Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Wednesday, June 1, 2011

Plain Gamer - When An Ex-Gamer Writes, He Goes Silent Hill Downpour!

31 Mei 2011 - 11.36 am

Masa aku muda2 dulu (sekarang pun masih muda lah), aku suka sesangat main game. Aku ada PS2 kat kampung (yg dh lebih setahun aku tak usik), dan antara game yg aku suka main dulu ialah Final Fantasy, Resident Evil, Parasite Eve, Harvest Moon dan lain2. Tapi game yang paling seram yg aku pernah main ialah : Silent Hill!

Dari game pertama sampai la yg ke no 4, aku dah main game2 Silent Hill tu. Aku ingat lagi mase game 1st Silent Hill kuar, dan aku start main game tu, aku struggle yg teramat sangat utk menghabiskan game tu. Sebabnya, dah la game tu sangat2 menakutkan, dah tu puzzle2 yang ada dalam tu susah2 nak mampus! Oleh sbb mase tu internet masih susah dicapai dan aku takleh nak cari kat internet utk cara2 penyelesaian puzzle2 dalam game tu, aku pernah ambik masa 6 bulan utk selesaikan puzzle 'Broken Piano' dalam game tu. Giler kaooo!!

Tapi selepas game yg ke-4 iaitu Silent Hill 4 : The Room, aku dah tak berapa minat utk main game dah. So bila Silent Hill 5 : Origins dan Silent Hill 7 : Shattered Memories kuar utk PS2, aku tak beli pun. Tapi aku masih ingat mcmne aku dulu terpaksa suruh adik aku temankan aku main game tu tengah2 malam, sebab aku takut nak main sorang2. Hahaha!!

Sekarang Konami akan mengeluarkan game terbaru Silent Hill iaitu Silent Hill 8 : Downpour utk PS3. Berdasarkan review2 yang aku baca kat internet, game ni mcm best je. Tp aku takkan dpt main kot sbb aku takde PS3, dan aku takkan beli PS3 kot. Baik aku beli hp.. Huhu..


Dari review2, dirasakan (dirasakan gitewwwww) yang plot bagi Silent Hill : Downpour (SHD) ni antara yang terkuat antara semua game2 SH yang pernah dikeluarkan. Pemain akan memainkan watak Murphy Pendleton, seorang banduan yang entah macam mana leh terperangkap dalam pekan berpuaka, Silent Hill setelah kenderaan yg membawa banduan mengalami kemalangan. Selepas Murphy tersedar dari kemalangan tu, dia dah berseorangan dalam kawasan Silent Hill yang kita tak pernah nampak sebelum ni dalam game2 yg lepas. Sekarang Murphy perlu cari jalan untuk keluar dari tempat berhantu nih. Best!!!


Game SHD kali ni agak berbeza ngan game2 SH sebelum ni dalam beberapa aspek. Salah satunya, Murphy takkan keseorangan sepanjang masa. Dalam beberapa situasi, dia akan berjumpa dgn penduduk, banduan lain, dan pada permulaan game juga, Murphy akan berjumpa dgn seorang polis perempuan yang tergantung kat jambatan. Murphy perlu memilih utk menolong polis tu atau tak.

Ni salah satu kelainan SHD nih dari game2 SH yg lepas2. Game ni tak linear. Ada masanya, pemain perlu buat keputusan2 kritikal dan keputusan ni akan mempengaruhi jalan cerita game. Contohnya, kalau dia selamatkan polis yang tergantung tu, polis tu akan membantu dia dalam melawan hantu2 kat bandar Silent Hill tu.


Lagi satu penambah-baikan SHD ialah, takkan ada istilah 'broken locks' ataupun pintu yg rosak kuncinya. Ini bermakna, semua pintu dalam game ni boleh dibuka sama ada menggunakan kunci, lockpick, ketuk dgn batu atau senjata, crowbar (yg juga leh digunakan sbg senjata) dll. Tak seperti game Silent Hill yg pertama, terlalu byk pintu yg rosak dan takleh bukak hanya sebab designer game tu malas nak buat bilik tu.. hahaha!!

