Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Saturday, April 30, 2011

Plain Hobby - Manga-fied Soul!

29 April 2011 - 9.21 pm

Dah agak lama aku tak update blog nih.. Sorry kat kengkawan yg tunggu (takde siapa menunggu la yazid oiii!!) post2 terbaru dari aku.. Jadi kali ni aku nak post sesuatu yg santai2 je.. Lgpun aku takde Astro, so mmg tak dpt la nak layan Maharaja Lawak, so hapdet blog jer laaaaaaa...

Aku yakin kalau korang dalam era aku (yang lahir dalam era 80-an), sure korang melalui benda yang sama yang aku lalui dulu; iaitu sangat suke membaca Manga.. Huhuhuhu..

Bagi yang tak tau, Manga adalah genre komik yang berasal Jepun.. Ala, yang komik2 mata besar, mulut kecik, rambut over, body mantap tuuuu.. Kalau tengok lukisan2 aku dalam album Sketch kat FB tu pun, banyak dipengaruhi unsur2 manga..

Pada kawan2 sekolah aku dulu, mesti korang ingat yg kita selalu tukar2 komik yg dibawa secara haram ke sekolah kan.. baca mase cikgu takde (tapi ade gak yg baca mase cikgu tgh mengajar).. Yg paling aku ingat, Ming Fooi ngan Murugan siap bawak video tape (zaman sebelum kemunculan VCD) anime2 ke sekolah utk tukar2.. Aku lak tukar2 komik manga ngan Hairul, Epen, Su, Ikhwan, Mizan, Daus dan beberapa kwn2 laen..


Tapi kat sini aku bukan nak citer psl kisah2 baca manga masa sekolah dulu, tapi just nak share manga2 yang aku paling suka baca. Berikut ni adalah top 5 manga yang paling aku suka :

1. Liar Game

Kanzaki Nao merupakan seorang gadis jujur yang pada suatu hari telah menerima wang berjumlah seratus juta yen, bersama-sama dengan kad yang menyatakan yang beliau telah terpilih untuk menyertai sebuah permainan bernama 'Liar Game'. Tujuan utama permainan tu diwujudkan ialah untuk menipu pemain dan membuatkan pemain berhutang seratus juta yen dengan pengasas permainan tu. Sesiapa yang memenangi permainan tu, akan menerima wang yang mereka terima itu iaitu sebanyak seratus juta yen, manakala yang kalah akan berhutang sebanyak seratus juta yen kepada pengasas permainan. Lawan pertama Kanzaki ialah cikgunya sendiri, dan mereka diberikan sejenis permainan untuk dimainkan. Oleh kerana bimbangkan keselamatan dirinya dan cikgunya, Kanzaki telah berpakat dengan cikgunya untuk tidak berlawan sesama sendiri, supaya mereka seri dalam permainan itu. Tapi cikgu Kanzaki telah mengkhianatinya dan cikgunya menang pusingan pertama itu. Jadi Kanzaki dengan itu telah berhutang sebanyak seratus juta yen kepada pengasas permainan. Untuk melepaskan dirinya dari hutang tu, Kanzaki terpaksa meneruskan permainan ke pusingan seterusnya. Tapi dia bernasib baik kerana telah menerima pertolongan dari kaki putar belit, Akiyama Shinichi.

Aku sangat sangat sangat sangat suka manga ni sebab permainan2 yang dibuat sangat mencabar minda. Semua permainan tu memerlukan pemain2 untuk menipu pemain2 lain untuk menang. Tapi Kanzaki Nao yang jujur tu telah memberikan impak yang besar pada permainan tu sebab dia tak suka menipu. Mmg layan abessss.. Tapi manga ni terhenti di pertengahan jalan. Tak tau nape.. Pelukis dia mati kot.. :P

2. Yuyu Hakusho

Yuyu Hakusho menceritakan tentang Yuusuke Urameshi, seorang budak yang suka bergaduh kat sekolah. Pada suatu hari, Yuusuke cuba menyelamatkan seorang budak yang hampir dilanggar kereta dengan menolak budak itu ke tepi. Tapi malangnya, Yuusuke yang menjadi mangsa kemalangan, dan dia mati di tempat kejadian. Setelah masuk ke alam kematian, Yuusuke bertemu dgn Botan, seorang perempuan yang bertugas sebagai guide roh2 ke alam 'Underworld'. Tapi oleh kerana kematian Yuusuke adalah secara tiba-tiba, mereka tak cukup tempat untuk menempatkan Yuusuke. Setelah diuji dgn bermacam2 ujian, akhirnya Yuusuke dihidupkan kembali dan beliau dilantik sebagai 'Detektif Alam Ghaib'. Yuusuke menerima kekuatan luar biasa dan beliau ditugaskan menyiasat kegiatan2 syaitan di muka bumi. Tugasan pertama Yuusuke adalah merampas semula 3 barang yang dicuri oleh 3 Syaitan iaitu Hiei, Kurama dan Gouki. Yuusuke berjaya menghapuskan Gouki, tapi setelah beliau menewaskan Hiei, Hiei membuat keputusan untuk menyertai Yuusuke dalam memburu syaitan2. Kurama pula sebenarnya adalah syaitan yang baik, dan dia memulangkan semula benda yang dicurinya setelah hajatnya dipenuhi, iaitu untuk menyembuhkan penyakit ibu manusianya.

