Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Thursday, July 19, 2012

Plain Crazy - Masak Dalam Ofis! Kao mampooo??!!

19 Julai 2012 - 4.29 pm

Pada hari ni, aku telah mencipta sejarah aku sendiri sebab aku telah memasak kat pantry opis nih dengan sesuka hati!! Hahahaha!! Tapi takpe kot, sbb bukan masak benda berat2 pun.. Bubur durian jerrr (tak berat ke?).. Ni semua idea opismet aku si Lynnie sbb dia nak sgt makan bubur durian.. Sanggup dia bawak dapur letrik dia.. Seb baik bos tak marah (agaknyalaaaa)..

 Bahan2 yang dah siap2 bawak dari rumah.. Gula Melaka yang dah dimasak dan ditapis, santan 400ml, durian dan daun pandan.. Durian tu masih dibungkus foil, sbb takut bau durian merebak ke seluruh semesta ofis..

 Dapur letrik Lynnie Gaga Jada.. Rebus kacang hijau dulu..

 Kacang dah start empuk..

 Bila kacang hijau dah empuk, boleh la masukkan gula melaka, santan, durian dan daun pandan.. Pastu masak guna api letrik suhu perlahan supaya santan tak pecah..

Hasilnyaaaa~~~~~

Seronok gak masak2 kat opis nih.. Lepas ni rase macam nak buat lagi je (selagi bos tak marah).. Huhu..

Chow!!
.

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!