Just Plain Latest.......

Thursday, May 31, 2012

Plain Cruel - The Cruel Making Of 'Foie Gras'

31 Mei 2012 - 8.54 am

Kat dunia ni, terdapat pelbagai jenis makanan-makanan mewah seperti foie gras, caviar, truffle dan lain-lain lagi. Tapi apa yang membezakan 'foie gras' dengan makanan-makanan mewah yang lain ialah, kekejaman semasa proses penghasilannya!

Foie gras mentah.

 Hidangan 'foie gras'.

Tau tak apa sebenarnya 'foie gras' nih? 'Foie gras' ialah hati itik atau angsa yang telah digemukkan secara paksa! Korang tau tak, penghasilan 'foie gras' melibatkan pemberian makanan secara paksa kepada itik atau angsa, melebihi kapasiti makanan yang mampu mereka makan. Pemberian makanan secara paksa ini adalah dengan memasukkan tiub ke dalam mulut itik/angsa, dan menuangkan cecair lelemak ke dalam tiub tersebut. Lemak berlebihan ini akan menyebabkan hati itik/angsa tersebut membengkak, sehingga berkali ganda melebihi saiz biasa.

Perbezaan antara hati itik yang sihat, dengan hati itik yang telah diberi makan secara paksa.

Berikut adalah gambar proses-proses pemberian makanan secara paksa kepada itik/angsa tersebut :





Perbezaan antara angsa sihat dan angsa 'foie gras'.

Kekejaman manusia sangat melampau, hanya untuk sejenis makanan. Tak paham aku!!!!!!!

Chow!!
.

Tuesday, May 29, 2012

Plain Me - Aku Yang 'Naughty'

29 Mei 2012 - 12.07 pm

Haha!! Jangan fikir bukan2 bila baca tajuk entry ni yer~~ Naughty yang aku maksudkan di atas tu bukan dari segi yang berwarna 'kuning' mahupun 'biru', tapi hanyalah kenakalan semasa aku kecik-kecik dulu.. Setiap orang mesti melalui zaman kanak-kanak yang menyeronokkan kan.. So aku nak kongsi sket ke'naughty'an aku mase dulu2.. Tapu dulu2 je aku nakal tau.. Sekarang aku dah tak nakal.. Naughty jer *rujuk warna2 tadi*.. Errrr, abaikan..

1. Tangkap sibu-sibu/pepatung guna getah.
Bila aku fikir balik tabiat aku ni, agak insaf juga sebab, err, kejam.. Ye la, guna getah tikus atau getah pokok nangka untuk tangkap pepatung tu.. Bila dah tangkap, komfem pepatung tu dah takleh nak terbang.. Akhirnya mati.. Adeiii, kejamnyeee..


2. Ikat plastik kat kaki ayam.
Ni pun salah satu aktiviti yang aku gemar gak dulu nih.. Caranya senang je, tangkap sekor ayam, ambik tali dan plastik, ikat satu hujung tali tu kat kaki ayam, dan lagi satu hujung tali kat pemegang pelastik.. Nanti bila ayam tu lari, plastik tu akan terbang dan ayam tu akan takut dan lari lagi laju.. Hmmmmm.. Juga kejam yer.. Nape la aku dulu kejam sangat ek? Kurang kasih sayang ke?


3. Tembak kucing guna bedil buluh.
Ni pun satu lagi aktiviti kurang sihat yang aku suka buat dulu.. Kalau nak tau ape tu bedil buluh, sila tengok entry Bedil Buluh ni yer.. Biasa bedil buluh ni aku guna untuk buat main perang2, tapi bila takde kawan nak main, tembak je apa yang melintas kat depan.. Biasa kucing la yang selalu jadi mangsa sebab dia tak expect.. Kalau ayam itik diorang dah cabut dulu..

Sebenarnya banyak lahi aktiviti2 durjana yang aku selalu buat dulu, termasuk :

4. Lastik burung.
5. Cabut ekor itik.
6. Campak itik dalam sungai sebab nak tengok dia berenang.
7. Letak getah tikus kat pisang masak, biar kena sayap burung.
8. Letupkan sarang semut guna mercun.

Bila ingat balik, kejamnyer aku dulu kat binatang2.. Aku pun naik seram.. Huhu.. Nasib baik sekarang aku dah jadi seorang yang sangat penyayang.. Errrr.. Ye ke? Org tertentu je tau.. Tetttt!! Anyway, aku dulu membesar kat kampung yang betul2 kampung.. Sebab tu la aktiviti2 yang aku buat semua ala2 kampung.. Aku yakin orang lain pun banyak kenangan mase kecik kan.. :)

Chow!!
.



