Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Friday, March 15, 2013

Plain Cool - Samsung Galaxy S4

15 Mac 2013 - 5.05 pm

Hari ni, Samsung telah melancarkan telefon pintar terbaru yang diorang akui sebagai telefon terpintar di dunia. Nama telefon pintar aka henfon tu tak lain dan tak bukan, Samsung Galaxy S4! Sebenarnya aku akui, sejak beberapa bulan lepas, aku memang menunggu kemunculan S4 ni.. Bukan sebab aku nak beli pun (S3 aku baru lagi weh), tapi sebab aku nak tengok design dia je. Pasal benda2 dalam tu memang tak diragui, banyak upgrade berbanding S3 dan Note 2, tapi dari segi design, saling tak tumpah macam S3! Tengok pic bawah ni :


Serupa, tapi tak sama. Kalau tengok betol2, ada bezanya. S3 lebih oval berbanding S4, dan aku suka S4 dari segi ni. Jarak antara skrin dengan sebelah tepi henfon pun semakin kecil, ni pun aku suka gak. Cuma yang aku tak berapa gemar, 'home' button yang tak secomel S3 dan sensor2 kat bahagian atas yang nampak agak bersepah.

Sekarang, kita tengok lak perbezaan antara S3 ngan S4. Specs ni aku ambik dari GSMarena, dan aku combinekan dalam satu jadual.. Agak gigih disitewwwww..


Selain perbezaan kat atas tu, banyak lagi peningkatan aka inobasi inovasi yang Samsung buat dan sumbat dalam henfon ni spt :

- Smart Scroll (scroll guna pergerakan tangan je, tanpa menyentuh skrin)
- Smart Pause (video akan pause secara otomatik kalau mata kita pandang tempat lain)
- S-Voice yang lebih baik katernyer
- Samsung Knox (pengasingan aplikasi antara keperluan kerja dan peribadi)
- S-Health (ni dalam S3 dah ade)
- S-Translator - Yang ni agak cool. S-Translator tau 9 bahasa iaitu Chinese, French, German, Italian, Japanese, Korean, Portuguese, Spanish, dan English (duh). Contoh kalau kita taip "Apa khabar?", henfon tu akan translate ke bahasa lain spt bahasa Sepanyol. Malah, henfon tu boleh 'cakap' "Como esta?" Cool kan!! Selain tu, S-Translator boleh dengar jugak orang cakap bahasa Jepun contohnya, dan terjemahkan ke bahasa lain dalam bentuk text.. Contohnya kalau korang melancong kat Jepun, dan korang sesat jalan.. Nak tanya kat orang Jepun, takde lak orang yg tau cakap English mase tu.. Dah macam penguin bercakap ngan ungka.. So, korang leh taip "Saya sesat" kat henfon, dan henfon akan 'cakap' dalam bahasa Jepun kat orang Jepun tu.. Lepas tu bila orang Jepun tu cakap balik dalam bahasa Jepun kat henfon, henfon akan translate ke English dalam bentuk teks dan kita leh baca je.. Selain tu jugak, henfon ni mampu baca teks.. Kalau ada teks dalam bahasa lain yang korang tak faham, just ambik gambar teks tu, dan henfon akan translate ke English. Cool tak?

Ada lagi pembaharuan lain, tapi tak tau lagi.. Tunggu je la kot henfon ni keluar bulan April nanti.. Bagi yang nak tengok henfon ni, tengok la pic bawah ni k :













Yg ni gak kesayangan aku.. Hehe~~

Chow!!

1 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

masih berkira-kira sama ada S4 atau note 2

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!