Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, January 31, 2012

Plain Creative - Student's Awesome Idea

31 Januari 2012 - 4.34 pm

Mase aku tengah syok layan blog Facebook Twitter Nimbuzz keje kat ofis ni tadi, salah seorang lecturer kat jabatan aku nih datang kat aku, dan dia tunjuk sesuatu kat aku.. Jeng jeng jengggggg!! Tunjuk apa? Haha!! Ni ha :


Hehehe.. Cute tak? Cupcake ni dibuat oleh student Lee Pui Har.. Assignment inovasi.. Yang best, sepatutnya pic kat atas cupcake tu kan, sepatutnya la kan, pic Angry Bird.. Errr.. Errmmm.. Ade la iras2 kottt.. Huhu..

Anyway, hebat gak bebudak ni kan.. Tah mana diorg dapat oven utk bakar cupcake nih.. Kakaka!! Yang ni Pui bagi terus kat aku, tapi aku mcm sayang lak nak makan.. Comel dowhhh~~ :)

Chow!!
.

Plain Sketch - AJL 26 Aftermath

31 Januari 2012 - 4.26 pm

Main2 je k.. Huhu~~


Chow!!
.

Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [5]

31 Januari 2012 - 2.01 pm

Seperti biasa, contest time! Hehe.. Kali ni Abg EqbalZack kembali dengan contest terbaru.. Aku belum buat keputusan sama ada nak join atau tak, tapi aku tetap gak nak buat entry ni untuk tolong promote contest tu.. :)

Klik banner ni atau SINI untuk ke blog Abg Eqbal.

Kali ni Abg Eqbal suruh buat essay berkaitan gambar.. Gambar apa? Gambar nih :

Terus terang aku cakap, gambar kali ni agak mencabar. Sampai sekarang aku masih tak dapat idea untuk buat essay tentang gambar ni. :P

Hadiahnya macam biasa, RM100 + cenderahati dari Eqbalzack.com bagi setiap pemenang utama kategori, iaitu kategori Bahasa Melayu dan kategori Bahasa Inggeris. Manakala pemenang saguhati pula akan mendapat RM10 dan juga cenderahati dari Eqbalzack.com.

Jom la kita ramai2 join contest ni ek. Aku tak sure akan join atau tak, sebab takde idea.. Huhuhu.. Tapi tengok la nanti kot2 ada idea datang, aku join la.. Tapi macam misi mustahil (Mission Impossible) je nak menang sebab dah menang sebelum nih.. :P

Chow!!
.
Entry lain berkaitan Eqbalzack.com : 
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [6] Entry
Plain Cool! - I Won, Again!
Plain Cool - EqbalZack.com Nailed It!!
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [5] Entry
Plain Cool! - More From Eqbalzack.com!
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [5]
Plain Awesome! - Thanks EqbalZack.com!
Plain Cool - I Won!
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [3]
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [2] 2nd Entry
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [2]
Plain Contest - eqbalzack.com MONTHLY CONTEST!
Plain Giveaway - GIVEAWAY "anuar zain vs siti nurhaliza"
Plain Cute - Domo Arrives!
Plain Giveaway - GIVEAWAY... saya suka DOMO lah!
UCAPAN AIDILFITRI : DARI SAYA UNTUK EQBALZACK
Plain Awesome! - Gifts!!!
Plain Cool! - A Special Gift From EqbalZack.com
Plain Giveaway - EqbalZack's Fan Page LOGO!
.

Saturday, January 28, 2012

Plain Me - Happy Birthday Alif Ismail!

28 Januari 2012 - 11.41 am

Perghhhh!! Lama giler aku tak update blog nih!! Semua gara-gara aku cuti sambut CNY!! Haha!! Acah je.. Tak sambut pun.. Sedeyhhhh~~~

Anyway, oleh kerana aku ni kira boleh la melukis sikit-sikit, dan tu pun tak santek, so seseorang telah meminta aku untuk melukis gambar dia.. Sebenarnya ramai yang mintak lukis, tapi aku je yang agak malas.. Kakakakaka!! Orang itu ialah seorang blogger bernama Alif Ismail. Tapi yang ni aku buat gak sebab, pertama dia dah mintak aku lukis lama dah, dan sebab kedua ialah beberapa hari lepas merupakan besday dia yang ke-berape tah.. Huhu.. Jadi menggunakan kepakaran aku yang tak seberapa nak pakar ni, aku pun telah melukis sketch beliau..

Mula-mula ingat nak lukis biase2 je, tapi dia ada permintaan lak.. Dia nak aku lukis dia kat tepi sawah.. Erkkkk??!! Kena ada background ke? Hehehe.. Aku ni jenis malas sket nak lukis pemandangan nih.. Tapi aku buat gak sebab saje je aku nak refresh memori ttg cara2 melukis pemandangan.. So hasilnya............. Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


Ada 2 versi. Aku tak tau scan yang mana satu lebih cantik, so aku bagi dua2 kat Alif.

