Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, September 26, 2011

Plain Me - Scratching Sketches... (4)

26 September 2011 - 10.46 pm

Akhirnya, setelah 2 jam aku dok mengadap lukisan dan laptop, siap jugak satu lagi komik one-page. Simple je citer kali ni.. Baca la kat bawah ni k.. :)

ps : kalau tak nampak, just klik kat pic tu, bila dah kuar satu pop-up pic tu, klik kanan, save picture as.. baru leh dapat yg high quality..

Chow!!

Plain Cute - Tweet Box

26 September 2011 - 12.37 pm

Walaupun penjurian untuk Hari Inovasi bagi kategori Jabatan/Unit tercantik dah berakhir, tapi Jabatan aku masih tak habis lagi menghias. Hari ni, masuk2 opis je, diorang dah mengadap Tweet Box, idea si Rina. Ni Tweet Box yang masih dalam pembinaan tu.

 Ni sebenarnya tak siap lagi.. Tapi dah santek kannnn~~~

 Gigih membuat kerja..

 Stiker burung2 yang sangat someyl occay!! Aku nak jugakkk!!

 Close-up. Baru aku tau henfon aku ni ade fungsi close-up. Selama ni aku tak tau pun.
 :P
 Ni aku punya. Setiap orang diberi can untuk mengsantekkan lagi Tweet Box diorg. So aku pun apa lagi, terus lekat bookmark Angry Bird yang aku buat dulu. Pastu siap tambah2 fence dan ranting.. Hahaha!!

 Ni bookmark tu.. :)

 Ni ranting tu.. Comel kannn!! Geram hakuuuu!!!!!

 Dah hampir siap~

 Ni aku punya. Rumah tu dah macam reban ayam lak, sebab ada ayam2 kat depan tu..

 Santek kannn.. Aku suker~~~

Rase macam nak tambah lagi hiasan, tapi nanti macam padat sangat la pulak.. Huhu..

Chow!!

Sunday, September 25, 2011

Plain Cool! - Cooking For Others

25 September 2011 - 11.26 pm

Sabtu lepas, si Kaki Wayang telah mengadakan open house raya kat rumah dia yang besar tu.. So dia mintak aku tolong masak sikit untuk menambah makanan kat open house dia tu. Aku ni bukan pandai masak pun. Tapi dia nak jugak suruh aku masak. Keji kan.. Huhu..

Barang-barang yang aku beli. Aku kena beli semua barang untuk masak termasuk bawang, garam vagaih sebab kat rumah aku memang takde benda2 tu semua sebab aku memang dah lama tak masak.

Bawang merah dan bawang putih yang dah diblender. Thanks Kaki Wayang sebab bagi aku pakai blender kat rumah dia.

Antara isi dalam bihun tu nanti. Eh, aku lupa nak bagitau. Aku nak masak bihun goreng. Tapi bukan bihun goreng yang biasa orang buat yang warna merah tu. Aku nak buat bihun yang spesel sikit. Huhu..

Fish cake yang dah siap dipotong.

Ini adalah ayam.

Ini adalah ayam juga, tapi yang dah dipotong ler..

Ini pula adalah sebuah sawi.

Yang ni pulak sawi yang dah dipotong. (Motif nak kena explain satu2? Huhu)

Lada besar. Macam sikit la pulak lada ni. Tak cukup lak aku rasa.

Bihun. Ni baru sepeket. Ade lagi sepeket nak kena rendam.

Ni bihun yang dah siap masak. Penuh satu kuali kaoo!! Punyer la seksa nak menggauli bihun tersebut. Sebenarnya takde la spesel sangat pun bihun goreng ni, just aku letak biji sawi, jintan manis dan lada sulah. So bagi aku memang spesel dan sedap. Huhu.. Tapi bagi orang lain tak tau laaaa.. Ntah sedap ntah tak. Kalau tak sedap pun, takkan la diorang nak cakap tak sedap kan. :P

Lepas dah siap goreng, aku pun terus bersiap2, lepas tu gi open house tu sambil catwalk bawak bihun satu bekas. Siap dengan keropok lagi. Masa tu dah penat, so kat open house tu pun aku macam malas je nak bising2 sangat. Orang menghanjeng aku pun aku buat bodo je. Huhu.. Kalau tak, memang aku balas balik. Haha!!

Cuma yang tak best, aku dan Kaki Wayang lupa nak snap pic masa open house tu. Tak tau camne leh lupa. Huhu. So tak dapat la nak buat entry pasal tu. :P

Chow!!

Wednesday, September 21, 2011

Plain Drama - Office Makeover!

21 September 2011 - 9.36 pm

Pada 29 September (ehem ehem) nanti iaitu pada minggu depan, Politeknik Muadzam Shah akan melangsungkan Hari Inovasi bagi tahun 2011. Aku dah pernah buat entry pasal Hari Inovasi ni untuk tahun lepas punyer, so kalau nak tengok klik je kat entry Plain Innovative - 'Q' Stands For 'Inovasi'... ni yer.. Kiranya Hari Inovasi ni macam hari award la gehtoooo..

Untuk tahun ni, ada kategori yang tak dipertandingkan pada tahun lepas, iaitu kategori Jabatan/Unit Tercantik. So dengan itu, maka penghuni2 jabatan aku (termasuk aku) pun gigih la menghias jabatan. Tapi dah last2 minute baru nak buat. Takut tak sempat je. Sambil2 tu sempat gak la aku menyenap (snap) pic2..

