Semalam kecoh satu dunia Malaysia tentang berita kematian pelakon/pelawak terkenal iaitu Osman Kering. Aku pun percaya doe.. Tapi pagi ni masa aku tengok MHI (Malaysia Hari Ini), baru ku tahu yang Osman Kering masih hidup lagi.. Malah keadaannya semakin stabil kat hospital..
Pihak MHI sempat menemubual isteri Osman pagi tadi, dan isteri dia sendiri mengatakan bahawa Osman Kering masih hidup.. Tersentap aku dengar.. Rase macam kena tipu je bila baca berita kematian dia semalam.. *tu la, sape suruh percaya sangat blog2 GAH nih*
Mungkin berikutan kematian Bob Kuman yang secara tiba-tiba selepas beliau dimasukkan ke hospital, ada pihak yang konon2 nak jadi paparazzi terhebat dengan menjadi orang pertama mengumumkan kematian Osman Kering, tanpa menghiraukan sensitiviti keluarga beliau.. Choi betol laaaaaa!!!
Chow!!
.
2 comments:
Blog yg cuba buat cerita 'bodoh' dan fitnah tu la yang di angkat jadi blog terbaik oleh Digi..
Orang hidup di katakan dah mati...
@eqbalzack : tak perlu kot nak meraih populariti sangat sampai buat cerita fitnah.. Entah2 esok dia buat lak citer Dato' Siti lak meninggal.. Choiiii betol laaaaa!!!
Post a Comment