Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, July 23, 2012

Plain Ilmu - 12 Waktu Mustajab Doa

23 Julai 2012 - 9.16 am


12 WAKTU MUSTAJAB DOA

Selain usaha dan tawakal, doa juga satu-satunya cara untuk mendapatkan sesuatu hajat. Ada waktu tertentu paling mustajab berdoa kepada Allah, diantaranya ialah:

1. Ketika LailatulQadar
2. Ketika hujan
3. Ketika memulakan solat dan selepas menunaikan solat.
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan perang.
5. Di tengah malam
6. Di antara azan dan iqamah.
7. Ketika sujud dalam solat
8. Ketika iktidal akhir dalam solat
9. Ketika khatam ( tamat ) membaca 30 juz Al-Quran
10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11. Malam Jumaat dan sepanjang Jumaat kerana mengharapkan berjumpa dengan saat yang terletaknya di antara terbit fajar hingga terbenam
matahari hari Jumaat.
12. Di antara waktu zuhur dan Asar serta antara waktu Lailaha illallah

Plain Ilmu - Nasihat Dari Ustaz Don Mengenai Ramadhan

23 Julai 2012 - 9.13 am

i) niat puasa Ramadhan 30 hari i.e. niat untuk sebulan - hanya valid/laku jika di buat pada malam pertama Ramadhan shj. 2nd nite & above dah x boleh i.e. x laku.

ii) niat puasa utk esok hari - WAJIB tiap2 malam. niat puasa 30-hari - akan secara auto digunakan sekiranya kita terlupa niat malam tadi.

iii) solat berjemaah - makmum WAJIB habiskan bacaan Al-Fatihah. incase imam laju, kita kena pederas tp ttp jaga hukum2 bacaan.

iv) kalau puasa sunat, niat masih boleh dilakukan until tengahari. ada hadith Nabi balik dr solat sunat Dhuha, balik rumah no food. Nabi terus puasa.

v) Tarawikh maknanya istirehat...so kalau solat kelam kabut hilanglah makna sebenar solat tersebut.

vi) makna awal puasa ialah berdiam diri. Diamnya Siti Mariam ibu Nabi Isa ketika dicerca kerana melahirkan anak tanpa bapa. So kata Ustaz.....waktu puasa nanti, dr cakap bukan2...betterlah berdiam diri.

Semoga bermanfaat, Wallahua'lam bs.

Plain Ilmu - Jadual Harian Seorang Muslim Ketika Ramadhan

23 Julai 2012 - 8.35 am

Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan

4.00 pagi - Bangun

Berdoa kepada ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. 

Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, serta berwangi-wangian.
4.20 pagi - Solat Sunat

Solat Sunat Taubat

Niatnya : 
Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya :
Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya :
Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya :
Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi - Makan Sahur

Selepas bersahur, menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.

Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya :
Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat, mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Persediaan Malam

Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita!!!

6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW :
“Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga”,
Merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu maghrib, bacalah doa dan berbuka :

Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezeki engkaulah aku berbuka.

Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm - Solat Isya’ berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat :
Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati.

Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Wallahualam.

Plain Ilmu - Panduan Solat Terawih 8 Rakaat

23 Julai 2012 - 8.26 am

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, jom la kita kongsi2 ilmu. :)






Kalau tak berapa nampak, klik je kat gambar tu ya.. Selamat berpuasa~~

Chow!.

Thursday, July 19, 2012

Plain Crazy - Masak Dalam Ofis! Kao mampooo??!!

19 Julai 2012 - 4.29 pm

Pada hari ni, aku telah mencipta sejarah aku sendiri sebab aku telah memasak kat pantry opis nih dengan sesuka hati!! Hahahaha!! Tapi takpe kot, sbb bukan masak benda berat2 pun.. Bubur durian jerrr (tak berat ke?).. Ni semua idea opismet aku si Lynnie sbb dia nak sgt makan bubur durian.. Sanggup dia bawak dapur letrik dia.. Seb baik bos tak marah (agaknyalaaaa)..

 Bahan2 yang dah siap2 bawak dari rumah.. Gula Melaka yang dah dimasak dan ditapis, santan 400ml, durian dan daun pandan.. Durian tu masih dibungkus foil, sbb takut bau durian merebak ke seluruh semesta ofis..

 Dapur letrik Lynnie Gaga Jada.. Rebus kacang hijau dulu..

 Kacang dah start empuk..

 Bila kacang hijau dah empuk, boleh la masukkan gula melaka, santan, durian dan daun pandan.. Pastu masak guna api letrik suhu perlahan supaya santan tak pecah..

Hasilnyaaaa~~~~~

Seronok gak masak2 kat opis nih.. Lepas ni rase macam nak buat lagi je (selagi bos tak marah).. Huhu..

Chow!!
.

Wednesday, July 11, 2012

Plain Cool! - McDonald's Buy 1 Free 1 Coupon!

11 Julai 2012 - 9.44 am

Dah 1,200 tahun aku tak hapdet blog ni.. Sarang labah2 raksasa pun dah berjurai2.. So entry kali ni, KUPON!!


