Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Friday, August 26, 2011

Plain Drama - Review Of Ramadhan Terakhir

26 Ogos 2011 - 10.05 am

Setelah aku menonton episod terakhir drama dari slot Samarinda semalam iaitu 'Ramadhan Terakhir', jadi leh la aku bagi review sikit. Review ni berkaitan gak ngan entry aku yang lepas pasal drama yang sama iaitu dalam entry "Plain Drama - Typical....... Typical....... :("


Sebelum apa-apa, elok aku bagi sinopsis dulu tentang apa yang berlaku malam tadi. Sakinah akhirnya meninggal dunia akibat leukemia di pagi raya. Tapi segala pengorbanan dia tak sia-sia sebab sekarang seluruh ahli keluarga Hashim dah berubah. Akhirnya terbongkar yang Sakinah sebenarnya adalah anak kepada Mazni dengan suami pertama dia dulu. Dan ini mengundang persoalan tentang mimpi yang dialami oleh Hashim tentang isteri pertamanya dulu yang mengatakan 'seseorang' akan muncul dan membantu mereka sekeluarga kembali. Pada mulanya Hashim ingat Sakinah adalah 'seseorang' yang dimaksudkan tu, tapi rupanya bukan. Sebenarnya ada seseorang lagi yang masih 'belum' muncul (walaupun drama ni dah sampai episod akhir).

Pada raya tu, Aki (driver diorang) bawa mak dia beraya kat rumah Hashim dan Mazni. Bila mak Aki nampak je Hashim, dia terus teringat yang rupanya Hashim tu adalah orang yang pernah meninggalkan isterinya semasa isterinya sedang sarat mengandung dulu, dan setelah isterinya meninggal dunia, anak yang dilahirkan itu diserahkan kepada mak Aki untuk dijaga. Maka terbongkarlah bahawa Aki sebenarnya adalah anak Hashim dengan isteri pertama dia dulu. Then cerita pun habissssss....

Eh jap, satu lagi. Akhirnya diketahui bahawa Hashim sebenarnya bukan HIV positif. Doktor silap kot.

Secara keseluruhan, aku agak berpuas hati ngan drama ni walaupun kelihatan agak terkejar2 untuk habiskan drama ni sebelum raya. Sesetengah babak agak terburu-buru olahannya, contohnya perubahan Mazni dari watak jahat kepada watak baik berlaku dalam satu episod je. Agak tak logik di situ. Episod terakhir juga menyaksikan pergolakan emosi yang agak meleret-leret, seolah-olah semua emosi nak ditunjukkan dalam satu episod je. Anyway, aku suka cerita ni. Agak menghiburkan walaupun cliche.

Cuma satu yang aku nak komen secara drastik. Dalam entry aku Plain Drama - Typical....... Typical....... :(, aku ada menyatakan yang aku nak tengok sesuatu yang baru dibuat oleh penulis skrip dan pengarah cerita ni dalam mengolah watak HIV+. Tapi sangat-sangat mengecewakan, ianya tidak berlaku. Semua emosi empathic yang penonton kongsi akhirnya sia-sia setelah Hashim akhirnya didiagnos sebagai negatif. Kalau korang baca kat bahagian komen entry aku tu, aku ada komen pasal ni. 


Seperti yang aku katakan dalam komen tu, ianya dah jadi anti-klimaks. Sesetengah penonton betul-betul mengharapkan sesuatu digarap dari idea HIV+, tapi semuanya terkubur bilamana penulis skrip mencari jalan keluar yang agak konservatif dan exemplary. Memang semua mahukan happy ending, tapi sedikit selitan kesedihan yang 'freshly-ground' akan memperkayakan lagi ending cerita ni.

Seperti yang aku katakan dalam entry tu, aku betul-betul mengharapkan sesuatu yang fresh. HIV begitu ditakuti dan distigmakan sehingga adunan skrip dalam drama-drama (bukan drama ini sahaja) tempatan yang berkaitan dengan HIV lebih menjurus kepada sama ada hukuman mati kepada pesakit, ataupun easy-relief iaitu doktor tersalah diagnos. Adakah masyarakat akan tersentak secara parah jika endingnya tidak bersifat judgemental? Mungkin..... Inilah yang ditakuti oleh pengkarya-pengkarya tempatan, iaitu respon penonton terhadap sesuatu yang begitu sensitif. *kecewa*

Walau bagaimanapun, aku terhibur dengan cerita ni. Hanya terhibur. Tiada pengisian ilmu dan suntikan idea yang disuap kepada penonton, yakni penonton tak perlu berfikir secara dalam bagi menghadam emosi. Cuma tonton, dan penonton akan terhibur.

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!