Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, October 8, 2012

Plain Me - Photography, Is It For Me?

08 Oktober 2012 - 9.34 am

Pada minggu lepas iaitu dari 3 hingga 5 Oktober 2012, aku telah menghadiri satu kursus kat Politeknik Muadzam Shah ni iaitu Kursus Asas Fotografi. Dalam kursus ni, kitorang diajar cara2 menggunakan kamera DSLR dengan betul dari segi teori dan praktikal.. Cuma dari segi praktikal tu x berape nak best sbb aku x dapat kamera.. Tengok je la org amek gambar.. :P Anyway, what's past is past..

Dalam kursus tu, kitorang diajar teknik2 ambik gambar dari segi komposisi, lense, ISO (kadar sensitiviti sensor cahaya), editing, filters, focal length dan memacam lagi.. aku pun dah tak ingat sangat.. Yang aku ingat :

1. Wide lens tu untuk ambik gambar yg luas.
2. Kalau nak ambik pic landscape, elok guna aperture 8 ke atas, berdasarkan cahaya dan cuaca.
3. Kalau nak ambik pic yang ade blur2 tu, kena main2 kat shutter speed ngan aperture.
4. Rule of third dalam fotografi.
5. Subjek takleh duk tengah2.. Nt pic x menarik.
6. Dan ade la yg lain2 yg aku x berapa nak ingat skrg.

Oleh kerana aku tak dapat guna DSLR, so mase sesi outing tu, tatkala orang lain sibuk snap2 pic guna DSLR pinjam diorg tu, aku terpaksa la guna henfon je utk ambik gambar.. Antara pic2 yang aku sempat snap (dalam keadaan menyentap) :



















Agak buruk gak kan pic2 yg aku snap.. So aku rasa lah kan, fotografi bukan untuk aku.. Takde bakat beb!

Chow!
.

Tuesday, October 2, 2012

Plain 'Ilmu' - Looking From The Positive Side

02 Oktober 2012 - 8.38 am

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF.

1. Jika suami/isteri kita berdengkur di waktu malam, BERSYUKURLAH beliau tidur di sisi kita, bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila disuruh mencuci pinggan, BERSYUKURLAH kerana dia berada di rumah, bukan keluar berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKURLAH kerana itu menunjukkan yang kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Jika ada pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKURLAH kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, rumah yang perlu dikemas, BERSYUKURLAH kerana itu bermakna kita masih mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran2, BERSYUKURLAH yang kita masih boleh mendengar.

7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci, BERSYUKURLAH kerana kita masih ada pakaian untuk dipakai.

8. Untuk keletihan selepas penat bekerja, BERSYUKURLAH kerana kita masih berupaya untuk bekerja.

9. Untuk tempat letak kereta yang jauh dari pejabat, BERSYUKURLAH kerana kita masih mampu berjalan.

10. Untuk jam loceng yang berdering di waktu pagi, BERSYUKURLAH kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita ada. Sentiasa bersyukur dan bersangka baik terhadap ujian2 Allah SWT."

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!