Offer kali ni ialah : Beli 1 Chicken Foldover, dapat 1 lagi Chicken Foldover percuma!! Offer ni adalah untuk tempoh masa dari 12 Julai 2012 hingga 25 Julai 2012. Langkah2nya :

1. Print kupon kat SINI (kaler atau hitam putih)
2. Pergi ke mana2 cawangan McDonald's (Kecuali cawangan di Genting dan airport).
3. Order Chicken Foldover sambil tunjuk kupon.
4. Dapat 2 Chicken Foldover dengan bayaran untuk 1.
5. Makan sampai muntah.

Kalau korang rase macam malas nak print, leh jugak save kupon ni kat henfon korang yang mahal tu, dan tunjuk je kupon ni guna henfon kat kaunter Mekdi tu.. Canggihnyerrr~~

Chow!!
.


Monday, July 2, 2012

Plain Awesome! - Bersenam Sambil Karox!

2 Julai 2012 - 9.58 am

[AMARAN : ENTRY GEDIK]

Siapa suka bersenam? Tak suka? Ok, tukar soklan..... Siapa suka karox??!! Wahhhh!! Ramainya angkat tangan.. Oooppsss!! Vevulu ketiak tersembul uolzzz.. Takpe2, dimaafkan.. Gi cukur cepat~~~

Tapi ni kat LA (Los Angeles) la yer.. Sorang hakak (tak pasti la tulen ke tiruan), instruktor yoga katernyer, yang bernama Jennifer Pastiloff (nama hakak2 margarita sangat) telah mencipta satu kelas kat Equinox yang mana dalam kelas ni, peserta kan melakukan yoga dan karox secara SERENTAK!! Kaooo mampoooo???!!!

Selama ni weolz biasa paham kelas yoga ni tempat org tenangkan fikiran yg kusut sebab boyfren/anak ikan lari ikut jantan lain atau sugar daddy dah kurang beri kemewahan sbb korang lupa makan sari perapat, tapi yoga karox ni sangat berbeza yer.. Kater hakak tu, :

"Kalau uolz nak cari kelas yoga yang biasa yang buat senaman utk patah2kan tulang-temulang uolz dengan cara lipat2 badan tu, sini bukan tempatnya nox.. Kat sini weolz buat senaman sambil kekarox!!"

Cuba teka, yang mana hakak tulen, yang mana hakak tiruan?

Kelas yoga ni jugak dibuat dalam suasana karox, iaitu sekali ngan skrin besar dan lirik bagi hakak2 tiruan yang tak hafal lirik.. Tak perlu juga hadek2 yang baru nak start menjual nama dan body utk malu2 sebab tak perlu nyanyi depan orang secara solo.. Semua hakak2 tulen, hakak2 tiruan, pepondan berjaya, pepondan sendu, havang2 taf, havang2 taf tapi sesuatooo, dan hadek2 akan menyanyi secara bersama-sama (motef nak kongsi 'mic itewww') dan bersenam bersama.. Merembes peluh bersenam dan merembes ******** tengok havang2 taf..

Selamat bersenam menuju 6-pax uolzzz~~~~~

Chow!!
.

Plain Cool! - 'Spiderman' Tewaskan 'The Avengers'?!

2 Julai 2012 - 9.18 am


Aku yakin peminat wayang sedunia tgh tak sabar menunggu kemunculan filem Spiderman terbaru, iaitu The Amazing Spiderman lakonan Andrew Garfield. Aku pun tak sabar gak nih.. Tapi walaupun kat Malaysia belum keluar lagi citer nih, tapi ada sebahagian negara Asia yang lain dah pun menyiarkan citer ni kat pawagam.. Dan hasilnya, kutipan The Amazing Spiderman telah berjaya menewaskan kutipan The Avengers!!

Mula2 aku mcm x caya ada filem yg mampu kalahkan The Avengers, tapi ternyata pengaruh Spiderman sangat kuat.. The Amazing Spiderman telah ditayangkan di 13 negara Asia terpilih, dan kutipannya telah menjangkau $50.2 juta pada hari pertama tayangan!

Kutipan terbesar datang dari Korea sebanyak $13.4 juta, iaitu 24% lebih banyak berbanding filem Spiderman 3, dan 10% melebihi kutipan The Avengers.. Kat India pula, filem ni berjaya mengutip $6.0 juta, iaitu 73% melebihi The Avengers..

Takleh bayangkan berapa la kutipan filem ni bila ia akan mula ditayangkan di seluruh dunia bermula 3 Julai ni (Malaysia 5 Julai)..

Berikut merupakan jumlah kutipan (pada hari pembukaan sahaja) di negara2 terlibat :

KOREA mengutip $13.4j di 1,213 pawagam.
JAPAN mengutip $11.4j di 1,092 pawagam.
INDIA mengutip $6.0j di 1,236 pawagam.
PHILIPPINES mengutip $3.2j di 529 pawagam.
TAIWAN mengutip $2.9j di 268 pawagam.
HONG KONG mengutip $2.7j di 158 pawagam.
SINGAPORE mengutip $2.5j di 128 pawagam.
THAILAND mengutip $1.9j di 320 pawagam.
VIETNAM mengutip $425k di 41 pawagam.
GERMANY mengutip $4.2j di 755 pawagam.
HOLLAND mengutip $850k di 113 pawagam.
AUSTRIA mengutip $480k di 85 pawagam.
SWITZERLAND mengutip $290k di 130 pawagam.

Hebat!!

Chow!!
.

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!