Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Saturday, April 9, 2011

Plain Moron! - Truancy vs Currency...


8 April 2011 - 6.10 pm

Semalam merupakan hari jadi kawan kat tempat kerja aku nih, tapi oleh sebab semalam dia baru balik dari kursus, so hari ni aku dan kawan2 kat tempat kerja ni plan nak celebrate birthday dia la kononnya.. So bincang punya bincang, kitorang plan la nak sambut kat sebuah restoran yang bernama Wawa kat Muadzam nih.. Sape2 orang Muadzam Shah mesti tau tempat ni sebab ia agak grand (walaupun makanan xde la sedap pun dan servis lembab). Selepas bagi2 tugas, aku pun ditugaskan untuk call restoran ni untuk book makanan untuk 6 orang makan....

Lalu pada jam 11.49 pagi, aku pun call la restoran tersebut. Perbualan kitorang lebih kurang macam ni (aku sbg Y dan org yg angkat telefon tu sbg W) :

W : Restoran Wawa di sini.
Y : Assalamualaikum. Saya Yazid dari Politeknik Muadzam Shah. Saya nak tanya sikit, petang ni restoran awak bukak tak?
W : Petang ni bukak.
Y : Bukak pukul berapa ya?

W : Dalam pukul 3.
Y : Okay. Boleh tak saya nak tempah makan untuk petang ni, dalam pukul 3.30? Tak ramai. 6 orang je.
W : Pukul 3.30? Macam awal sangat la encik. Hari ni kan hari Jumaat. So pekerja2 masuk kerja pukul 3, takut diorang masuk lambat dan tak sempat siapkan makanan.
Y : Tapi kan restoran bukak pukul 3, takkan diorang leh masuk lewat lak?
W : Memang diorang kadang2 masuk lewat. Macam ni la, kalau pukul 4 boleh tak?
Y : Hmmm.. Okay la, pukul 4. Boleh ke siap pukul 4?
W : Boleh encik.
Y : Okay la. Saya nak order nasi.............................
W : jap encik, saya nak ambik pen.

(Bunyi kelentang-kelentung) Dan selepas 5 minit.....

W : Encik betul ke nak tempah pukul 4 ni? Saya takut tak sempat la diorang nak siapkan makan.
Y : Laa. Bukan awak ke yang cadangkan pukul 4 tadi?
W : Tu la. Tapi saya rasa tak sempat la. takut diorang nak rehat2 dulu lepas masuk kerja. Kalau pukul 5 boleh tak?
Y : Pukul 5? Takpe la, saya kena bincang dulu. Nanti saya call balik?
W : Okay.

Perbualan tamat.

Memang aku tak call balik pun sebab pukul 5 tu dah lewat sangat.. orang nak balik kampung la weh, hari ni kan hari Jumaat! aku pelik la, setakat nak masak nasi putih, tom yam seafood, telur dadar & kailan ayam untuk 6 orang makan, takkan ambik masa sampai sejam kot? Aku tak paham sebab diorang lebih pentingkan diorang nak masuk lambat dan nak rehat2 dari kehendak pelanggan. Memang la duit kitorg yg makan utk 6 orang tu tak sebanyak mana, tapi yang penting di sini bukan duit, tapi kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan! Aku terus terang la, ini bukan kali pertama aku dikecewakan oleh Restoran Wawa. Sebelum ni ada sekali tu aku order, tapi tak dapat. Orang lain dah habis makan dah pun. Last2 dia leh cakap terlupa buat. Takde mintak maaf lak tu. Dan aku rasa Azri pun setuju kalau aku cakap, ada pelayan kat situ yang kurang ajar ngan pelanggan.

Jadi kat sini aku just nak bagi sedikit peringatan kepada mereka2 yang berurusan dengan pelanggan. Kalau boleh, jaga pelanggan elok2. Bukan kami yang nak duit awak, tapi awak yang nak duit kami. Jangan la ikut macam kedai Nasi Ayam Mustapah. Dari Gemas, ke Segamat, sekarang ke Muadzam, servis sama lembab! takde improvement langsung. Dan yang sangat menyakitkan hati, boleh lak harga kat Muadzam lebih mahal berbanding harga kat cawangan2 lain. Tapi aku bukan nak cerita pasal NAM kat sini.

Chow!!

4 comments:

yoursymbian said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aah..memg pown..aku dah marah sekali..baru ni g wawa manusia yg keji tu mc wujud kat situ..dan skg lain pla jadinyer..keji sangatzzzz

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aku tak sampai hati nak marah, tapi diorg mcm x jaga pelanggan la..

manjer said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha.... gitu rupenye cerita korang ek... hehehe... klakar btul.... apepun, thanx wat surprise kat aku tu.... ilikeeeeeeeeeeee.......

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hehe.. mmg kitorg plan awal nak mkn kat Wawa je.. Tp bila dh jd camtu, kensel ler...

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!