Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, April 5, 2011

Plain Flattering - When people ask me how old i am, I'd say 'GUESS'......

5 April 2011 - 12.25 pm

Salam.

Aku cukup suka bila orang teka umur aku, dia sebut umur yang jauh lebih muda dari umur aku yang sebenar. Huhu.

Situasi 1 :

Masa aku balik kampung awal tahun ni sebab pakcik aku meninggal, aku balik ngan seluruh family aku iaitu ayah aku, mak aku, adik lelaki aku (23 thn), adik perempuan aku (26 thn) & suami dia, adik perempuan aku yg lagi 2 orang, 15 thn & 4 thn. Kitorg naik 2 kereta sebab tak muat.

Sebelum sampai kat kampung, kitorg singgah kat kedai makan sebab masing2 lapar tahap barai. Masa tengah makan2 tu, makcik tauke kedai tu peramah lak, dan start borak2 ngan mak n abah aku. Pastu dia start tanya pasal adik-beradik kitorg. Bila dia tanya siapa anak sulung dan mak aku tunjuk kat aku, makcik tu terkejut. Dia ingat adik ipar aku tu yg sulung, adik perempuan aku no. 2, adik lelaki aku no. 3 dan aku no. 4! Hahaha! Aku cukup rase seronok sebab makcik tu ingat aku lebih muda dari adik aku yg beza umurnya ngan aku ialah sebanyak 7 tahun! :)



Situasi 2 :

Masih hari yang sama, tapi masa ni kitorg dah sampai kampung. Masa tu ramai orang kat umah arwah, terdiri dari keluarga dan jiran2. Aku ni mmg feymes dlm family aku sebagai seorang yang paling liat nak balik kampung. Aku rase dah 5 tahun aku tak balik kampung kot. Haha! Derhaka sangat! Tp nenek aku selalu jenguk kitorg kat rumah kitorg, so dia mmg dah cam aku. Cuma sedara2 aku yang lain je yang x berapa cam aku.

Jadi mase aku melangkah masuk ke rumah tu ngan adik2 aku, sedara2 aku nampak pelik. Diorg tak cam aku, jadi diorg tak dapat bezakan aku ngan adik lelaki aku. So diorg pun panggil aku guna nama adik aku, dan panggil adik aku guna nama aku. Family aku gelak je mase tu. Last2 kitorg pun bgtau yg diorg dah salah orang. Last2 aku yg kena kutuk balik sebab dah lama tak balik kampung, so diorg tak dapat cam. Iyo lah tu.. Dah salah orang, nak cover2 lak. Tapi mmg jelas kelihatan yang diorg mcm tak percaya aku kelihatan jauh lebih muda dari adik aku. Serius tak tipoooo!!

Aku rasa betol la kot bila orang kata yang aku nampak muda, tak macam usia aku yang akan menjangkau 30 thn pada 29 September 2011 ni.. Takde rahsia apa2 pun, just aku pakai produk2 utk melindungi kulit je.. Antaranya :

1. L'Oreal Menexpert Hydra Energetic Skin Awakening Cleansing Gel


Aku pakai ni lepas bangun tidur, untuk menyegarkan muka dan mencuci moisturizer/night cream yang aku pakai pada malam sebelumnya.

2. L'Oreal Menexpert White Activ Brightening Foam


Yang ni aku pakai selepas aku pakai Skin Awakening tadi. Tujuannya? Takkan tu pun nak tanya. Segan aku nak jawab.

3. L'Oreal Menexpert Pure & Matte Pore Minimising Matifying Toner


Biasa la, selepas cuci muka, kena apply toner untuk buang sel kulit mati & tutup liang2 roma di kulit. Ramai orang yang salah cara penggunaan toner. Cara yang betul macam ni. Mula2, letak toner pada tisu lembab/kapas dan tepekkan pada seluruh muka. Biar sekejap. Lepas tu, letak toner kat tisu lagi, dan sental muka dengan perlahan. Macam tu baru dapat bersihkan sel2 mati.

4. L'Oreal Menexpert White Activ Oil Control Moisturizing Gel Cream / Pure & Matte Anti-Regreasing Moisturizing Gel


Aku tak pakai dua2 serentak, tapi aku akan pakai bergantung pada cuaca hari tu. Kalau cuaca kurang panas, aku akan pakai White Activ sebab kulit aku akan kurang berminyak. Walaupun namanya oil control, tapi kalau aku pakai masa cuaca panas, memang ia tak dapat halang minyak kat muka. Kalu cuaca panas, aku akan pakai pure & matte utk mengurangkan minyak secara efektif.

5. L'Oreal Menexpert White Active 360 Turnaround Whitening SPF 20 / Hydra Energetic Anti-Dullness Moisturizing Gel Cream With Vitamin C


Yang ni aku akan pakai selepas aku pakai yang no. 4 tadi, juga mengikut cuaca. Aku jarang pakai yang White Activ sebab ianya sangat berminyak. Hanya pada hari yang betul2 kering dan sejuk, baru aku pakai. Yang Hydra Energetic, aku pakai hampir setiap hari sebab ada Vitamin C.

6. L'Oreal Menexpert White Activ Brightening Clay Scrub


Yang ni aku guna lepas balik kerja. Selain tugasnya sbg White Activ, aku guna benda ni sebab dia ada rasa2 kasar pada kulit masa digunakan, so aku guna juga untuk membersihkan muka dari kotoran dan dari moisturizer2 yang aku pakai siang tadi. Lepas pakai ni, jangan lupa letak toner tadi yer..

7. L'Oreal Menexpert Vita Lift Revitalizing Foam.


Yang ni pula aku guna sebelum tidur. Biasa la, bila hidup bujang, malam2 mesti keluar makan. Lepak kat tempat ntah mana2, pastu bawak kotoran balik rumah. So ni sebagai pencuci sebelum tidur, sebab masa tidur kulit kita paling aktif, jadi perlu pastikan kulit bersih sebelum tidur.

8. L'Oreal Menexpert Vita Lift Intense Double Action retightening Moisturizer Anti Sagging & Anti Wrinkle


Dan yang terakhir sekali sebelum tidur, aku akan pakai yang ni. Sepatutnya ni untuk dipakai pada waktu siang, tapi oleh sebab ia menyebabkan kulit aku berminyak, so aku pakai masa tidur je, sebagai night cream. Lagipun masa tidur kulit kita aktif menyerap, jadi sesuai la dipakai sebagai anti-aging agent.

So, inilah saja yang aku guna selama ni. dah bertahun gak la. Lagi satu yang aku suka pasal produk2 L'Oreal Menexpert ni, ianya tak terlalu mahal. Paling mahal pun yang no. 8 tu. Tu pun tak sampai RM50. Dalam RM45++. Sesuai la ngan aku yang tak berapa nak kaya ni.

Chow!

4 comments:

zieta mazita said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hikhikhik...tau takpe...kalau tak ckp umo yazid ni brp,,ita agak2 dlm 24 kot=)

zieta mazita said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

p/s : yazid,..bru ita tau cara nak guna toner betul2 mcm ni=)

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

24 ke? mudanyaaa la hai aku nehhh!!!

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hehehe.. Tu la.. Dulu Yazid lagi teruk.. sapu je toner tu kat muka.. dah mcm pakai moisturizer lak..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!