Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Saturday, June 11, 2011

Plain Drama - Project Glee!

11 Jun 2011 - 12.07 pm

Okay Gleeks out there! Pernah dgr tak pasal 'The Glee Project'?


The Glee Project merupakan sebuah rancangan televisyen (lebih kurang mcm realiti show gak) yang bakal disiarkan (kat US je k) bermula 12 Jun 2011 ni. Diumumkan jugak bahawa penerbit eksekutif Glee iaitu Ryan Murphy dan Dante Di Loreto dah setuju utk jd penerbit eksekutif utk The Glee Project ni gak. Pengarah casting Glee iaitu Robert Ulrich juga akan jadi pengarah casting utk The Glee Project.

Siri ni akan mengadili peserta2 dan pemenang akan dimasukkan ke dalam siri Glee.



Ryan Murphy ada cakap gak, yang kalau yang berjaya terpilih utk masuk Glee tu seorang lelaki, mungkin dia akan jadi boyfren Mercedes. *SPOILER*

Berikut merupakan 12 peserta yang akan menyertai siri ni.

 Alex

Age: 18
Hometown: Lynn, MA
Alex dah mula menyanyi sejak dia kecik2 lagi, dan bermula dari sekolah menengah, dia start buat persembahan2 secara amatur. Ayah dia meninggal mase umur dia 6 tahun dan dengan menyanyi dan berlakon mase persembahan2 dapat membantu dia meluahkan perasaan dia. Mase kat sekolah dia byk join koir gereja, koir sekolah, kelab muzik dan costume design. Suara dia sangat besar range nya dan dia mampu menjadi penyanyi utama dalam Glee. Agaknya laaaa..


 Bryce

Age: 22
Hometown: Westlake Village, CA
Bryce dah mula menyanyi sejak dia mula belajar main gitar sendiri pada usia 13 tahun. Mase kat awal persekolah-menengahan (haha!!), dia dapat tahu yang sekolah dia ada jabatan teater, dan sejak tu dia jatuh cinta dgn dunia seni sbb dia rasa selesa. Feels like home gitewwwww... Tapi masa umur dia 15 tahun, dia g bercuti kat Bahamas dan masa dia terjun tiruk (kepala dulu) ke dalam laut, tanpa menyedari yg kat bawah tu ade batu karang, kepala dia tercedera sehingga retak dan leher dia patah. Sepanjang 7 bulan lepas kejadian tu, dia hidup dengan memakai pendakap leher dan berkerusi roda. Kecederaan teruk menyebabkan doktor pun tak pasti yang dia boleh berjalan semula atau tak. Tapi selepas tu dia pulih sepenuhnnya dan sekarang dia belajar kat Berklee College of Music kat Boston, dan dia ambik major dalam Voice (bestnye klu aku dpt study camtu) dengan bantuan biasiswa. Bryuce mampu menyanyi jazz, rap, pop, punk, reggae dan gospel, dan dia juga merupakan seorang mencipta lagu.


 Cameron

Age: 21
Hometown: Fort Worth, TX
Cameron ni seorang yang berbakat semulajadi dalam muzik, yang mana sehingga 6 bulan lepas, dia tak pernah pun ambik apa2 kelas muzik sepanjang hidup dia. Tapi dia ada la buat persembahan2 secara amatur selama 4 tahun. Mase kat sekolah menengah, Cameron dibenci oleh semua pelajar lelaki tapi disukai oleh semua pelajar perempuan. Haha! Dia sgt menyukai kumpulan The Beatles, dan muzik2 dia mmg ada pengaruh kumpulan tu.


Damian

Age: 18
Hometown: Derry City, Northern Ireland
Damian pernah mengikut tour sebuah kumpulan muzik Irish yang digelar Celtic Thunder dan dia telah menyertai persembahan2 diorang sejak dia berumur 14 tahun. Walaupun dia mempunyai tone suara yang lebih rendah berbanding penyanyi2 pop lelaki, Damian merupakan seorang penyanyi yang sangat versatile sebab dia berjaya master bermacam2 stail nyanyian. Dia berasal dari Ireland, dia membawa 'vibe' yang berbeza berbanding dari peserta2 lain dalam rancangan ni.