Sistem senjata dalam SHD lebih cenderung kepada senjata pukul (melee). Tapi ade gak disediakan beberapa senjata api. Apa je yg Murphy leh angkat, leh dijadikan senjata spt kayu, besi, batu dll. Masalahnya, baju penjara yg dipakai oleh Murphy takde byk poket, so dia hanya leh bawak 1 senjata pada satu2 masa. Senjata2 yg digunakan juga akan rosak setelah digunakan banyak kali, jadi keputusan memilih senjata adalah sangat penting dalam game nih.


Bukan Silent Hill kalau takde suasana mengerikan. Klu game first lebih kepada besi berkarat dan pencangkuk manusia, Silent Hill 4 : The Room membawa ke ruangan yang berputar-belit, dan Shattered Memories membawa pemain ke kawasan tandus beku, Downpour ni membawa satu suasana yang sangat berbeza : AIR.

Murphy secara tidak sengaja telah menyebabkan kebakaran kat sebuah stesen minyak. Api padam setelah sprinkler terpasang, tapi air yg banyak telah membawa Murphy ke neraka air (gehtooo). Kat dunia Silent Hill berair ni, hukum fizik tak terpakai. Pintu yang kita masuk tak pergi ke tempat yang sama, laluan yang tak berpenghujung, lubang2 air yg tetiba muncul utk menelan mangsa, dan banyak lagi.

Nampak mcm game ni sangat menarik. Kalau aku ada PS3, ada masa dan ada minat, mesti aku akan main game ni. Tapi tak dapat main, baca review pun cukuplahhhh!!

Update : rasernye mungkin aku akan beli PS3 lepas sah jawatan nanti kot.. So, game pertama yg aku akan beli of kos la game nih!! :)
Chow!!

5 comments:

zieta said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dalam tahun 2007,,ita ader beli PS2 kat kdai yg ita keje tu,,msa tu x banyak duit sgt (skang banyak ke,,haha) so,bos bagi bayar ansur2,,tolak gaji,,siap dapat diskaun vagaihh,,sebab staf kn..hehe,,ita pernah main satu game hantu,,ape dah tajuk dia,,dia ada mcm 'hill' jugakla,,,'hill never sleep'?? lupe da,,tp tajuk dia mcm bukit yg tak pernah tidur,,lebih kurang r...scary giler,,dhla main tgh2 mlm..lepas je kluar babak hantu dtg serang tu terus tukar game,,xnak dh main game hantu2,,so,,ita main game lain..mcm CSI,,pastu apa lg dh..bully,black sniper,tekken5,godhand,smackdown,barbie (haha,time boring dh nie), dll...banyak gak r,,biasenyer test main kat ofis dlu,,kalau best bru beli,,dhla dpt harga lg murah,,suke3...tp tu dulula,,skang giler main game laptop ajekkk=)

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha!! pemain game jugak dia nih.. skrg dah tak minat sgt la nak main game kat ps2.. main kat nds je..

zieta said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehe,,,yup...ita pun gamerholic gak..haha...skang PS2 ada kat umah kuantan,,pastu adik kata dh takleh main dh,,dh rosak,,,haishhhh,,,takpelah...ita leh main kat laptop game2 yg best2,,cume takde game yg mcm godhand versi PC,pernah dgr tak,,not bad gak r game tu,,lawan2,,tapi best main game yg cmni,,lepas tension,,game yg tambah tension mcm game burger shop..asyik nak cepat je ordernyer,,,dahtu biler lmbat skit,blah gtu aje,,,huh,,kalau real life buat gitu,,ader gak yg mgamuk,,,huhu...

zieta said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ha,,lupe nak add comment yg first tu,,ita pernah main PS2 start dari pkul 12 tgh mlm smpai 5 pg,,btul2 gamerholic kn...haha,,time2 ni adik tido,,so confirm la diorg tak kacau,,,hikhikhik...

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hahaha!! waktu malam mmg sesuai la utk main game sbb xde org kacau.. lagi2 kalau main game hantu mcm Resident Evil atau Silent Hill atau Fatal Frame.. Best!!

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!