Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Showing posts with label kaki wayang. Show all posts
Showing posts with label kaki wayang. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Plain Segmen : Kaki Wayang Nak Review Blog

7 Disember 2011 - 11.48 pm

Aku ni jenis malas sket nak join2 segmen nih, tapi kali ni aku join gak satu segmen dari blogger hebat, Kaki Wayang. Dalam masa beberapa bulan je, blog dia dah jadi antara blog hebat kat Malaysia nih. Serius!

So segmen kali ni :

...::: Kaki Wayang Nak Review Blog :::...

Klik header ni atau SINI untuk join segmen nih. Nanti Kaki Wayang akan review blog korang. :)

 Objektif (objektif kaoooo!!!) dia buat segmen ni ialah untuk :

- Berkongsi-kongsi idea dan pendapat mengenai blog, design dan macam-macam lagi.
- Sebagai salah satu promosi kepada blog korang secara tak langsung dapat menambah bilangan follower uolz..

Sila join yer.. Tak kena bayar pun.. Untung2 blog korang (aku) akan dipromosikan kat blog dia yg banyak pembaca tu.. :)

Chow!!

Monday, June 27, 2011

Plain Awesome! - A Blog To Reckon With

27 Jun 2011 - 7.29 pm

Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan perhimpunan bulanan bagi bulan Jun pada hari ini, jam 3 petang tadi. Seperti biasa macam perhimpunan2 yang lepas, tak banyak yang berlaku masa perhimpunan kali ni. Doa, ikrar, nyanyi lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Politeknik (guna video yang aku buat), ucapan Pengarah, penyampaian hadiah dan lain-lain. Tapi ada sesuatu yang best berlaku masa Pengarah berucap.

Hari ni tema ucapan Pengarah berkaitan ngan kreativiti dan inovasi. Dari situ, Pengarah menelusi bab tersebut dengan mendalam, sehinggalah sampai di satu ketika, beliau menyebut sesuatu yang berkaitan dengan blog. Wah! Ye ke? Yup, dia sebut tentang blog kawan aku, si Kaki Wayang yang telah menerbitkan blog berkaitan tempat keje kitorang iaitu Politeknik Muadzam Shah. Blog tersebut bernama Penjana Minda Strategik. Pengarah kelihatan teruja dengan idea blog tersebut yang menampilkan update-update terbaru berkaitan dengan Poli Muadzam.

Blog Politeknik Muadzam Shah : Penjana Minda Strategik

Pengarah sebenarnya dapat tahu perihal blog ni masa Mesyuarat Pengurusan pagi tadi, bilamana En. Rafie cuba tanya pada Pengarah sama ada blog tersebut boleh diteruskan atau tidak. Tapi setelah melihat blog tersebut, Pengarah kelihatan berpuas hati dan malah sangat excited sebab jika dibandingkan dengan website PMS yang dah berbulan tak update, blog ni memberikan suntikan baru kepada staf2 dan pelajar2 PMS bagi info2 terbaru.

Malah sehubungan dari blog tersebut, Pengarah mula memikirkan untuk unblock Blogger dan Facebook agar media2 tersebut dapat digunakan dengan sebaiknya oleh staf2 dan pelajar2 PMS. Cuma beliau harap agar apa yang berlaku dulu tak berulang, iaitu seseorang (ehemmmm ehemmmmm) telah dikatakan mengaibkan PMS dengan mengupload pic2 yang juga dikatakan menghina PMS.

Kami staf2 PMS juga sebenarnya agak kecewa dengan website PMS yang tidak diupdate secara konsisten, menyebabkan info2 yang ada dalam website tu semua dah tak betul. Bukan nak menuduh sesiapa, cuma kami faham yang tugas mengupdate website tersebut bukan tugas yang mudah. Jadi apa kata berikan saja tugas mengupdate website tersebut kepada mereka yang lebih berminat seperti Kaki Wayang yang juga hebat dalam design, sekaligus boleh mencantikkan lagi website tersebut yang boleh dikatakan agak 'hambar'.

Maaf jika apa yang aku katakan dalam post ni menyinggung sesetengah pihak. Aku bukan nak menghina sesiapa. Cuma aku nak kita melangkah ke depan, jangan letakkan perasaan hasad dengki mengaburi visi kita sebagai staf2 PMS.

Chow!!

Sunday, June 26, 2011

Plain Cool! - Swim Session

26 Jun 2011 - 8.14 pm

Pada jam 5.30 ptg tadi, aku telah pergi ke kolam renang Poli Muadzam (tempat keje aku laaa) untuk berenang (takkan untuk memasak lak). Ni kali kedua aku gi kolam ni, tapi kali ni aku sempat snap pic2 untuk dimasukkan kat blog (dengan bantuan Kaki Wayang). Selain aku, ada juga Ita, Manjer, Pui, 2 keluarga orang luar, beberapa orang student lelaki dan Azri ngan wife dan anaknya. Azri sampai lambat sikit, iaitu selepas family orang luar tu balik. Tak lama lepas tu, student2 pun balik gak. Jadi start dari dalam jam 6, kolam tu hanya untuk kitorang je. So leh la bising2. Huhu.. Ok, ni pic2 yang aku sempat snap.

 Dari sudut kolam.

 Kaki Wayang yang over.

 Tempat basahkan badan. Untuk pengetahuan sesiapa yang tak tau, sebelum masuk kolam renang, kita kena basahkan badan dulu yer. Ini untuk memastikan badan kita tak terkejut.

 Ita dan Manjer.

 Bilik persalinan lelaki.

 Pui yang cuba mengelak untuk disnap. Haha!!

 Cantik tak sudut ni? Sampai kena air handphone aku sebab nak snap pic nih.

Pool.

 Ni aku. Nampak macam tak pakai baju, tapi sebenarnya pakai tauuu.. Auratttt.. Ni masa nak start berenang.

 Teknik2 berenang oleh yazidy. Haha!!

 Dah siap berenang. Oleh sebab tak pakai goggle (google kater Ita), so mata merah. *bahagian badan terpaksa di'radial blur'kan sebab agak seksi.*

 Dah siap berenang baru nak tengok peraturan. Haha!!

Jadual penggunaan kolam.

Ok. Tu la sesi renang aku. Walaupun penat dan dehidrat, tapi puas sangat! Nanti nak pegi lagiii..

Chow!!

Monday, June 13, 2011

Plain Me - A Blog For Politechnic Muadzam Shah

13 Jun 2011 - 9.28 am

Untuk pengetahuan korang, kawan2 staf PMS (dan jugak bukan staf PMS), Azri aka Kaki Wayang telah membuat satu blog khas untuk Politeknik Muadzam Shah.


Marilah kita sama2 menyokong blog tu yer.. 

PS : Kalau ada yang nak sumbangkan idea atau info, bolehlah hubungi kitorang (Azri @ Yazid).. Kalau nak bagi info pasal kursus2 ke, taklimat ke, dipersilakan. Kalau ada gambar sekali lagi bagus!

Chow!!

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!