Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Friday, April 27, 2012

Plain Awesome! - Chocolate Printer

27 April 2012 - 11.40 am

Sape kat sini suka makan coklat, sila angkat sebelah kaki sambil tangan kanan korek hidung. Aku yakin, ramai yang suka makan coklat, termasuk la aku. 

Baru2 ni, seorang pereka kat China telah mencipta sebuah mesin yang boleh : Mencetak coklat! Yup, mesin ni boleh mencetak dan melukis menggunakan coklat. Sesiapa yang nak beli mesin ni, murah je.. harga dia USD3,500 jeeeee.. Perekanya, Dr Liang Hao mengatakan yang cara untuk gunakan mesin ni cukup mudah. Just cairkan coklat, masukkan dalam mesin, dan print la sesuka hati. Tengok la pic2 nih.






Chow!
.

Wednesday, April 25, 2012

Plain Cool! - 5S Housekeeping Course

25 April 2012 - 4.21 pm

Pada hari ini dan semalam (macam tajuk lagu la pulak), aku telah menghadiri satu kursus bertajuk 'Kursus 5S Housekeeping' yang dianjurkan oleh Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) kat poli Muadzam ni untuk staf2 yang menghandle 5S di jabatan memasing. So aku dan Rina pun terpilih untuk mewakili jabatan aku. Ok la tu, dapat la kursus 2 hari untuk tahun ni. Tinggal 8 hari lagi nak kena cari. Errrr..

Kursus ni dijalankan selama 2 hari, di Bilik Seminar ULPL. Macam2 aktiviti yang kami jalankan dalam kursus ni, termasuk lawatan tapak dan kerja berkumpulan. Tengok je la gambar2 ni k.

 Sesi lawatan ke makmal komputer.. Gigihnya havang Safawi menerangkan kpd penceramah.

 Khusyuk mendengar bebelan ceramah.

 Ni lak lawatan ke Jabatan Kemahiran & Mekanikal. Wah, aku nampak mcm bos!! Bos la sangattt~~

 Ni lak kat Unit Stor.. Sekali lagi aku berlagak macam bos.. Kakakaka!!

 Jijol & Taufiq. Taufiq, nakal yerrrr.. Raba2 sayerrr.. Errr..

Group aku. Aku tgh gigih design logo sambil diganggu dibantu oleh Razak.

 Kumpulan berapa tah. Aina buat gaya manja letewwww.. Segan kat Saiful JKM katernyerrr..

 Ni pun kumpulan brape tah.. Hahaha!!

 Saiful JKM itewwwwww..

 Kumpulan Kak Iza. Macam Datin yang mempromosikan MLM kepada downline2 je..

 Kumpulan aku lagi. Kali ni diorang sibuk ngan cop lak. Aku takde sebab aku yang ambik gambar nih.

Kumpulan Jijol. Tiru kitorang letewww buat logo guna Photoshop. :P

 Kumpulan Rina yang cover jelita.

 Saiful dan Sara yang menepuk dahi.. Nape tatawwwwwww..

 Aku kumpulan satu, so kena present dulu.. 

 Alamak, macam menyanyi plaaaa.. Biasa la, biasa pegang mic dalam Redbox je.. Errr.. Ni masa present logo kitorang.

 Logo kumpulan kitorang. Santek kaaannnnnn!! :)

 Kumpulan Sara pla buat presentation.

Kak Iza lak. Kumpulan diorang buat logo guna kertas mahjong. Hevattt!!

 Tunjuk indeks cop sampai melentik jemari.. Kaoo mampooooo??!!

 Khusyuk mendengar nih.

 Kumpulan Jijol lak. Kak Jun yg buat present. Tak nampak sgt logo diorg, tapi cantik lagi logo kumpulan aku kot.. Errr..

 Org lain dengar present, aku dok gelak2 kat belakang..

 Jejaka2 manja Poli Muadzam.. Abg Die, Razak & Safawi.

 Aina lak buat present.. Gigih ni lukis logo yang dicuri dari Encik Google.. Hahaha!!

 Terima kasih Puan Zuraini! Beliau dari Politeknik Merlimau, Melaka.

 Sesi bergambar.

'Belilah Jus-Mate 5'!!

Sekian sudah kursus pertama aku untuk tahun ni. Sedih sebab tak terpilih untuk kursus i-Creative. Tapi takpe la, nanti aku masuk kursus yang lagi best! Wachaaaa!!

Chow!
.

Monday, April 23, 2012

Plain EUWWW!! - Starbucks Hentikan Penggunakan Kumbang Dalam Resipinya!

23 April 2012 - 12.50 pm

Eh, jap. Starbucks guna kumbang dalam resipinya? Yuckkkk!!!

Kepada yang pernah merasa dan mencuba keenakan Strawberries and Cream Frappuccino dari Starbucks, korang mesti tak tahu kan antara bahan yang digunakan dalam resipi Strawberries and Cream Frappuccino tu ialah, KUMBANG!! Kumbang yang digunakan adalah dari spesis Cochineal, yang menghasilkan warna merah.
Cochineal Bug

 Kumbang ni sebenarnya dah pun diluluskan sebagai bahan makanan, tapi kalau korang tahu kumbang ni digunakan dalam makanan korang, sanggup ke nak makan? Euuuwwwwww!!!