Alif jugak ada buat entry pasal sketch ni kat blog dia, iaitu Alif Ismail : Sketch Dari Yazid.. Gi la tengok kat blog dia k.. Ok la, kepada Alif, Selamat Hari Jadi yer!! :)

Chow!!

Saturday, January 21, 2012

Plain Me - Blog Vacation

21 Januari 2012 - 4.55 pm

Bersempena cuti panjang ni, aku tambah lagi 2 hari kepada cuti aku, so aku akan bercuti sehingga hari Khamis ni. Oleh kerana aku akan menghabiskan masa kat kampung, so kemungkinan besar blog ni takkan diupdate sehingga la aku kembali dari kampung, iaitu hari Khamis depan. Kepada pembaca setia (ade ke?), jangan la lari k.. I'll be back (sambil buat suara macho ala2 Arnold Susah-nak-eja).. Huhu~~

Chow!!
.
.

Plain Cool! - FBI Is In Trouble For Shutting Down MegaUpload

21 Januari 2012 - 10.23 am


Semalam, pendownload tegar telah dikecewakan dengan berita penutupan laman web MegaUpload.com oleh FBI atas alasan melanggar akta hakcipta. Aku ada buat entry pasal tu kat SINI.

Sekarang, seorang peguam di Barcelona, Carlos Sánchez Almeida telah mengumumkan yang beliau akan mengamabil tindakan undang2 terhadap FBI kerana dengan penutupan MegaUpload, pelanggan2 MegaUpload yang telah memuat naik bahan2 sah undang2 seperti dokumen2 penting yang mana dokumen2 tersebut sudah tidak lagi boleh diakses dengan penutupan MegaUpload.

Carlos sekarangs edang mengumpul data2 tentang kehilangan maklumat tersebut sebelum membuat tuntutan undang2 terhadap FBI.

Padan muka FBI!! Hahaha!!

Chow!!
.
.

Plain A**hole - Mari Belajar Mencarut

21 Januari 2012 - 9.42 am

Setelah meluangkan masa jap kat depan laptop, berjaya gak aku kumpulkan koleksi carutan JANTAN PALING MELETOP MALAYA iaitu si Azwan Ali. Jom tengok hasil2 nukilan beliau yang sangat produktif ni yer..

"Santeknya dirikuuuuu~~"






  Kutuk Siti Nurhaliza.

 Pastu ada burung berak kat kete Siti........


...Then Siti cakap Azwan Ali yg hantar burung tu.. Hahaha!!

 Kutuk Adibah Noor

 Jawapan Adibah Noor











Friday, January 20, 2012

Plain Gleek - Where Rachel Gets Her Drama From...

20 Januari 2012 - 10.38 pm

Try korang tengok kedua-dua pelakon berikut :

 Jeff Goldblum

Brian Stokes Mitchell

Agak2 kan, apa kena-mengena diorang dengan siri TV yang feymes sekarang, iaitu Glee? Haha!! Diorang akan muncul dalam episode sempena hari Valentine nanti, dan watak diorang adalah................. Tunggu je la k.. Huhu. (Tapi kalau tengok tajuk entry ni, mesti dah tau watak apa kannnnn)

Chow!!
.
.

Plain Cool! - Anonymous VS SOPA!

20 Januari 2012 - 10.07 pm

Korang ingat tak hacker-hacker yang menggelarkan diri mereka Anonymous? Dulu diorang pernah serang Malaysia. Aku ada buat pasal serangan tu kat entry aku kat SINI.

Oleh kerana Megaupload dah ditutup (cerita di entry SINI), Anonymous telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap Department Of Justice US , Universal Music Group, RIAA (Recording Industry ASSociation of America dan MPAA (Motion Picture ASSociation of America). Hacker2 tu siap cakap lagi yang ini baru permulaan. "More is coming" katernyer.. Huhu..


 Semua ni bermula dengan SOPA (Stop Online Piracy Act), iaitu halangan dalam mentrafikkan harta intelek dan hasil cetak rompak. Website2 yang user-content seperti Youtube akan menerima kesan yang besar, dan mungkin akan ditutup (tutup Youtube? Sh*t!!!)  jika isu hak cipta ni tak dibendung.


Ingat tak beberapa hari sebelum ni, beberapa website telah mem'black-out'kan site mereka? Ni semua adalah untuk memprotes SOPA! 

 Google

 Wikipedia English

HD-BB (site mendownload movie2 bluray)

Berbalik kepada cerita hacker, aku harap mereka berjaya mengubah pendirian syarikat2 besar yang kononnya kerugian berjuta2 dolar nih. Padahal keuntungan diorang mencecah billion setahun.