Plain Shocking! - Perhimpunan Bersih 5.0?

29 Mei 2012 - 9.04 am

Sebelum ini, tanah air kita dikejutkan dengan siri-siri Perhimpunan Bersih (klik untuk info penuh) seperti Perhimpunan Bersih 2.0, Perhimpunan Bersih 3.0, Perhimpunan Bersih 4.0 dan juga Himpunan Jutaan Belia 2012, sekarang negara dikejutkan pula dengan Perhimpunan Bersih 5.0 yang dikatakan telah diadakan secara sembunyi!! 

 Bersih 2.0

 Bersih 3.0

Bersih 4.0

 Himpunan Jutaan Belia 2012. (Gambar ehsan www.klpos.com)

Penulis bernasib baik kerana berjaya mendapatkan beberapa keping gambar sepanjang Perhimpunan Bersih 5.0 itu, dan peserta-peserta Perhimpunan tersebut juga telah memberikan pendapat mereka tentang Perhimpunan Bersih 5.0 tersebut.

Lihatlah gambar2 hangat di bawah :


...............................................................
..................................................
.....................................
.............................
................
........
..
.




 Pikachu : "Pika pika piiiiii..."

 M&M kuning : "Saya join Perhimpunan ni sebab saya nakkan keadilan!! Nape dalam pek M&M banyak kaler merah ngan hijau je? Kami warna kuning ni sering dianaktirikan!!"

 Goku : "Aku sebenarnya kena paksa dengan Pikor sebab dia kater rambut aku kaler kuning, so kena join Perhimpunan nih.. Mentang2 la dia takde rambut!!"

 Angry Bird kuning : "Perhimpunan ni untuk ape ek? Ade dapat Lamborghini tak?"

 Power Rangers kuning : "Kami akan bersatu menentang kejahatan dan musuh2 kepada kaler kuning!! Hidup Bersih!!"

 SpongeBob : "Saya nak promosi Krabby Patty je kat sini.. Hehehehe~~~"

 Wolverine : "Diorang kata kat Perhimpunan ni boleh buat aksi2 ganas.. Aku nak terbalikkan keter polis!! Tak kire!!"

 Pisang : "Saper la yang dok lekatkan stiker Bersih kat badan aku ni weh?"

Desp. Me 1 : "Kao Bersih?"
Desp. Me 2 : "Kao dapat kete?"

 Belle : "I jumpa banner ni kat depan rumah Beast, so I buat reben.. Santek takkk??"

 Lala : "Saya sukakan keamanan." (sambil sorok parang belakang badan)

The Simpsons : "Kami kaler kuning. Kami bahagia. So kaler kuning melambangkan kebahagiaan. So kami join ler. Jap, perhimpunan ni untuk ape ek?"

Ok, tu je gambar2 yang sempat di snap oleh penulis.. Difahamkan bahawa Perhimpunan Bersih 5.0 kali ni berjalan lancar tanpa pertumpahan darah kaler kuning.. Errrr..

Chow!!
.

ps : entry ini sekadar hiburan dan gurauan semata-mata.. takde kaitan dengan sesiapa yang telah hidup ataupun yang masih mati.
.

Monday, May 28, 2012

Plain Weird - Oxford University says "Bigfoot Exists!"

28 Mei 2012 - 4.52 pm

Korang tau Bigfoot? Kalau terjemahkan dalam BM, jadi la 'Makhluk Kaki Besar'. Errrr, macam pelik plaa sebut kaki besar.. Manusia pun ade yg berkaki besar gak kan.. Orang kata, lelaki yang berkaki besar ni mempunyai 'sesuatu' yang besar juga.. Errrr.. Sila abaikan..

Berbalik kepada citer Bigfoot, kita sedia maklum yang Bigfoot ni adalah haiwan mitos, sama spt Chupacabra, duyung dan lain2 lagi.. Sebabnya, takde sesiapa yang mampu membuktikan kewujudannya..

Errr.. Bigfoot katernyer.. Besar ke 'sesuatu'nya? Errr.. Abaikan..