 Ellis

Age: 19
Hometown: Grayslake, IL
Ellis sebelum ni selalu membuat persembahan secara amatur selama 4 tahun. Oleh sebab dia kurang digemari utk dijadikan kawan masa kat sekolah menengah, Ellis gunakan bakat dia alam teater muzik utk mencari kawan2 yg sekepala ngan dia. Tak banyak yang diberitahu ttg Ellis ni.


 Emily

Age: 22
Hometown: New York, NY
Emily mempunyai pengalaman selama 11 tahun dalam membuat persembahan amatur, termasuk dalam off-Broadway dan kat Las Vegas. Dia bersekolah kat LaGuardia High School, iaitu sebuah sekolah 'fame' kat New York. Personaliti Emily yang menggoda dan agresif menarik perhatian ramai, dan personaliti ni jugak mempengaruhi persembahan2 dia.


 Hannah

Age: 20
Hometown: Charlotte, NC
Seperti yang lain, Hannah juga mempunyai pengalaman dalam persembahan2 amatur selama 6 tahun. Walaupun dia kengkadang rasa self-conscious pasal berat badan dia, dia gunakan sifat lawak dia utk mengatasi perasaan negatif tu. Selain berbakat besar dalam menyanyi, Hannah jugak leh rap.


 Lindsay

Age: 19
Hometown: Modesto, CA
Lindsay juga mempunyai pengalaman dalam persembahan2 amatur selama 13 tahun. Sejak lahir sehingga dia berumur 6 bulan, Lindsay adalah seorang bayi yang pekak. Namun lepas tu dia sembuh setelah menjalani rawatan. Walaupun dia kurang diterima sebagai seorang penghibur, dia tetap berusaha keras dan dia berpendapat yang dia lebih menumpukan kepada kecantikan dalaman.


 Marissa

Age: 19
Hometown: New York, NY
Marissa pernah muncul dalam iklan komersial dan persembahan2 amatur dan profesional selama lebih 12 tahun. Dia merupakan seorang artis dari segenap sudut; skill dalam menyanyi, berlakon, menari, melukis dan design. 


 Matheus

Age: 20
Hometown: Atlanta, GA
Berasal dari Brazil, Matheus berpindah ke US 8 tahun lepas untuk berjumpa doktor dalam menyelesaikan masalah ketinggian dia iaitu 4'9" (150cm). Tapi doktor cakap takleh buat apa2 sbb dia mmg dilahirkan 'kurang tinggi'. Walaupun mase baru pindah tu dia langsung tak tau ckp English, dia tetap masuk sekolah 3 hari lepas dia pindah US dan menggunakan kamus, dia master English dalam masa beberapa bulan je. Muzik merupakan peneman dia dalam menempuh cabaran2 hidup. Setelah berjaya mengumpul kekuatan dan tak peduli akan 'ketinggian' dia, Matheus g audition utk Project Glee, dan dia dapat masuk. So ketinggian tak la penting (sangat) ye Matheus.


 McKynleigh

Age: 19
Hometown: Paducah, KY
McKynleigh mempunyai pengalaman dalam persembahan2 amatur selama 13 tahun. Orang di sekeliling dia selalu terkejut dgn kebolehan dia menyanyikan lagu2 country. Dia bersekolah kat rumah, dan sejak kecik dia mmg nak masuk show-choir, tapi sampai sekarang tak berpeluang. Tapi sekarang, dia dah masuk Project Glee.. :)


Samuel

Age: 19
Hometown: Los Angeles, CA
Samuel bukan saja penyanyi utama dalam band dia, tapi dia jugak pandai main gitar, drum, bass dan piano. Dia seorang yang langsung tak romantik dan langsung tak pandai nak pikat perempuan. Biasanya utk tarik perhatian perempuan  yang dia suka, dia akan menyanyi berbanding bercakap sebab dia mmg tak pandai ngurat, nyanyi je pandai.

Harap2 yang masuk Glee season 3 nanti adalah seorang yg betol2 berbakat, bukan tgk pada rupa je. 

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!