11 April 2011 - 11.11 pm (Nice number, huh!)
Pada minggu lepas, aku dipelawa oleh kawan aku kat KL untuk menyertai satu kelas yang dianjurkan oleh Yayasan Kesenian Kebangsaan (The National Conservatory of Arts) kat 333, Persiaran Ritchie Off Jalan Ritchie, KL. Tapi post ni bukan utk aku ceritakan ttg kelas tu, tapi sesuatu yang lain.
Jadi setelah menerima pelawaan kawan aku tu, pada Sabtu lepas (9 April) aku pun bertolak ke KL. Oleh kerana aku dikehendaki utk bawa gitar untuk kelas tu, jadi aku pun singgah dulu kat rumah Azri untuk pinjam gitar yang dia pinjam dari Ajip dan setelah dapat gitar, aku pun bertolak ke KL dalam pukul 10.30 am..
Macam biasa, kalau aku g KL, aku akan bawak kereta sampai ke Stesen Komuter Seremban, parking kat situ dan aku akan naik komuter ke KL. Jadi dalam pukul 1 tengah hari tu, aku pun sampai kat stesen komuter Seremban. Haaaa!! Ni yang aku nak citer ni... Ceciter!! Ceciter!!
Sampai je kat tempat ambik kupon parking tu, aku mula rasa sentap! Sebab apa? Sebab ada orang yang baeeekkkk punya landing parking kat betul2 depan mesin kupon tu. Kereta dia walaupun tak sebesar kereta kebal, tapi cukup untuk membuatkan orang susah nak masuk ke kawasan parking tu. Sedangkan kereta aku yang comel tu pun dah susah nak masuk, inikan pula kalau ade kereta yang kurang comel nak masuk. Tak ke menyusahkan orang? Ni la kereta tu :
Ape la logik yang dia guna tah yang membuatkan dia fikir dia boleh parking kat situ tah.. Kite bakorrr!!
Aku ingatkan bila aku dah lepas kete mangkok tu, dah lepas bala. Tapi rupa-rupanya, hari tu merupakan Hari Parking Suka Hati Sedunia! Tengok je la gambar-gambar nih :
Tak ke bengong parking camtu? Sebenarnye banyak lagi kereta2 yang parking ikut suka hati mak bapak diorg je, tapi aku tak kuasa nak snap gambar2 kereta2 itewwww, sebab mereka bukan artis pown.. Lagipun mase tu aku nak kejar tren, so terpaksa berlari2 anak sambil jadi paparazzi tak bergaji..
Mungkin korang akan terfikir, mungkin orang2 yang parking macam tu dah takde pilihan lain sebab parking penuh, tapi bila aku masuk belakang sikit (tempat aku park kereta aku), macam ni la keadaan parkingnya :
Kan ade berjuta2 lemon parking kosong tu? Nampak sangat yang parking macam haram tu sebenarnya malas nak jalan jauh sikit untuk parking kat area belakang nih. Keji laaaa!!!!!
Chow!!
1 comments:
[...] Severely Scarred Civic… [...]
Post a Comment