Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, April 30, 2013

Plain Meow - All Of Them

30 April 2013 - 3.36 pm

Kali ni nak cerita pasal kucing aku lagi.. Korang bosan? Ye ke? Cer tgk muka aku kat pic bawah ni......


Korang tengok pic aku tu.. Ade nampak ke macam aku kesah kalau korang bosan aku asyik cerita pasal kucing? Ade??!!

Ok, aku nak cerita pasal nama kucing-kucing aku.. Oleh sebab kucing aku baru terberanak dan ade lagi kawan aku bagi sekor anak kucing, so kucing aku yg sebelum ni cuma 3 ekor dah jadi 8 ekor.. Cepat btol diorg membiak.. Jadi sekarang aku sebagai penjaga sah diorang yg bertanggungjawab lagi berdedikasi, aku nak bagi la nama untuk kekucing baru aku tuh..

Pertama sekali, nak cerita pasal kucing pertama aku.. Kucing aku yang mula-mula ada 2 ekor, dan diorang ni aku kutip dari kucing-kucing terbiar kat dalam kawasan ofis aku ni.. Cerita pasal diorang ade dalam entry aku yang ni : Plain Cute - My Life As A Cat Owner

 Ni Fredo. Tp skrg aku pgl dia Fedo je sbb syllable 'R' tu aku malas nak sebut.. Fredo ni Alpha Male kat dalam rumah aku.. Kalau ikut hirearki diorang, Fredo ni duduk atas sekali.. Tapi sebenarnya dia ni la yang paling manja.. Setiap kali aku nak keluar rumah, mesti dia duk kat pintu sebab taknak bagi aku keluar.. Kalau tengok kat pic tu, Fredo tu baring je depan aku mase aku tengah makan.. Sebenarnya semua kucing-kucing aku, aku dah latih agar diorang tak kacau orang makan.. So kalau aku makan, diorang akan buat tak tau je..

 Ni lak Freya.. Sama macam Fredo, dia ni pun sekarang aku just panggil Feya je sebab aku malas nak sebut 'R'.. Feya ni agak 'diva', mungkin sebab muka dia agak cantik.. So hobi dia di waktu lapang, lepak grooming diri depan cermin.. Serius!! Sejak dia dah besar ni, dia dah makin kurang manja dah.. Kalau masa kecik dulu selalu la dia tido bawah ketiak aku, tapi sekarang jangan harap.. Dia lebih suka tido depan cermin.. Serius!!

Yang ni lak, namanya Frebu.. Dia pun terima nasib yang sama, sebab aku panggil dia Febu.. Huhuhu.. Malas btol aku nih.. Frebu ni bukan aku kutip, tapi ade member ofis bagi.. Entry pasal tu ade kat sini : Plain Cute - New Family Member.. Pic ni masa dia tengah sarat membuntingkan anak dia yang sekarang ni dah lahir dah pun.. Masa dia bunting tu, dia jadi sangat-sangat manja.. Tapi sejak anak dia lahir, langsung tak manja dah.. Dia lebih pentingkan anak-anak dia.. Kecik hati aku sebab dianaktirikan oleh kucing aku sendiri.. Mencikkkk!!!

Ok, tu merupakan kucing-kucing pertama aku.. Pada 6 April lepas, Frebu telah berjaya melahirkan 4 ekor anak kucing.. Entry pasal anak-anak Frebu tu ada kat entry ni : Plain Cute - The Day They Were Born! So sekarang tengok la anak-anak Frebu dengan nama diorang sekali..

Yang ni nama dia Sundae.. Aku bagi nama tu sebab dia ni yang paling cergas antara semua anak-anak Frebu.. Apa kaitan cergas dengan Sundae? Entah.. Aku pun tak tau.. Sukati aku la nak bagi nama apa yang aku rasa best.. Kucing aku.. Ok, Sundae ni ade 3 warna, iaitu warna putih, kelabu, oren dan stripe hitam.. Jantina masih misteri.. Tapi Sundae ni agak kurus berbanding adik-beradik dia yang lain.. Mungkin sebab dia selalu sangat keluar dari kotak untuk menjelajah kawasan, so mungkin dia terlepas jadual menyusu.. Err.. Atau memang rangka dia kecik.. Dan Sundae merupakan yang pertama start berlari, walaupun langkah masih sumbang..