 Kumbang ni digunakan untuk warnanya. Macam la dah takde bahan pewarna kat luar tu kannnn..

Kumbang Cochineal dimasak untuk mendapatkan warnanya. Biasanya kumbang ni digunakan dalam penghasilan warna untuk tekstil.

Tapi oleh sebab respon pengguna yang kebanyakannya tak suka ada 'kumbang' dalam makanan diorang, so akhirnya Starbucks mengeluarkan kumbang Cochineal dari senarai bahan-bahan untuk Strawberries and Cream Frappuccino mereka.. :)

Chow!
.

Sunday, April 22, 2012

Plain Cool! - RM40 Pizza Hut Coupon!

22 April 2012 - 9.44 am

Dah jadi satu kebiasaan lak aku post entry tentang kupon2.. Hahaha!! Kali ni, kupon dari Pizza Hut!!

Kupon RM40.

Kupon ni hanya sah digunakan pada 23 - 24 April 2012 SAHAJA, dan hanya untuk Take Away dan Delivery SAHAJA!! Kalau nak makan kat kedai, sila bayar harga penuh yer.. :P Dengan kupon ini, korang boleh dapatkan 3 Regular Viva Pizza + 6 Soup-Of-The-Day dengan harga hanya RM40.00 (Jimat RM36.20)!! Macam biasa, bukannya aku nak suruh korang makan sorang2.. Kongsi la 6 orang, so sorang just keluar dalam RM10 je.. Same je harga ngan makan Meatball Ikea set 10 biji kannn.. :)

Cara2 nak guna :
1) Print kupon kat SINI. Print hitam putih juga dibenarkan.
2) Pergi ke mana2 cawangan Pizza Hut (kecuali KLCC, Genting & Wangsa Maju).
3) Tunjuk kupon, order (take away) 3 Regular Viva Pizza.
4) Bayar RM40.00 (tak termasuk tax 6%)
5) Tunggu pizza siap. Bila dah siap, bawak la pizza tu ke mana2.
6) Makan sampai muntah.

*Untuk yang order delivery, kena bayar extra RM2 utk caj penghantaran.

Chow!!
.

Friday, April 20, 2012

Plain Cool! - Jumlah Tunggakan Gaji Kakitangan Kerajaan April 2012!

20 April 2012 - 7.59 pm

Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan, aku juga sama macam kakitangan kerajaan yang lain, iaitu dengan tidak sabarnya menunggu gaji bulan April ni sebab dikatakan tunggakan kenaikan gaji akan dibayar sekaligus untuk 3 bulan bersama gaji bulanan.

So bila aku check slip gaji kat www.anm.gov.my hari ni, slip gaji dah keluar!! So dengan nervousnyer aku membukak slip gaji tersebut........ Wahlaweiiii!!! Tunggakan gaji masukkkkk!!! :)

Nampak??!! Tung. Gaji (Thn Semasa) katernyerrrr.. Sori la, amaun gaji terpaksa disencored sebab gaji aku kecik je.. Malu nak tunjuk.. :P

Walaupun slip dah keluar, tp gaji ni tak masuk akaun lagi yer.. 25 April nt baru masuk.. So kakitangan kerajaan sekalian, silalah memboroskan diri anda di hari gaji nanti occayyyyy!! (Nasihat yang tak patut diikut)

Chow!!
.

Thursday, April 19, 2012

Plain Awesome! - Another Promo For EqbalZack.com!

19 April 2012 - 11.24 pm

Seperti yang korang semua tahu (kalau korang seorang blogger tegar la), Abg Eqbalzack (owner www.eqbalzack.com) telah menyertai DiGi WWWOW Awards 2012 bagi kategori Blogger Of The Year. Pelbagai promosi telah beliau jalankan bagi meraih undi peminat2, dan penyokong2 beliau juga tidak ketinggalan dalam mempromote dan berkempen untuk beliau.


Klik banner atau SINI untuk ke blog beliau dan vote (voting hanya akan bermula pada 23 April 2012 sehingga 13 Mei 2012).

Bagi mempergiatkan lagi kempem promosi di pihak aku untuk Abg Eq, aku telah meletakkan banner di atas ni sebagai header blog aku dan juga sebagai cover photo akaun FB aku. Now, aku telah jugak membuat sebuah video bagi mempromosikan lagi kempen ini di Youtube. Tengok la video yang tak seberapa ni yer. :P


Diharap dengan kempen2 yang aku dan penyokong2 lain, juga kempen Abg Eq sendiri jalankan, dapat meraih cukup undi bagi blog www.eqbalzack.com meraih Award Blogger Of The Year tersebut. We are rooting for you Abg Eq!! ;)

Chow!!
.

Plain Cool! - McD's Free 20pcs McNuggets Coupon!

19 April 2012 - 6.06 pm

Masa untuk kupon lagik! Yeah!! Kali ni, kupon McDonald.


