Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Showing posts with label season 3. Show all posts
Showing posts with label season 3. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Plain Shocking - A Gleek Wont Be Graduating?

3 Julai 2011 - 1.31 am

Sebagai peminat Glee, aku telah terbaca satu berita yang agak tak best untuk Glee Season 3 nanti. Terdapat satu rombakan besar-besaran terhadap cast Glee, dan seorang daripada budak2 Glee takkan kembali untuk musim ke-3 nanti. Siapa orangnya? Dia yang takkan kembali tu ialah......... Chord Overstreet atau Sam!!

Bye-bye, Trouty Mouth.

Dah dikompemkan yang penerbit2 Glee dah buat keputusan untuk tidak merenew kontrak Chord/Sam sebagai pelakon tetap. Tapi mungkin dia akan muncul sebagai artis jemputan dalam satu dua episod. Chord/Sam ada Tweet sesuatu :

"Well, tahun yang menyeronokkan bila dapat berlakon dalam Glee. Nak buat camne, masa aku dah sampai. Masa untuk bermula dari awal."

Dikompemkan jugak yang Darren Criss (Blaine) dan Harry Shum, Jr (Mike) akan jadi pelakon tetap, maknanya diorang akan muncul dalam setiap episod dalam season 3 nanti. Seb baik ada berita baik gak. So hubungan Sam ngan Mercedes masa episod akhir season 2 hari tu takkan disambung la dalam season 3 nanti ek. Bummer..

Chow!!

Tuesday, June 21, 2011

Plain Drama - Glee Kids Are Actually Graduating

21 Jun 2011 - 6.34 am

Ryan Murphy iaitu pencipta Glee dan merupakan bos kepada Glee, meng'kompem'kan bahawa dia akan berpegang kpd idea asal utk Glee, iaitu budak2 Glee yang sebelum ni merupakan junior, akan jadi senior kat McKinley High School untuk season 3 Glee nanti, dan akhirnya diorang akan graduate!!

Mungkin ade yg akan kecewa (termasuk aku, sebab aku x berapa gemar ngan idea tu) bila dgr berita nih, tapi Ryan kater dia nak buat citer Glee ni nampak masuk akal; budak2 masuk sekolah, dan akhirnya graduate. Simple! Katernyer,

"Season akan datang ni (season 3), budak2 Glee akan berada dalam tahun senior diorg. Dan akhirnya diorang akan graduate. Den taknak la buat citer tak logik pasal budak2 masuk high-school sampai 8 tahun dan tak graduate2. Giler hapa?"

Jadi siapa yang akan menggantikan budak2 Glee tu nanti? Ryan kater lagi,

"Ade beberapa khabar angin yg dah tersebar mengatakan yang separuh dari budak2 Glee tu akan digantikan ngan peserta2 dari The Glee Project, tapi korg jangan la caye benda tu. Tak betol tuuu!!"

Ryan kater lagi yang beberapa orang2 baru akan diperkenalkan masa awal2 season tu nanti, dan lepas tu kat pertengahan season, dan ni termasuk seorang je dari The Glee Project yang akan muncul dalam sekurang2nya 7 episod.

Tambah Ryan lagi, yang akan kekal dalam Glee hanya cikgu2 diorang iaitu Mr Shue, Coach Sue dll.


Aku tak dapat bayangkan Glee tanpa Rachel, Finn, Puck, Santana dan lain2. Mcm dah hilang feel lah! Anyway, let's just enjoy the show while it last. :P

Chow!!

Saturday, June 18, 2011

Plain Cool! - Glee Gets More Writers.


18 Jun 2011 - 12.09 pm

Pada yang minat Glee (mcm aku) dan dah tgk semua episod alam season 2 yang lepas, mesti korang perasan yang ade episod2 yang agak tak best. Bukan agak la, tapi mmg tak best langsong!

Penerbit Glee sedar ttg perkara ni, jadi utk Season 3 nanti, diorang akan masukkan beberapa penulis skrip yang baru utk bekerjasama ngan penulis2 yang sedia ada. Bukan sikit2, tapi 6 orang yang diorang bawak masuk. Antaranya Allison Edler (penulis Chuck dan No Ordinary Family),  Roberto Aguirre-Sacasa (penulis buku Spider-Man : Turn Off The Dark) dan beberapa penulis lain.

Aku harap ngan penambahan penulis2 ni, Glee season 3 nanti akan jd lebih menarik. Tak macam sesetengah episod dalam season 2.

Chow!!

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!