15 Jun 2011 - 12.36 pm
Rasanya ramai yang dah tau pasal website rasmi Malaysia iaitu www.malaysia.gov.my bakal diserang oleh sekumpulan hackers yang menggelar diri mereka Anonymous. Serangan ni bakal dilancarkan pada 15 Jun 2011, 7.30pm (waktu antarabangsa), iaitu pada jam 3.30 pagi sok, waktu Malaysia. Berikut ni pic yang hackers2 tu upload.
Beberapa hacker tempatan yang ditemubual ttg serangan ni mengatakan yang paling minimum serangan ni akan menyebabkan website tu sedikit lintang pukang layoutnyer, tapi kesan paling maksimum akan menyebabkan website tersebut akan dijatuhkan terus. Malah hacker2 tempatan ni jugak cakap, lebih teruk lagi, hacker2 Anonymous ni mungkin akan pry data2 peribadi seperti data kad kredit, data kewangan, dan juga mencelarukan pembayaran secara online seperti MyEG dll.