Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Thursday, June 14, 2012

Plain 'Ilmu' - Kenapa Insurans Konvensional Tak Sesuai Untuk Muslim?

14 Jun 2012 - 8.03 am

Semalam masa keluar makan ngan Aiman aka Backstreet Back, kami telah membincangkan satu topik yang agak serius.. Huhuhu.. Dari situ aku dapat lihat, pengetahuan masyarakat Islam Malaysia tentang insurans/takaful masih di tahap rendah.. Jadi dengan ini, aku nak berkongsi apa yang aku tahu tentang insurans/Takaful ni dengan pembaca.. Lagipun aku pernah kerja kat Syarikat Takaful Malaysia Berhad selama 5 tahun, so nak kongsi la serba sedikit yang aku tau.. Cerita tentang aku kerja kat Takaful tu ade kat dalam entry Plain Memories - Passed Past... (1).

*Sori yer kalau entry kali ni agak dry (membosankan). Aku akan cuba buat jadi tak bosan la ek.. Kalau bosan jugak, korang tido je la..*

First sekali, kita tengok dulu, kenapa Takaful diwujudkan? Agak2 kenapa? Pernah dengar tak dulu, kecoh satu Malaysia tentang status HALAL insurans? Pernah heboh dulu kan pasal hukum menyertai insurans adalah HARAM.. Tapi, kenapa HARAM? Kenapa? Sebabnya, insurans konvensional mempunyai 3 unsur berikut :

1. Maisir - Judi
2. Gharar - Tak jelas
3. Riba' - Bunga-bunga Cinta

"Eh, macam mane leh ade 3 unsur tu?", tanya mereka dan keluarga-keluarga mereka.. Macam ni :

1. Maisir (Judi)
Contoh, kita beli insurans nyawa (seramnyer dengar perkataan INSURANS NYAWA).. Then setelah 7 bulan kita ambik, kita decide nak batalkan sijil tu.. Masa tu baru sedar yang kalau batalkan sijil bawah setahun, kita takkan dapat balik premium yang kita dah bayar.. Situasinya :

    Situasi - Pemegang polisi BOLEH kehilangan 100% daripada premium yang telah dibayar.

Dengan ni, unsur judi berlaku..

2. Gharar (Tak Jelas)
Ok, contoh bila kita beli insurans konvensional untuk insurans kereta, akan wujud kemungkinan dua situasi :

    Situasi A - Mungkin kereta kita tak mengalami apa2 kemalangan dalam tahun tersebut.
    Situasi B - Mungkin kereta kita akan mengalami kemalangan dalam tahun tersebut.

Unsur gharar wujud sebab jika tidak berlaku sebarang tuntutan, satu pihak iaitu Syarikat insurans akan mendapat semua premium manakala pemegang polisi tidak mendapat sebarang keuntungan. Pemegang polisi juga tidak mengetahui dengan jelas samada akan mendapat bayaran yang dijanjikan, tidak mengetahui kadar bayarannya dan tidak mengetahui masanya untuk mendapat tuntutan pembayaran. So wujud unsur yang tak jelas, sedangkan akad jual-beli dah berlaku.. Gharar yer.. :)

3. Riba' (Bunga)
Ok, terdapat beberapa elemen riba' dalam insurans konvensional.. So aku akan bagi beberapa syontoh (contoh)..

Contoh 1 - Peserta mengambil insurans nyawa (seram jugak) dengan sebuah syarikat insurans.. Lepas 10 tahun bayar, akhirnya sijil pun matang.. Pastu peserta pun dapat balik sebahagian dari premium yang dia dah bayar, BERSERTA duit tambahan! Eh? Mane datangnya duit tambahan tu? Haaaaa!! Sebab premium yang korang bayar akan dilaburkan secara agresif dalam instrumen kewangan (bon & saham) yang menjanjikan pulangan lumayan seperti Magnum & Carlsberg.. So bila saham tu untung, korang pun dapat la jugak duit keuntungan tu.. So bila dah dapat duit dari Magnum (bukan Magnum aiskrim tu yer, tapi Magnum no ekor tu), paham2 je la tahap keHALALan duit tu.. :P

Contoh 2 - Terdapat juga polisi yang menyediakan perkhidmatan Ah Long.. Errr.. Silap.. Perkhidmatan 'Pinjaman Auto Premium'.. Maksudnya, contoh korang dah beli insurans nyawa (seram lagik), dan selepas 4 tahun, tetibe korang nak pakai duit.. Dalam polisi ade sebut yang korang leh keleuarkan duit premium korang, tapi dengan syarat, KENA BAYAR SEMULA DENGAN CAJ!! Ok, caj tu dianggap riba' yer..

Ok, cukup kot untuk kali ni.. Aku pun bukan pandai sangat pun.. Sikit2 aku tau la.. Tu pun dah ingat2 lupa der.. Just setakat perkongsian ilmu je ni.. Sori la kalau ade salah dan silap (dah macam raya lak)..

Chow!!
.



1 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

menginggatkan kembali apa yg telah dilupakan...thanks info yg mudah difahami ^_^

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!