Chow!!
.
.

Plain Moron - Killed Because Tamed?

20 Januari 2012 - 9.48 pm

Seekor angsa (Canadian Goose) telah diselamatkan semasa ia kecil daripada dimakan oleh seekor helang oleh seorang wanita bernama Diane Vander Wiel. Diane membawa angsa tersebut yang dinamakan Lucy pulang ke rumahnya dan merawat Lucy sehingga sembuh. Setelah sembuh, Lucy dah tak mau balik ke habitat liarnya. Ia terus tinggal dan bebas bermain di ladang Diane.

Lucy

Setelah 2 tahun menjadi ahli keluarga Diane, tetibe sekarang, pegawai hidupan liar telah datang ke rumah Diane dan membawa Lucy pergi. Oleh kerana Lucy tak suka tinggal di habitat asalnya, mereka merancang untuk menamatkan riwayat (membunuh) Lucy.

Diane juga tak dibenarkan untuk mengambil Lucy kerana Diane takde lesen untuk menjaga hidupan liar.

Betapa sedihnya cerita ni kan. Patutnya biarkan je la si Lucy tu hidup dengan Diane. Bukannya Diane tu kurung dia pun. Sekarang Lucy sedang menunggu ajalnya dalam kurungan..................

Chow!
.
.

Plain Uncool! - MegaUpload Shutted Down!

20 Januari 2012 - 9.27 pm

Berita buruk buat pendownload tegar di luar sana (termasuk aku)!!


Megaupload.com telahpun ditutup kerana melanggar akta hakcipta  US. Penaung laman tersebut, Kim Schmitz telah ditahan di New Zealand. Sebelum laman tersebut ditutup, diorang sempat mengepost :

"Yang pasti trafik internet adalah halal (sah di sisi undang2), dan kami akan terus kekal."

Lepas tu, laman tu terus ditutup. :P

MPAA (Motion Picture ASSociation of America) mendakwa mereka kerugian $50 juta disebabkan oleh laman web tersebut.

Yang pastinya, kita tunggu je la sama ada laman yang lain2 seperti Netload, Filesonic, Fileserve, Megashares dan lain2 pun akan ditutup gak.

Tak dapat la nak mendonlod lagi kalau semua site ni ditutup. Berakhir la era BluRay akooooo!! Sedeyhhhhh!!!

Chow!!
.
.

Plain Awesome! - Happy Chinese New Year!!

20 Januari 2012 - 8.50 pm

Sempena Tahun Baru Cina ni, aku nak ucapkan Happy Chinese New Year kepada pembaca2 blog nih!! Sayang korang!! Muahks!!


Tahun Naga kan, so aku lukis la org dalam kostum naga.. Huhu..

Chow!!
.

Plain Cool!! - Resident Evil 5!!

20 Januari 2012 - 7.11 pm

Aku ni merupakan peminat setia Resident Evil, baik gamenya mahupun filemnya. Aku pernah main hampir semua game2 Resident Evil dan dah tengok semua movie2nya. Tak caya, tengok ni, koleksi movie Resident Evil dalam hard disk aku. Semua HD BluRay yer..

My collections

Sekarang, diorang dah umumkan yang movie berikut Resident Evil akan keluar dalam bulan September nanti. Wahhh!! Tak sabar aku nak gi nonton!!


Yang membuat aku lagi tak sabar untuk tengok movie ni ialah, kemunculan Jensen Ackles (Supernatural) dalam movie ni sebagai watak paling cool dalam game RE iaitu, Leon Kennedy!!


Tapi yang tak bestnya, ada lak cerita2 yang memberitahu bahawa Jensen Ackles telah dikeluarkan dari movie ni, dan diganti oleh Johann Urb. :(

Johann sebagai Leon

Aku rasa Johann sangat tak sesuai jadi Leon sebab fizikal diorang yang langsung tak sama. Aku rasa Jensen Ackles lebih sesuai untuk memegang watak Leon. Kalau tak caya, tengok pic2 kat bawah ni :









Eh, eh! Silap pic! Terkeluar pic2 dalam koleksi peribadi lak. Jap k, ok, ni pic yg betol :

Lebih sesuai kan?! Malah, kalau tengok pic poster kat atas tu, tersangat2 la serupa antara Jensen dan Leon.


Kan sebijik aka sejibik tuh!!

Apapun, aku memang tak sabar nak tengok movie ni. Tak kisah la JEnsen Ackles ada ke tak dalam movie tu, yang penting nak tengok!! (Tapi kalau ada Jensen Ackles lagi BESTTTTT!!!)

Chow!
.
.

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!