Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Saturday, May 28, 2011

Plain Drama - Glee Me! (Season 2 Episode 22)


28 Mei 2011 - 12.11 am

Untuk ahli2 kumpulan Glee yang sepanjang hidup diorg menetap kat pekan kecil Ohio, New York adalah sebuah tempat yang sangat menerujakan! Memang patut pun diorg enjoy2 kat New York tu. Tapi perlu ke penonton disuap ngan babak2 diorg menari dan menyanyi kegembiraan kat New York hampir separuh episod? Tak perlu kot. Dah la diorang takde lagu lagi, takde koreografi, sempat lagi nak round2. Ni merupakan benda tak logik yang ada dalam Glee ep 22 nih. Hehe..

Episod 22 ni, walaupun season finale, terdapat banyak kepincangan dalam episod ni. Sepatutnya season finale kena la gah sikit. Ni mcm episod2 biasa je.. Lagu2 yang dipilih untuk episod ni jugak tak berapa memberangsangkan (kecuali ada beberapa lagu yang agak hebat).



Tapi oleh sebab aku ni peminat fanatik Glee, jadi aku layan je. Tapi kalau org yg tak pernah tgk Glee, dan dia tgk lak episod ni, aku rasa dia takkan tertarik utk tgk episod2 yg lain. Tak kisah la. Jadi kat sini aku nak share beberapa screen-shot yang aku rasa berbaloi utk di'screen-shot'kan. huhu..

Ni antara babak menari dan menyanyi kat New York walaupun mase tu diorang masih takde lagu utk dipertandingkan dan takde koreografi. Huhu.. Anyway, seronok gak tgk diorg bersukaria.. Kelihatan spt org Gemas (aku) g KL je.. wakakaka!!

Ni antara scene nyanyi yg aku suka. Cikgu diorg iaitu Mr Shue nyanyi lagu 'Still Got Tonight', iaitu lagu nyanyian Matthew Morrison, iaitu dia sendiri. Haha! Mmg best tgk dia nyanyi lagu ni. Penuh feel.

Now, this is the song that I've been waiting for. Rachel dan Kurt berduet lagu 'For Good', nyanyian Wicked. Lagu ni mmg merupakan lagu feveret aku sejak aku dgr Sam Tsui dan Nick Pitera nyanyi lagu ni kat Youtube. Pastu aku dan Azri pun ade nyanyi dan record lagu ni gak, dan kitorg pun ade upload kat FB aku.. Huhu.. Nyanyian Rachel dan Kurt mmg serasi sgt, dan lagu ni membawa maksud yg sgt mendalam dalam persahabatan diorg sbb diorg impikan benda yang sama, iaitu kerjaya di Broadway. Yang best, diorg nyanyikan lagu ni kat pentas Broadway tuh. Mmg hebat. Cuma aku agak kecewa sbb lagu ni byk part yg dipotong sbb nak jimat masa. Tapi aku mmg dh dgr versi full lagu ni kat laptop. :) Mmg superb!

Quinn, Santana & Brittany dapat gak highlight kat episod ni, walaupun tak sebesar Rachel. Quinn mengaku yang dia lonely sejak ditinggalkan Finn, dan akhirnya Santana memberikan satu idea supaya Quinn dapat lupakan kesedihan dia.. Idea Santana tu ialah..... Quinn potong rambut! satu cadangan yg aku rasa teruk sebab Quinn nampak sgt hodoh selepas potong rambut. Tak caya? Tengok pic bawah ni.



Tak tau la bagi org lain, tapi aku rasa Quinn berambut panjang 1000 kali lebih cantik dari Quinn berambut pendek nih..

Charice juga tak ketinggalan menunjukkan bakatnya dalam episod ni bila dia nyanyi solo utk kumpulan Vocal Adrenaline. Nyanyian lagu 'As Long As You're There' mmg sangat powerful dan memukau..

Akhirnya tiba giliran New Directions utk buat persembahan. Lagu solo diorg ialah lagu duet antara Rachel dan Finn, iaitu lagu baru yang berjudul 'Pretending'. Lagu ni diorg cipta khas utk situasi diorg yang tgh tak paham ttg perasaan masing2. Biasa2 je lagu ni.

Lagu secara berkumpulan juga sebuah lagu baru, iaitu 'Light Up The World'. Lagu yang rancak ni penuh ngan koreografi, yang kelihatan tak logik sbb diorg baru cipta lagu ni sehari sebelum pertandingan dan mase tetibe dah ade koreografi yang tersusun lagi. Haha!! Takpe la kot. Janji seronok ditonton.

Dan akhirnya top 10 list pun dikeluarkan.. Kesian New Directions. Tak dapat masuk peringkat seterusnya.. Takpe, next season cuba lagi ye.. :)

Bagi aku, episod 22 ni kira ok la.. Agak menarik berbanding beberapa episod sebelum ni yg memang sangat
menyedut sucks! Tapi bagi aku ia tak cukup 'ummph' sebagai season finale. Anyway, Gleeks like me out there, let's just ignore the bad things, and enjoy the show!!


Chow!!

2 comments:

saricapot316 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eh nape pulak quinny boleh rmbut pendek...xkiut lah..

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@surry0316
tu la.. x cantik la dia rambut pendek..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!