Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, June 12, 2012

Plain Me - How To Make Roll Paper Craft

12 Jun 2012 - 2.46 pm

Sebenarnya aku langsung takde idea untuk update blog, tapi oleh sebab kena paksa oleh havang Kaki Wayang, aku buat gak la satu entry.. Kalau dalam entry yang lepas, aku ada cerita tentang jabatan kitorang nak buat doorgift yang agak spesel untuk Perhimpunan Bulanan nanti, iaitu dalam entry Plain Us - The Awesome Doorgift!

Kali ni, entry masih berkisarkan tentang doorgift tu, tapi aku nak tunjuk macam mana cara nak buat kraftangan nih.. (Betol2 takde idea dah ni)

Mula2, sediakan bahan2nya dulu.. Kita perlukan tepung gandum, garam, gula.... Errrr, silap.. Tu untuk buat cekodok.. Ok, untuk buat paper craft ni kita perlukan kertas berwarna yang dipotong kecil dan panjang, gunting, gam, kertas keras, pembaris dan double-sided tape..

Potong kertas keras mengikut saiz yang korang suker.. Oleh sebab benda ni aku akan letak dalam plastik, so aku potong ikut ukuran plastik ler..

 Letakkan latar yang korang suka.. Tak letak pun takpe, tapi kalau letak lagi menarik kot..

 Latar dah siap, kita sediakan pulak bunga yang nak dilekatkan.. Gulungkan kertas berwarna tadi mengikut saiz yang korang nak.. Hujung kertas tu lekatkan guna double-sided tape.. Kalau guna gam kang lambat kering lak..

 Aku nak buat 7 kelopak bunga, so aku buat la 7 gulungan..

Dah siap gulungan tu, korang shape la ikut kreativiti sendiri.. Aku tekankan bahagian hujung gulungan tu untuk buat kelopak bunga..

 Bila dah di'shape'kan, boleh la start lekatkan kat atas kertas keras tadi.. Ni pun ikut kreativiti sendiri je..

 Bila dah cantumkan ketujuh-tujuh Dragon Ball kelopak tu, jadi la bentuk bunga..

 Letakkan kertas kaler hijau sebagai batang/tangkai.. Nak letak kaler lain pun ok je kot..
 Untuk daun pula, aku guna teknik gulungan yang sama, cuma aku tekankan satu bahagian je.. So nampak la macam daun sket..

 Kemudian boleh la tambahkan hiasan2 lain kat background mengikut kreativiti korang..

 Aku letakkan outline (lukis guna pen) kat bahagian luar background tu.. Nampak menyerlah sket..

 Lepas tu, masukkan dalam plastik.. Dah siap!!!!

 Ni yang aku dan opismate2 aku dah buat setakat nih.. Seksa wooo nak buat benda alah nih.. Ramai yg give-up separuh jalan.. Hahaha!! 

 Close-up sket..

Close-up lagi.. Santek kan..

So, leh la korang try buat yer.. Benda ni tak susah, cuma perlukan sedikit kreativiti dan BANYAK kesabaran.. Huhuhu~~~

Chow!!
.

4 comments:

Kaki Wayang said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ader pla paksa..5 tajuk sehari ok...

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Kaki Wayang : kira paksa letewww.. siap kena update 5 entry sehari.. buruh paksa sangatzzz!! Tau la pegawai aka bos..

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cantikkk sangats!

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Anonymous : Terimas Kasihssss!!

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!