Baru-baru ni, Universiti Oxford yang terkenal aka feymes tu kater, diorang nak membuktikan kewujudan Bigfoot.. Errrrr.. (banyaknye 'errrr' dalam entry nih).. Diorang tengah mengumpulkan data2 yang ada tentang Bigfoot nih untuk membantu dalam kajian diorang.. 

Errrrr (lagi), aku tak tau nak komen aper.. Esok aku nak try cari Pegasus laaaaahhhh!!!! Senang nak gi keje.. Tak payah isi minyak~~~

 Pegasus.

Chow!
.

Friday, May 25, 2012

Plain Me - Karipap Time!!

25 Mei 2012 - 9.27 am

Ahad lepas (20 Mei), aku ade try buat karipap.. Ni first time aku buat sendiri karipap yer.. So berpandukan resipi ringkas yang aku ingat2 lupa dari mak aku dulu, aku pun buat la.. Ada 2 percubaan dalam sehari tu.. So percubaan pertama agak fail sebab karipap yang dihasilkan sangat huduh.. Tak caya, tengok nih :

Dah la shape tunggang-langgang, ade lak inti yang terkeluar.. Memang fail..

Tapi ini tak mematahkan semangat aku untuk buat karipap kali kedua.. Hahaha!! Gegeh nih!! Sebab aku dah niat nak bawak karipap ke ofis esoknya.. So percubaan kedua, jeng jeng jengggggg!!!

 Hahahaha!!!! Kiut2 kan diorang!! Berjaya gak aku buat!!!

 Yang shape lain tu sebab tu yang last.. Saje je aku nak try buat yang lain sket.. Gebu siotttt!! (Puji diri sendiri)

Yang ni lak karipap yang dah siap goreng.. Rangup kan kulit karipap tuh.. Hehe.. Ade rahsianya.. Nt aku bgtau..

Ok la, aku kongsi kat sini resipi ringkas nih.. Memang agak ringkas, dan resipi ni mak aku yang ajar..


Karipap Makcik Aslah

Bahan-bahannya (untuk 50 bijik karipap.. Serius aku buat banyak giler!! Sampai hari ni ade lagi dalam peti ais tuh.. Haha!)

Kulit karipap :
500gm tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
Garam
Air

Inti karipap :
200gm daging lembu (nak tukar ayam pun ok je)
5 bijik kentang
5 sudu serbuk kari
2 sudu serbuk cili
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Daun sup
Garam
Gula
Air

Cara-cara membuat karipap...

Kulit karipap :
- Panaskan minyak masak dalam kuali bersama marjerin.
- Bila dah panas dan marjerin dah cair, masukkan ke dalam tepung. Gaulkan (guna sudu atau senduk yer.. Panas).
- Bila rasa2 dah sejuk, gaulkan guna tangan lak untuk ratakan minyak masak tu ngan tepung.
- Bancuhkan air bersama garam. Setelah tepung sebati dengan minyak, masukkan air sedikit demi sedikit, sambil uli.
- Uli la tepung tu sampai jadi doh yang korang rasa mudah untuk dibentuk dan dikelim.
* Tujuan campurkan tepung dengan minyak panas tu adalah untuk merangupkan kulit karipap tu nanti. Inilah rahsianyaaaa.. Huhu..*

Inti karipap :
- Rebus daging sampai empuk. Jangan buang air rebusan daging tu.
- Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dah dicincang sehingga naik bau.
- Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan air rebusan daging. Kacau rata. Naikkan suhu.
- Masukkan daging dan kentang, masak sehingga empuk. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Bila dah masak, dan air pun dah kering, matikan api, dan masukkan daun sup yang dah dipotong halus. Gaulkan rata.

Dah siap. Lepas tu korang gelek la adunan tu kecik2, dan bentukkan jadi karipap.. Takkan tu pun aku nak ajar kot.. Hehehe.. Selamat mencuba!!

ps : nak buat adunan dan inti karipap tu senang je, tapi nak bentukkan karipap tu yang makan masa yang lama.. Sakit2 pinggang aku sebab kena berdiri berape jam ntah.. Sape suruh buat atas meja!! Len kali kalau korang nak buat, buat atas lantai je k.. Leh duduk bersimpuh ala2 manja sambil kelim karipap..

ps2 : Kalau korang nak simpan karipap dalam peti ais, kena potongkan plastik kecil2 dan balutkan karipap tu satu persatu.. Kalau tak, nanti karipap tu akan melekat dengan karipap yang lain, dan melekat ngan bekas jugak..

Chow!!
.


My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!