15 Jun 2011 - 8.32 pm
Tak perlu intro, review Nora Elena hari ni :
Rupanya apa yg Elena nampak dlm kereta Seth semalam tu ialah undergarment Yvonne.. Kaler purple lagi kaooo!! Seth tak tau macam mana benda tu leh ada dalam kereta dia dan cuba explain kat Elena. Lepas marah Seth, Elena terus jmpe Yvonne dan pulangkan lipstik Yvonne yg dia jumpa kat sofa rumah dia dulu, dan suruh Yvonne g ambik lagi satu benda yang dia tertinggal kat dalam kereta Seth..
Seth masuk ofis dan terus marah kat Yvonne, dan suruh Yvonne ambik benda yg Yvonne tinggalkan kat kereta dia.. Skrg Seth dh tau yg Yvonne mmg cuba nak hancurkan rumahtangga dia.. Akhirnya Yvonne mengaku yg dia buat semua tu sebab dia cintakan Seth. Seth tak boleh terima dan dia mintak Yvonne resign walaupun Yvonne merayu2. Yvonne even cakap yg Elena tak cintakan Seth, dan Elena hanya nakkan harta Seth.
Kat opis lak, Elena makin benci kat Seth sbb dia ingat Seth buat maksiat dan minum arak kat belakang dia, padahal semua tu adalah fitnah yg ditabur oleh Yvonne selama ni. Kat opis Seth lak, Yvonne menangis2 sambil kemas barang2 dia, dan bila Malik tanya, Yvonne jwb Elena yg paksa Seth pecat dia. Dia siap ckp yg Elena kawen ngan Seth sebab harta dia. Malik pun termakan la kata2 Yvonne.
Kat hospital lak (masa checkup Nilawati), Elena, Amir ngan Nilawati akhirnya dah cukup bukti utk dakwa Khairul. Amir cakap, ada orang yg dah sponsor peguam yg bagus utk Nilawati. Tapi bila Elena ngan Nilawati tanya siapa org tu, Amir tak bagitau. Mase Amir gi toilet, Seth call Elena, tapi Elena marah2 kat Seth. Rupa2nya Amir dgr apa yg Elena cakap masa marah2 kat Seth tu. Watak2 dalam citer ni mmg suka bersembunyi kat belakang tiang kannnn..
Kat rumah Seth lak, Seth, mak mentua dan bapak mentua dia solat berjemaah. Lepas solat, mak mentua dia pesan kat Seth yg kalau Seth dah taknak jaga Elena, pulangkan balik kat ibu bapa dia. Tapi Seth janji akan jaga Elena sampai hujung nyawa dia. Mase tu Elena pun baru balik dari rumah Adilla, dan masa diorang dah klat dalam bilik, Elena ckp Seth cuma berlakon je depan mak bapak dia.
Dalam bilik diorg, diorg masih terus bergaduh (well, lebih kpd Elena yg marah2, Seth ckp elok2 je) dan Elena pulangkan balik duit hantaran yg Seth bagi dulu. Seth dah ckp yg apa yg berlaku psl Yvonne tu semuanya rancangan Yvonne, tapi Elena masih tak percaya. Elena salahkan Seth sbb tak terus terang awal2 pasal kes rogol tu. Seth cuba mintak maaf sbb tak bgtau awal2, tapi Elena masih taknak dgr dan terus keluar dari bilik.. Iklan la pulak.
Akhirnya sampai la hari ibubapa Elena balik kampung. Seth sedih sbb dia tau Elena akan keluar dari rumah lepas mak bapak dia balik. Lepas diorg balik, Seth mintak Elena duduk kat rumah tu dgn dia, at least sampai anak diorang lahir. Elena ckp yg dia benci dgn benih dari keturunan hina. Kalau tak kerana hukum agama, dia nak gugurkan anak tu. Elena masih duduk ngan Seth lepas tu, dan lepas beberapa hari, Elena pengsan dan Seth bwk dia gi hospital. Doktor ckp Elena pengsan sbb dia stress sangat. Lepas Elena sedar, Elena mintak kat Seth supaya jgn bgtau mak bapak dia.
Mase Seth kat opis, dia terima surat dari Khairul yg mengatakan Khairul dah batalkan semua projek dia ngan Seth, dan Seth rugi RM2juta. Masa Seth bincang pasal tu ngan Amir kat hospital, Elena terdengar perbualan diorg. Elena pun akhirnya tau yg Seth yg sponsor kos peguam dan perubatan Nilawati. Amir juga tanya psl kes Yvonne, sbb Amir pun tau psl kes Yvonne fitnahkan Seth tu.
Malik lak sibuk chat ngan Eid, bgtau psl cerita2 yg Yvonne dh bgtau kt dia. So apa yg dia bgtau kat Eid tu semua tak betul. Masa kwn opis Malik ajak dia g melawat Elena pun, Malik taknak gi.
Then ade scene2 kat hospital tanpa dialog, tunjuk Seth yang tunggu Elena siang malam, sampai solat pun kat dalam bilik Elena kat hospital tu. Just ada muzik latar je. Tapi aku suka la pulak lagu utk muzik latar tu. Mcm best lak.
Masa Malik gi tgk wayang ngan Lin (kwn opis diorg yg baru), diorg ternampak Yvonne yg tgh mabuk. Mase diorg bwk Yvonne yg dlm keadaan mabuk tu, Yvonne secara tak sengaja dh luahkan semua fitnah yg dia dh buat kat Seth dan Elena. Jadi esoknya Malik bagitau kat Seth dan Elena. Dan akhirnya Malik bagitau gak yang Yvonne ada cakap yg dia nak bunuh Elena.... Bersambung lagi der....
0 comments:
Post a Comment