Aku suka gak manga ni sebab penceritaannya yang sangat teliti dan kemas. lukisan manganya juga tak comot macam sesetengah manga yang lain.

3. Dragon Ball Z

Perlu ke aku cerita pasal Dragon Ball? Siapa yg kata tak kenal Dragon Ball mmg menipu sangat lerrrr.. Nak citer gak? yer la....

Dragon Ball Z menyambung perjalanan Goku yang dah dewasa, bersama teman2nya menjaga keselamatn bumi dari musuh2 (klise sangatzz). Musuh2 tu termasuk la Cell, Fliza, Bezita, Androids, Majin Buu dll. Goku juga mempunyai 2 orang anak iaitu Gohan dan Goten, dan juga seorang cucu bernama Pan.

Aku rasa tak perlu citer byk2 kot sbb rasenye semua org tau kisah Goku. Tapi aku masih ingat beberapa terjemahan yang salah dalam komik Dragon Ball ni dulu spt masa Goku/Gohan bertukar menjadi Super Saiya, dalam komik tu tulis, Goku/Gohan merajuk. WTF?! Merajuk? hahaha!!

4. Sailor Moon

Watak utama siri Sailormoon adalah seorang budak clumsy bernama usagi Tsukino. Suatu hari, Usagi telah bertemu dengan seekor kucing hitam yang boleh bercakap, iaitu Luna. Luna kemudiannya memberitahu Usagi yang dia sebenarnya adalah Sailormoon, iaitu seorang srikandi yang bertugas menjaga keselamatan Bumi. Usagi kemudian diberi tugas untuk mencari Puteri Bulan yang telah hilang. Dalam pencariannya. Usagi telah berjumpa dengan rakan2 srikandi Sailor yang lain iaitu Sailor Mercury, Sailor Mars, Sailor Venus, Sailor Jupiter, Sailor Saturn, Sailor Uranus, Sailor Neptune & Sailor Pluto. Mereka bersama2 mencari Puteri Bulan. namun akhirnya mereka mengetahui bahawa Usagilah Puteri Bulan yang dicari2 tu.

OMG!! OMG!! Aku sangat suka Sailormoon okkkaaayyy!!!! Aku ada koleksi manga Sailormoon dari jilid 1 sampai habis, iaitu jilid 18. Tapi yang sedihnya, banyak yang dah hilang. Aku suka teknik Lukisan dalam manga Sailormoon sampai satu ketika dulu, aku tiru bulat2 teknik lukisan manga tu.. Ramai org cakap pening baca manga Sailormoon. Aku tak tau nape, tp aku ok je baca manga tu.. Mungkin sbb banyak tulisan kot.. Huhu..

5. Naruto

Ni lagi satu manga yang aku tak perlu perkenalkan lagi sebab mmg tersangat la feymes masa sekarang nih.. Tapi takpe, aku bg sinopsis gak..

Uzumaki Naruto adalah seorang budak dimana Musang Syaitan Berekor Sembilan (Kyubi) telah dikunci di dalam badan Naruto. Musang tersebut dahulunya telah menyerang Kampung Daun (Leaf Village/Konohagakure). Jadi untuk memerangkap Musang tu, bapa kepada Naruto iaitu ketua Kampung Daun, Minato Namikaze telah berlawan bersungguh2 dengan Musang tersebut sehingga Musang tu lemah. Minato mempunyai kebolehan untuk mengawal Ruang, jadi dia telah men'teleport' musang tersebut ke kawasan yang jauh dari Kampung Daun. Tapi oleh kerana musang tu terlalu kuat, akhirnya Minato dan Uzumaki Kushina (ibu Naruto) telah mengorbankan diri mereka dan mengunci Musang tersebut ke dalam badan Naruto yang pada masa tu baru saja dilahirkan. Dari situ bermulalah kisah hidup Naruto bersama Kyubi di dalam badannya.

Manga Naruto ni sangat menarik untuk dibaca sebab kadang2 plot ceritanya sangat di luar jangkaan. ;)

So, ni ialah Top 5 manga yang aku paling suka baca. Aku yakin sape2 yang sama era dgn aku juga suka baca komik dulu kannnn.. Budak2 zaman sekarang baca komik kat internet.. Aku rasa baca komik kat internet spt takde feel komik. Komik adalah sesuatu yang sepatutnya berbentuk seperti komik, leh baca masa dgr radio, atau sambil baring2 atas katil, pastu kalau nak tido, tanda komik tu ngan lipat mukasurat tu. Perasaan 'membaca komik' tu hanya leh dirasai melalui komik sebenar, bukan komik online. Tak tau la, tu pendapat aku je.. Huhu..

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!