Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF.
1. Jika suami/isteri kita berdengkur di waktu malam, BERSYUKURLAH beliau tidur di sisi kita, bukan dengan orang lain.
2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila disuruh mencuci pinggan, BERSYUKURLAH kerana dia berada di rumah, bukan keluar berpeleseran.
3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKURLAH kerana itu menunjukkan yang kita masih mempunyai pekerjaan.
4. Jika ada pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKURLAH kerana itu bermakna kita cukup makan.
5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, rumah yang perlu dikemas, BERSYUKURLAH kerana itu bermakna kita masih mempunyai tempat tinggal.
6. Untuk bunyi bising jiran2, BERSYUKURLAH yang kita masih boleh mendengar.
7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci, BERSYUKURLAH kerana kita masih ada pakaian untuk dipakai.
8. Untuk keletihan selepas penat bekerja, BERSYUKURLAH kerana kita masih berupaya untuk bekerja.
9. Untuk tempat letak kereta yang jauh dari pejabat, BERSYUKURLAH kerana kita masih mampu berjalan.
10. Untuk jam loceng yang berdering di waktu pagi, BERSYUKURLAH kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita ada. Sentiasa bersyukur dan bersangka baik terhadap ujian2 Allah SWT."
1 comments:
nice =)
bila nk bt kursus designing blog (advance) ek??..huhu
Post a Comment