kat Gemas. Bos belanje.

Decoration masa raya. Aku ngan Fetty yg buat. Berdua je. Lampu kelip2 tu kitorg beli pakai duit untung.. Haha!! Tah dari mana dtg duit untung tu tah. Kenangan ni sangat best. Rindu sgt time tu.

Memang banyak sangat kenangan suka duka masa keje kat situ. Kenangan kena marah ngan customer, kena marah ngan bos, kena marah ngan kerani cawangan lain, semua tu mmg takkan dapat dilupakan. Huhu.

Mase tu la kenal ngan kwn2 kerani dari cawangan lain dan HQ spt Epul, Darus, Rizal Pilah, Epul HQ, Sue, Ikin, Meor (abg hensem), Awang, Tajudin, Syam, Nusi, Apiz dan ramai lagi. Dulu selalu chat dalam emel sampai berat emel tu.

Berdiri dari kiri : Hairul, Ikin, Awang, isteri Meor, Meor & aku. Duduk dari kiri : Epul HQ, Sue dan kawan Sue. Tukang ambik gambar : Syam.

Namun, masa pertukaran pentadbiran peringkat atasan Syarikat Takaful Malaysia Berhad, mereka telah merombak macam benda seperti produk, jumlah cawangan, strategi pemasaran dan banyak lagi. Dengan perubahan2 itu, maka akhirnya Syarikat Takaful Malaysia Berhad Cawangan Gemas ditutup, atas alasan penjimatan kos. Bila cawangan Gemas ditutup, semua staf cawangan Gemas pun terpaksa berpindah ke cawangan Segamat.Tapi bos aku berhenti kerja sebab dia nak bukak agensi takaful dia sendiri kat Gemas.

Bekerja kat cawangan Segamat tak sama macam cawangan Gemas. Dapat kenal bos baru iaitu En Usop (takde FB dia) dan rakan sekerja baru iaitu akak Mahani, Mona & Nora. Mona & Nora cuma praktikal kat situ, dan Fetty pulak kerja tak lama sebelum dia pun berhenti. Semua eksekutif pemasaran dari cawangan Gemas pun berhenti gak. Pernah satu ketika bila staf praktikal berhenti, staf cawangan Segamat cuma tinggal 3 orang iaitu bos, aku dan kak Mahani. Aku terpaksa handle semua tugas pengkeranian dan kaunter. Mmg giler mase tu.Byk gak kenangan kena marah ngan customer, tp kebanyakkannya bukan salah aku. Sama ada salah kerani lama, ataupun customer tu marah sebab cawangan Gemas dan Muadzam Shah tutup. Jadi diorg terpaksa dtg jauh semata2 utk bayar premium bulanan takaful.

Yang tak best, aku tak pernah ambik gambar pun mase keje kat Segamat tu. Terasa rugi gak, tapi nak buat camne.

Setelah lebih kurang setahun aku kerja kat cawangan Segamat tu, aku dapat tawaran kerja ngan bos lama aku (bos Takaful cawangan Gemas yang berhenti tu). Dia dah bukak agensi dia sendiri kat gemas, dan dia menjalankan bisnes Takaful Keluarga dari Takaful Ikhlas dan bisnes Takaful Am dari Takaful Malaysia. Gaji yang dia tawarkan lebih kurang dengan gaji aku masa tu, jadi aku pun terima tawaran dia. Aku bagi notis berhenti sebulan kat TM Segamat. Kesian aku tgk En. Usop masa tu. Selalu gak dia pujuk aku utk tak berhenti, belanja aku makan dll. Malah masa raya, dia bagi aku duit raya RM200! Tergezut aku! Tapi aku dah buat keputusan, jadi dia terpaksa akur. Tapi yang buat aku tak tahan, masa hari terakhir aku kat cawangan Segamat. Biasa la sesi bermaafan pun berlaku antara aku dan En. Usop. Mase tu aku mmg sedih giler2, tapi aku masih dapat tahan air mata aku. tapi tetibe En. Usop cakap sesuatu yang buat aku betul2 terharu. Dia cakap,

"Zid, awak dah ubah persepsi saya terhadap pekerja lelaki. Selama ni saya anggap semua staf lelaki ni sama je. Malas buat keje, suka mengular, tak efisien. Mase awak masuk keje sini dulu pun saya ingat awak mcm tu. Tapi awak dah buktikan saya silap. Saya tak pernah jumpa pekerja lelaki yang bekerja macam awak."

Mase tu aku memang dah tak dapat tahan air mata, terus aku menangis depan dia. Hahaha!! Malu!! Tapi serius aku cakap, aku akan ingat apa yang dia cakap tu sebab benda tu mcm bagi aku semangat utk buat keje. Dan selepas abis opis hour, aku pun beredar dari opis TM cawangan Segamat, buat selama-lamanya. Cewahhh!!

Tugas aku kat cawangan Segamat digantikan oleh Azman. Oleh kerana aku menyewa kat sebuah taman yang terletak kat tengah2 antara Gemas dan Segamat, jadi Azman pun menyewa ngan aku. Ok gak sbb aku pun dok sorang2 je. Azman sebenarnya kerani kaunter kat JB, tp sebab aku berhenti dan cawangan Segamat takde kerani, terpaksa la dia transfer ke situ. Mmg keputusan tu agak kejam dari pihak atasan sebab si Man ni dah kawin. Jadi dia terpaksa tinggalkan anak dan isteri dia kat JB. Kesian aku tengok dia.

Tapi aku rasa si Man ni suka dok ngan aku sbb dia suka makan masakan aku. Haha!! aku balik keje awal sikit dari dia, dan aku mmg akan masak tiap2 hari utk makan malam. Dia paling suka sup ayam yg aku masak. Pernah sekali aku masak sup ayam, dan sup tu dah nak habis, dia leh tambah air kat sup tu. Tapi lepas tu dia frust sbb rasa dah tak sama. Hahaha!!

Aku rasa sampai sini je dulu kot. Penat la menaip. nanti2 aku sambung lagi la k. Tu pun kalau ade yg nak baca.

Chow!

6 comments:

fetty aura said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cedeynye bace...tp statement "Byk gak kenangan kena marah ngan customer, tp kebanyakkannya bukan salah aku. Sama ada salah kerani lama, ataupun customer tu marah sebab cawangan Gemas dan Muadzam Shah tutup"..mention fetty ke..xbek tau..hehe.mmg pun kot sbb fet benti sblm due.. lg 1 yg jeles "Malah masa raya, dia bagi aku duit raya RM200! Tergezut aku"..org dpt rm100 jer...tp keje ngan abg mmg best la..teruskan maju ke hadapan yer..kawin ajak tau..

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bukan fet la.. tp kerani yg sebelum kita masuk segamat tu.. sape ke name dia tah.. kan byk keje yg dia main tinggal je.. Haha!! yg duit raya tu mmg dpt RM200.. rasenye abg tunjuk kat fet kan.. mmg x sangka dia akn bg byk tu.. Hahaha!! best ke? best la sgt!! InsyaAllah (kalau) kawen nt abg jemput..

Cheontel Asikin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

zid...slh ler..sblh aku tu bkn apiz...awang der...afiz xjoin kte pon mse tu...:)...

Cheontel Asikin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tq ler coz msukkan name aku kt cni...ingt gak ko kat aku yer...hehe...rindu la kat takaful malaysia..rindu gak kt kawan2...:)

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mane leh lupa kwn2 bergosip kat emel dulu.. haha!!

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

a'ah la.. aku silap.. kekeke..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!