Yang ni pulak nama dia Donut.. Kenapa nama tu? Sebab antara semua, dia la yang paling bulat, gemuk dan gebu.. So bagi aku memang sesuai la nama tu.. Donut ni agak cergas gak, tapi takleh lawan Sundae la.. Kira kalau ikut carta, Sundae no 1, Donut no 2.. Jantina juga masih misteri.. Donut ada 2 kaler iaitu putih dan kelabu, dengan stripe hitam.. Aku dapat rasa yang Donut ni agak manja sebab kalau dia ngan Sundae keluar dari kotak, Donut akan pegi kat aku dan panjat2 kaki aku manakala Sundae dah merayau ke mane2 tah.. So aku sayang budak nih sebab pandai manja2 ngan tuan.. Hehe..

Ok, yang ni nama dai Cherry.. Kenapa Cherry? Sebab ade spot kaler hitam kat hidung dia, so aku terus terfikir nama Cherry.. Tak tau nape.. Belasah je.. Berbanding Sundae dan Donut, Cherry ni agak pendiam.. Sekali-sekala je dia akan keluar dari kotak, tapi tu pun tak jalan jauh2.. Masih takut2 kot.. Cherry ni ade 3 kaler iaitu putih, hitam dan oren.. Dia takde stripe macam Sundae dan Donut.. Kalau tengok tekstur bulu dia, aku rasa Cherry ni akan ikut bulu mak dia iaitu bulu panjang.. Tapi tu firasat aku je.. Ntah2 bulu pendek je.. Huhu..

Anak Frebu yang keempat ni, nama dia Waffle.. Kenapa Waffle? Sebab antara semua, dia ni yang paling pemalas.. Aku tak pernah nampak dia keluar kotak sendiri melainkan kalau aku yang keluarkan.. Sepanjang masa dia akan tidur dan menyusu je.. So ape kaitan ngan Waffle? Sebab Waffle kan suka melepek je.. Err.. Abaikan.. Waffle ni ade 3 kaler jugak iaitu putih, hitam dan oren, tanpa stripe.. Cuma kaler hitam dia ni agak overdose berbanding yang lain.. Ikut mak dia kot.. Bulu dia pun macam bulu Cherry.. So memang pembawakan mak la ni.. Errr..

Ok, tu anak2 Frebu yang baru masuk 3 minggu umur diorang.. Setiap satu ade karakter tersendiri.. Sayang sangat kat diorang ni.. Cepat la membesar dengan sihat dan kuat yer..

Pada 26 April lepas, sorang kawan aku bagi aku seekor lagi anak kucing.. So dengan ni, kucing aku berjumlah 8 ekor kesemuanya.. Entry pasal kucing baru ni ada kat entry ni : Plain Cuter! - Even Newer Member.. Ni pic dia..

Aku guna gambar yang sama macam entry yang lepas sebab dia ni dah mula sangat aktif, so sangat susah nak ambik gambar dia.. Setelah berfikir selama 187 tahun, akhirnya aku buat keputusan untuk namakan dia Munchy.. Kenapa? Sebab aku sedar kalau dia makan, akan ade bunyi "krup krap krup krap".. Hahaha!! Sesuai kan.. Munchy ni lahir kat rumah tuan asal dia pada 23 February lepas, so sekarang umur dia dah lebih kurang 9 minggu la.. Munchy ni sangat2 playful, hampir setiap masa dia akan berlari2 sambil gigit kaki aku.. Si Fredo ngan Freya lak rajin layan dia main, so lagi sakan la dia berlari2.. Cuma Munchy ni belum biasa dengan rumah aku, so dia masih tak familiar lagi dengan lokasi litterbox.. So setakat ni dia dah berak kat atas katil aku ngan kat dapur.. Hahaha!! Tapi aku tak kisah pun, sebab dia kecik lagi kan.. Yang penting aku kena la latih dia guna litterbox..

