Agak lama jugak aku tak buat review tentang filem. Tapi lepas aku habis menonton sebuah filem yang dah lama keluar kat US, tapi tak keluar kat Malaysia (rasenyer) iaitu 'Limitless', tetiber aku rasa macam nak buat review pulak. Tapi oleh sebab malam tadi aku dah ngantok yang amat, so aku tak buat review ni sejurus selepas movie tu habis. Sekarang baru buat. Now, jom tengok apa yang aku (yang takde ilmu pasal industri filem ni) boleh rumuskan setelah menonton filem ni.
Okay, aku akan cerita sikit tentang sinopsis movie yang serius aku tak pernah dengar sebelum ni nih. Filem ni berkisarkan tentang seorang penulis bernama Eddie Morra (Bradley Cooper) yang mengalami keadaan dimana dia tak dapat nak hasilkan apa-apa idea untuk bukunya (writer's block). kemudian Eddie terjumpa adik bekas isteri dia, dan dia diberikan sebijik pil yang bernama NZT, yang dipercayai boleh meningkatkan keupayaan manusia dalam menggunakan 100% fungsi otak. Setelah mengambil pil tersebut, Eddie pun mula mendapat idea untuk bukunya, dan tambahan lagi, otaknya yang berfungsi 100% digunakan sebaik mungkin dengan menjadi genius kat Wall Street, tetiber pandai berlawan, dan akhirnya membantu seorang jutawan Carl van Loon (Robert De Niro) dalam melakukan merge perniagaan terbesar dalam sejarah manusia, dan semua ni dilakukan dengan bantuan pengambilan NZT secara harian.
Namun rupanya ada orang yang tahu kewujudan NZT dan nakkan pil jadah tu, so berlaku la adegan kejar-mengejar, bunuh-membunuh, rumah kena pecah dan gaduh ala2 Bruce Lee (seriously?). Dan akhirnya Eddie berjaya mengharungi semuanya dan sekarang dia bertanding untuk jadi Presiden, tapi penonton dikelirukan sama ada Eddie masih mengambil NZT atau tidak. Habisssss.....
Masa mula2 aku tengok filem ni, aku agak teruja dengan idea yang dengan mengambil pil, mampu meningkatkan kapasiti otak sehingga 100%, ditambah pulak dengan tajuk filem ni sendiri. Aku bayangkan mungkin sesuatu yang besar akan terjadi, contohnya protagonis menggunakan kebolehannya dalam mencari ubat bagi merawat penyakit yang tak boleh diubati, ataupun berjaya menyelesaikan perkara-perkara yang sebelum ni misteri, memperoleh kuasa ESP dengan penggunaan otak secara menyeluruh dan macam2 lagi. Tapi aku agak kecewa bila filem ni menjadi drama Samarinda, iaitu melencong ke arah korporat.
Memang babak Eddie berjaya mendapat hasil jutaan dollar dalam masa seminggu melalui Wall Street tu sangat memberangsangkan, tapi tak ke ini menjadikan skop filem ni shallow? Limitless seakan-akan menjadi limited, dengan Eddie terperangkap dalam dunia korporat dan dari situ, plot filem ni jadi flat. Tapi mungkin tu cara pemikiran Barat, di mana money comes before everything else.
Lagi satu, aku rasa percubaan pengarah dalam memasukkan penonton dalam dunia 'otak laju' Eddie agak gagal, sebab memang aku tak rasa pun apa yang pengarah nak cuba buat aku rasa. Dengan bantuan CGI semasa huruf2 jatuh tatkala Eddie sedang menulis bukunya, then ade 3 orang Eddie mengemas rumah dalam masa yang sama, lepas tu ada pulak scene pandangan mata Eddie yang menerobos ke segenap Manhattan dalam masa beberapa saat je, I mean, what was that all about?
Pada permulaan cerita, scene menunjukkan Eddie nak terjun tingkap dari bangunan tinggi, kemudian berlaku flashback, dan setelah nak sampai ke babak nak terjun tu semula, sebenarnya aku ada sedikit mengharap yang Eddie akan betul2 terjun. Bukan apa, sekurang-kurangnya ada sense of humanity iaitu pertama, Mana mungkin seorang manusia biasa mampu mengawal otak yang berfungsi 100% dan tekanan ni boleh membuatkan Eddie jadi hilang akal. Kedua, cerita ni pasal dadah kan. So kalau Eddie terjun, ada la satu ending yang walaupun klise, tapi terdapat mesej yang baik iaitu dadah tak elok untuk kesihatan. Tapi Eddie tak terjun occayyy~~~~
Akhirnya setelah semua orang jahat berjaya ditumpaskan, Eddie pun bertanding untuk jadi Presiden US. Okay, kenapa nak jadi presiden yer? Aku memang tak rasa logik, bilamana seseorang yang dikatakan mampu untuk buat apa saja, akhirnya nak menjadi tumpuan ramai dan hidup dalam keadaan terkawal dengan menjadi presiden. Keadaan ni seolah-olah bercanggah dengan identiti Eddie yang melompat dari satu kerja ke satu kerja yang lain dalam masa seminggu, menunjukkan dia seorang yang cepat bosan dengan sesuatu yang statik dan rutin. Eddie juga ada cakap, bila dia ambil pil NZT tu, dia kena terus bergerak dan berfikir, kalau tak dia akan crash. Adakah dengan menjadi presiden US, dia mampu terus bergerak? Tapi kemudian penonton dikelirukan dengan skrip,
"See, once you know what's in it, you can tweak it, re-engineer it. Get the bugs out. Taper off."
"I'm off it, Carl."
"I'm off it, Carl."
Sama ada Eddie dah betul-betul berjaya menghilangkan kesan negatif dadah tu, atau dia dah tak ambil dadah tu. Sesungguhnya aku tak suka penamat macam ni yer. Oh, lupa lak nak bagitau. Antara kesan negatif NZT ialah pengsan, masa berlalu terlalu cepat, pening, cepat tua, cepat mati dan lain-lain.
Anyway, aku agak enjoy la masa menonton filem nih. Tak terlalu berat untuk aku yang agak mengantuk malam tadi. Berapa bintang? Err, aku tak layak kot untuk bagi bintang. Mintak bintang dari orang lain k. Hehe..
Chow!!
4 comments:
mesti best ni kan...dah lama tak g nonton
@eddy syrol ok je nak layan..
In Time pon besh !!!! btw.. macam mana nak wat komen @ tu ek?? dh try wat.. tp x jd.. sob sob sob
@ed shokolath In Time tu movie gak ke?
nak reply comment tu, kena gi sini ----> http://www.spiceupyourblog.com/2010/03/reply-button-option-blogger-comments.html
Post a Comment