 Bersungguh-sungguh si Rina.. Kalau menang la nanti, piala tu sangkut kat tengkuk dia la kot.. Hahahaha!! Kak Su tengok je dengan perasaan gerun..

 Tweet Box ni pun idea si Rina. Kreatif gak la minah ni walaupun ganas..

 Yang ni Kak Marina yang buat.. Tak sure dia buat ni saje2 atau memang untuk Hari Inovasi.. Huhuhu.. 
ps : nape aku at the bottom tuuu~~~~? Dah macam akan tersingkir je minggu depan.. Hahaha!!

 Tangan Asma' yang gigih melekatkan double-sided tape kat kertas.. Sampai habis double-sided tape diorang kerjakan.. Heyvattt!!

 Betapa santeknya sampah2 itewww.. Sok pagi kalau makcik cleaner marah, aku cabut duluuuu~~~

Siap print gambar kaler lagi kaooo~~ Asma' masih lagi dengan aktiviti menghabiskan double-sided tape..

Mesti korang tertanya-tanya, aku buat ape lak? Hehehhe.. Aku ada la tolong sikit-sikit. Takleh nak tolong sangat sebab aku tadi sibuk mengsantekkan Fail Meja aku.. Nak masuk bertanding gak katernyer.. Sebenarnya aku malas gak nak hias2 FM tu, tapi sebab dipaksa oleh Kak Su, so aku pun terpaksa la mengkreatifkan diri untuk menghias FM aku tuh.. Takde la santek punnnn..

 Tahun ni FRP dan FM utk jabatan kitorang kaler kuning.. Aku ikut ajeeeee.. Ni kulit depan FM aku.. Design layout ni ade tema yerr.. :P

 Bahagian dalam...

 Pengenalan Pegawai.. 

 Index divider untuk page2 utama..

 Index divider untuk senarai tugas harian..

Yang ni lak... Hehehe.. Just satu karya abstrak (kununnyer) yang aku letak kat bahagian belakang FM aku tu.. Tak sure la orang leh terfikir untuk tengok belakang, tapi aku buat je la.. Lgpun aku suka hasil karya aku nih.. Tak sangka aku pun artistik gak (silamuntahhijau)..

Aku tak mengharap pun untuk menang bagi kategori Fail Meja terbaik tu.. Just macam tahun lepas, aku cuma nak bagi saingan je kepada pemenang tu nanti.. Takkan nak bagi dia menang mudah lak kannnn.. (Walaupun aku agak kecewa sebab tak menang tahun lepas)..

Chow!!

Tuesday, September 20, 2011

Plain Reality - AUDITion After AUDIT

20 September 2011 - 11.21 pm

Pada jam 9 pm tadi, aku dan Kaki Wayang ditugaskan untuk menjadi juri bagi satu sesi pencarian bakat baru dalam bidang vokal untuk memeriahkan lagi Kelab Kebudayaan Politeknik Muadzam Shah. Kenapa kitorang yang dipilih? Sebab kitorang je yang tak tau malu kot. Haha! Takde la.. Sebenarnya mungkin sebab kitorang ni antara orang-orang yang suka menyanyi kat poli nih.

Sebenarnya aku mengharap sangat-sangat student yang akan datang ujibakat ni adalah student2 yang belum pernah didengari nyanyian mereka, sebab nama pun Pencarian Bakat Baru kan. Bila tengok ramai yang datang tadi, rasa macam ada peluang gak nak tengok orang baru menyanyi kat stage (stage la sangat). Tapi rupa2nya yang ramai tu datang nak tengok je. Yang ujibakat 13 orang je. Tu pun muka2 lama. Takde pun student yang tak dikenali. Agak kecewa gak.

Anyway, ujibakat dijalankan dan seperti biasa macam dalam ujibakat program2 realiti kat TV (motep?), ada la yang bersuara sedap, ada yang boleh diperbaiki, ada yang biasa je dan tak kurang juga yang sumbang mahram. Siapa yang sumbang tu, biarlah menjadi rahsia aku dan Kaki wayang. Haha!! 
Aku tak snap apa2 pic pun masa audition tadi. Cuma ada snap a few pics yang langsung takde kaitan dengan ujibakat. Bolehhh?.. Belasah je la..

 Sebelum audition. Test mikrofon katernyer..

 Selepas audition. 2 peserta yang suara sedap, tapi lari tempo sajork~~

Artis paling meletup abad ini..

Tak banyak yang nak diceritakan masa audition tu. Audition agak bebas, iaitu student boleh pilih untuk menyanyi dengan minus one atau tanpa minus one. Siap ada yang bawak orang untuk main gitar lagi. Tapi yang main gitar tu nape tak audition ek? Uhukkk~~~ *terbatuk jap*

Antara lagu yang disediakan minus one adalah seperti Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir), Belaian Jiwa (Innuendo), Sedetik Lebih (Anuar Zain), Ku Menunggu (Rossa), Listen (Beyonce), You Raise Me Up (Westlife) dan banyak lagi, tapi yang paling laku lagu Shahir. Tahniah gak pada yang nyanyi lagu english sendiri tadi iaitu lagu Sway (Michael Buble) dan Rolling In The Deep (Adele). :)

Semoga dengan bakat2 yang ada ni, Kelab Kebudayaan PMS akan berkembang mekar dan mengharumkan nama PMS umumnya, dan dapat membuatkan kami sebagai jurulatih2 berasa bangga. :)

Chow!!


My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!