Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Showing posts with label zul ariffin. Show all posts
Showing posts with label zul ariffin. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Plain Drama - Nora Elena Ep 24 (Final Episode)


16 Jun 2011 - 8.13 pm

Ok, kali ni aku nak buat review yang terperinci sket sebab ni episod last Nora Elena. Lepas ni mungkin aku takde buat review utk drama lain lak sebab aku ni bukannya jenis rajin nak layan drama. :)

Scene mula kat hospital, dan Seth masih kat hospital ngan Elena sebab dia risau pasal ugutan Yvonne tu. Sambil tu dia jugak tunggu kedatangan Amir utk bincang pasal ugutan tu. Walaupun Elena suruh Seth balik, tapi Seth tetap taknak. Beberapa ketika lepas tu, Yvonne lak tetibe datang kat hospital tu. Dia tanya kat receptionist nombor bilik wad Elena dan lepas receptionist tu bagitau, Yvonne terus ke lif. Tapi masa nak sampai kat lif, Yvonne ternampak Amir yang pada masa tu nak masuk lif jugak, so Yvonne terus tak jadi nak gi bilik Elena. Yvonne pun terus tinggalkan hospital tu.

Amir pulak terus ke bilik Elena utk jumpa Seth, tapi sebab dia datang agak lambat, Seth dah tido la pulak. Jadi dia pun jumpa Elena je dan borak2 kosong. Kosong tak kosong gak la. Amir ckp yang dia sedar kedudukan dia sekarang. Dia sedar betapa dalamnya cinta Seth kat Elena dan dia takkan cuba luahkan perasaan dia kat Elena lagi. Dia juga mintak Elena utk maafkan kesalahan Seth yang Seth pernah buat pada Elena dulu.

Wednesday, June 15, 2011

Plain Drama - Nora Elena Ep 23


15 Jun 2011 - 8.32 pm

Tak perlu intro, review Nora Elena hari ni :

Rupanya apa yg Elena nampak dlm kereta Seth semalam tu ialah undergarment Yvonne.. Kaler purple lagi kaooo!! Seth tak tau macam mana benda tu leh ada dalam kereta dia dan cuba explain kat Elena. Lepas marah Seth, Elena terus jmpe Yvonne dan pulangkan lipstik Yvonne yg dia jumpa kat sofa rumah dia dulu, dan suruh Yvonne g ambik lagi satu benda yang dia tertinggal kat dalam kereta Seth..

Seth masuk ofis dan terus marah kat Yvonne, dan suruh Yvonne ambik benda yg Yvonne tinggalkan kat kereta dia.. Skrg Seth dh tau yg Yvonne mmg cuba nak hancurkan rumahtangga dia.. Akhirnya Yvonne mengaku yg dia buat semua tu sebab dia cintakan Seth. Seth tak boleh terima dan dia mintak Yvonne resign walaupun Yvonne merayu2. Yvonne even cakap yg Elena tak cintakan Seth, dan Elena hanya nakkan harta Seth.

Tuesday, June 14, 2011

Plain Drama - Nora Elena Ep 22


14 Jun 2011 - 8.06 pm

Ok, nak sambung rutin harian iaitu review Nora Elena.

Elena mintak maaf kat Amir sbb dia tuduh Amir yang rogol dia. Tapi Elena tak bagitau Amir siapa yg rogol dia sebenarnya.

Kat rumah Seth, Yvonne masih berdegil nak terus urut Seth, tapi Seth tak bagi. Seth pun suruh dia balik.

Lepas tu Amir hantar Elena balik rumah Adilla. Mase tu tetiba Elena dapat call dari Nilawati, psl apa tah, tapi mcm urgent je. So Elena masuk balik kereta Amir dan diorg pun g rumah Nilawati. Tapi diorang tak sedar yang Seth ikut diorang. Tiba2 kereta Amir lak rosak, dan mase Amir tgh nak ambik torch light dan kelihatam mcm sesuatu sangat posisi diorg, Seth serang diorang. Oleh sbb Amir ni polis, jadi dia dapat counter balik serangan Seth dan diorg jelaskan la kat Seth ttg kereta Amir yg rosak tu. So bila Seth dah reda, diorg pun g rumah Nilawati sama2..

Monday, June 13, 2011

Plain Drama - Nora Elena Ep 21

13 Jun 2011 - 8.02 pm

Macam biasa, aku nak buat review sket psl Nora Elena yang baru disiarkan tadi.

Mgu lepas ada tunjuk Elena jumpa rantai dia yg hilang masa dia kena rogol dulu.. Rantai tu dia jumpa dalam simpanan Seth.. Jadi sekarang Elena tau orang yg rogol dia dulu adalah........ Seth Tan.

Seth pulak kat mane tah, tgh belek2 pic Elena dr dlm hp dia.. Wow! BlackBerry kaler putih kaooo!! Pic yg dia belek tu ialah pic Elena ngan Amir.. So dia pun jeles sesangat.. Then esoknya, Seth pun balik ke rumah dari outstation ke hapa tah.. Sampai je kat rumah, Elena paksa Seth bgtau hal sebenar ttg rantai yg dia jumpa tu, dan Seth pun mengaku dan ceritakan hal sebenar..

Thursday, June 9, 2011

Plain Drama - Nora Elena Ep 20


9 Jun 2011 - 8.52 pm

"Seth Tan. Lelaki ini hatinya di bibir. Bait katanya dihiasi penuh dengan bicara indah, seperti angin yang berhembus lembut. Perlakuannya gaya seorang suami mithali. Kasihnya tepu untuk isterinya yang satu."  
- Petikan dari sebuah blog yang me'review' novel Kasih Yang Suci.

Sambungan dari episod semalam :

Masih kat acara makan2 kat rumah Seth dan Elena.. Rupa2nya yang muka Elena berubah mase bukak gift basket tu sbb dalam basket tu ade arak.. Yvonne bawak utk bg kat Seth.. Terus Elena marah giler2 kat Seth.. Walaupun Seth mmg dh ckp yg dia tak minum, tp Elena ttp x caye.. Mase gaduh2 tu, Seth terlanggar arak yg Yvonne bawak tu smpi jatuh dan pecah.. Yvonne lak senyum je sbb rancangan dia utk buat Seth ngan Elena bergaduh dah berjaya lagi..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!