Ok, itu la nama-nama yang aku bagi kat kucing-kucing aku.. Mungkin korang rasa nama-nam tu tak best, tapi macam yang aku cakap tadi, cuba korang tengok pic aku kat atas tu.. Ada nampak macam aku kesah?? Ade??!!

Meowwww~~

.

Monday, April 29, 2013

Plain Cuter! - Even Newer Member

29 April 2013 - 9.31 am

Dah lama aku tak update blog (balik2 sebut dah lama tak update kan.. ok la, pasni malas nak sebut).. So kali ni aku nak update pasal kucing terbaru dalam rumah aku.. Kucing ni masih takde nama lagi.. Tgk la nt klu ade name yg kiut miut.. Haha!!

Kucing itu.. Putih warnanya.. Ade hitam kat hidung, kaki dan ekor.. comel kan..

Yg ni dia posing ngan teddy bear (di malam yg sama dia berak atas katil aku.. Aaaarrrgghhhh)

So sekarang banyak la bekas makanan, air dan susu yg aku kena sediakan.. Untuk kucing2 yg sedia ada, utuk Frebu yg tgh menyusukan anak, dan utk budak putih baru nih..

Ok, ni pic selingan je.. Fredo dan Freya menjahanamkan kertas tisu yg masih tebal.. Gerammmmmm!!

Sori la, 2 pic je ade utk kucing baru tu.. Sebenarnya ade aku snap pic laen, tapi oleh sebab pic2 tu aku terlibat sekali dalam keadaan separa bogel, so takleh la nak upload pic2 tu.. Hahaha!!

Orait, tu je.. 

Meowwwww~~~~

.

Wednesday, April 10, 2013

Plain Cute - The Day They Were Born!

10 April 2013 - 2.25 pm

Salam.. Lama gak aku tak update blog ni.. sebab takde idea nak tulis aka taip ar.. Tapi kali ni ade benda aku nak story.. Pasal kucing aku yang bernama Frebu.. Nak kenal siapakah Frebu (atau Mashu : nama lama masa dgn owner lama dulu) ni? Tengok la entry aku yang bertajuk Plain Cute - New Family Member.

Apa yang aku nak cerita? Sikit je.. 5 hari lepas iaitu pada 6 April 2013, si Frebu ni telah dengan jayanya melahirkan anak buat kali pertama! Dah jadi mak dah dia.. Mak kepada 4 ekor anak yang comel2 belaka.. So aku malas nak cerita banyak, korang tengok je la gambar2 ni k..

 4 ekor anak kucing.

 Masih lagi 4 ekor anak kucing. Takkan tetibe jadi anak kambing lak kan..

 Fredo yang memerhatikan baby2 kucing.. Untuk pengetahuan korang, Fredo ni bukanlah ayah kepada anak2 kucing ni (rasenye la)..

 Tido je keje diorang ni..

 Masih tido..

 Tido dgn gaya lain lak..

 Aku tengok Frebu ni pandai jaga anak dia.. Setiap masa bersihkan n susukan anak2 dia.. Tak sangka betol kucing yang sangat manja dan playful (dan kadang2 sewel) ni boleh jadi seorang ibu yang baik..

Aku masih tak letak nama lagi kat anak2 kucing ni.. Aku rasa macam nak letak nama diorang Cherry, Donut, Sundae dan Waffle.. Ok ke nama2 tu? Tgk le nanti, kalau ade nama yg lagi best.. Ade org bagi cadangan Kilobyte, Megabyte, Gigabyte dan Terabyte.. Haha!! Comel gak nama2 tu kan.. Ntah le.. Tgk la nt nama apa yg sesuai ngan diorang..

Meowwww~~

.

Sunday, March 17, 2013

Plain Annoying - SPAM!!

17 Mac 2013 - 2.57 am

Yup.. Entry ni ditaip pada jam 2.57 pagi.. :P

Takde pe pun sebenarnya.. Aku just nak bgtau yg aku dah letak moderation untuk komen kat blog aku ni.. Sebelum ni tak perlu moderation, tapi sebab tu, blog ni dipenuhi ngan komen2 berbentuk spam..

Berlambak komen spam!! Nak delete malas plaaaaaa..

Tu je nak bagitau..

Chow~~

Friday, March 15, 2013

Plain Cool - Samsung Galaxy S4

15 Mac 2013 - 5.05 pm

Hari ni, Samsung telah melancarkan telefon pintar terbaru yang diorang akui sebagai telefon terpintar di dunia. Nama telefon pintar aka henfon tu tak lain dan tak bukan, Samsung Galaxy S4! Sebenarnya aku akui, sejak beberapa bulan lepas, aku memang menunggu kemunculan S4 ni.. Bukan sebab aku nak beli pun (S3 aku baru lagi weh), tapi sebab aku nak tengok design dia je. Pasal benda2 dalam tu memang tak diragui, banyak upgrade berbanding S3 dan Note 2, tapi dari segi design, saling tak tumpah macam S3! Tengok pic bawah ni :


Serupa, tapi tak sama. Kalau tengok betol2, ada bezanya. S3 lebih oval berbanding S4, dan aku suka S4 dari segi ni. Jarak antara skrin dengan sebelah tepi henfon pun semakin kecil, ni pun aku suka gak. Cuma yang aku tak berapa gemar, 'home' button yang tak secomel S3 dan sensor2 kat bahagian atas yang nampak agak bersepah.

Sekarang, kita tengok lak perbezaan antara S3 ngan S4. Specs ni aku ambik dari GSMarena, dan aku combinekan dalam satu jadual.. Agak gigih disitewwwww..


Selain perbezaan kat atas tu, banyak lagi peningkatan aka inobasi inovasi yang Samsung buat dan sumbat dalam henfon ni spt :

- Smart Scroll (scroll guna pergerakan tangan je, tanpa menyentuh skrin)
- Smart Pause (video akan pause secara otomatik kalau mata kita pandang tempat lain)
- S-Voice yang lebih baik katernyer
- Samsung Knox (pengasingan aplikasi antara keperluan kerja dan peribadi)
- S-Health (ni dalam S3 dah ade)
- S-Translator - Yang ni agak cool. S-Translator tau 9 bahasa iaitu Chinese, French, German, Italian, Japanese, Korean, Portuguese, Spanish, dan English (duh). Contoh kalau kita taip "Apa khabar?", henfon tu akan translate ke bahasa lain spt bahasa Sepanyol. Malah, henfon tu boleh 'cakap' "Como esta?" Cool kan!! Selain tu, S-Translator boleh dengar jugak orang cakap bahasa Jepun contohnya, dan terjemahkan ke bahasa lain dalam bentuk text.. Contohnya kalau korang melancong kat Jepun, dan korang sesat jalan.. Nak tanya kat orang Jepun, takde lak orang yg tau cakap English mase tu.. Dah macam penguin bercakap ngan ungka.. So, korang leh taip "Saya sesat" kat henfon, dan henfon akan 'cakap' dalam bahasa Jepun kat orang Jepun tu.. Lepas tu bila orang Jepun tu cakap balik dalam bahasa Jepun kat henfon, henfon akan translate ke English dalam bentuk teks dan kita leh baca je.. Selain tu jugak, henfon ni mampu baca teks.. Kalau ada teks dalam bahasa lain yang korang tak faham, just ambik gambar teks tu, dan henfon akan translate ke English. Cool tak?

Ada lagi pembaharuan lain, tapi tak tau lagi.. Tunggu je la kot henfon ni keluar bulan April nanti.. Bagi yang nak tengok henfon ni, tengok la pic bawah ni k :













Yg ni gak kesayangan aku.. Hehe~~

Chow!!

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!