Tapi untuk kupon ni, korang kena order melalui McDelivery yer.. Kalau korang tunjuk kupon ni kat cawangan2 McD, mmg takkan dilayan.. HANYA UNTUK McDelivery!!

Dengan kupon ni, kalau korang membuat pembelian melebihi RM45.00 melalui McDelivery, korang akan dapat set 20 ketul McNuggets secara percuma! Yup, percuma! Cara2nya :

1) Print kupon kat SINI
2) Call 1300-13-1300 dan buat order melebihi RM45.00. JANGAN LUPA UNTUK MEMAKLUMKAN YANG ANDA ADA KUPON NI SEMASA MEMBUAT PESANAN!
3) Tunggu diorang hantar pesanan korang ke rumah.
4) Bila diorang sampai, serahkan duit dan kupon.
5) Makan sampai muntah

Promosi ini akan berjalan setiap hari bermula 18 April 2012 sehingga 18 Mei 2012 (11am - 4am). 

Chow!
.

Tuesday, April 17, 2012

Plain Cool! - RM1 Pizza Hut Promotion!!

17 April 2012 - 9.36 am

Promotion lagi!! Kali ni Pizza Hut lak. Adakah korang pengguna Hot Ticket Maxis? Kalau ya, korang boleh dapatkan pizza kat Pizza Hut dengan membayar cuma RM1 je!! Yup, serius!!


Caranya mudah je.

1) Beli 2 keping Hot Ticket Bola 3.0 yang berharga RM15.
2) Pergi ke mana2 cawangan Pizza Hut dengan membawa tiket2 tu bersama duit RM1.
3) Order mana2 family favourites pizza dan bayar guna tiket2 tu dan duit singgit tadi.
4) Makan.

So, disamping korang dapat guna kredit Hot Ticket Bola 3.0, korang gak dapat pizza dgn harga RM1 je... Tak ke untung??!!

Terma dan syarat :
1) Hot Ticket yang original je akan dilayan. Kalau korang guna yang fotostat, dengan korang2 akan disumbat dalam mesin fotostat nanti.
2) Hanya sah untuk pembelian 'Family Favourites Pizza'.
3) Sah di semua cawangan Pizza Hut kecuali di Genting, Wangsa Maju, KLCC dan PHD.

Chow!
.

Plain Cool! - RM5 Burger King Promotion!

17 April 2012 - 9.21 am

Promotion time!! Sesiapa yang suka Burger King (aku sangat suka! sekian), sekarang ade promotion yang hagak best. RM5 burgers!!


Bermula semalam (16 April 2012) sehingga 20 Mei 2012, Burger King akan mengadakan promosi setiap minggu selama 5 minggu ni dengan memberikan harga yang sangat best untuk 5 jenis burger diorang, iaitu harga semurah RM5! 5 minggu, 5 burger, RM5!!

Minggu 1 (16 - 22 April) : BBQ Cheeseburger (sedapppp!!!)
Minggu 2 (23 - 29 April) : BK Doubles Fish N Crisp (tak tau la sedap ke tak sebab aku tak suka burger ikan)
Minggu 3 (30 April - 6 Mei ) : BBQ Beefacon Cheese (sedap jugakkkk!!)
Minggu 4 (7 - 13 Mei ) : Chicken Royale (tak sure gak. tak pernah try)
Minggu 5 (14 - 20 Mei ) : BK Doubles Blackpepper (sangat sedapppp!!)

Korang gak leh tambah RM1 untuk tambah medium fries. Promotion ni tak perlukan korang untuk print apa2 kupon. Just gi je kat kaunter BK pada tarikh2 tu. :)

I love Burger King!!

Chow!
.

Sunday, April 15, 2012

Big Plain Screen - The Hunger Games Review

15 April 2012 - 11.21 am

Dah tersangat lama rasanya aku tak buat movie review. Oleh kerana semalam aku dan Kaki Wayang (Owner Betol-Betol Hangat) gi tengok wayang kat Kuantan, aku nak buat review tentang salah satu movie yang kitorang tengok semalam. Kitorang tengok 3 movie iaitu Battleship, The Hunger Games dan Wrath Of The Titans. Aku akan buat review tentang movie Battleship jap lagi kot. Tapi utk kali ni, aku nak review teantang The Hunger Games!



The Hunger Games (THG) adalah sebuah filem adaptasi dari sebuah novel yang berjudul sama. Bagi aku yang langsung tak pernah baca ataupun dengar pasal THG, so penilaian yang aku akan buat akan hanya berdasarkan kepada movie yang aku tengok semalam.. Gituuuuu..

THG mengisahkan tentang satu dunia yang mempunyai 13 daerah (district) iaitu District 1 hingga 12 merupakan kawasan penduduk, manakala District 13 adalah bandar utama diorang, iaitu Capitol. Setiap tahun, Capitol akan menganjurkan THG, dimana setiap District perlu menghantar 2 orang wakil (perempuan dan lelaki) yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun untuk menyertai THG. Peserta2 ini akan saling berbunuhan antara satu sama lain sehinggalah hanya seorang je yang tinggal, dan dialah pemenang THG. Tujuan THG diadakan adalah untuk memastikan 12 daerah tersebut tunduk di bawah pemerintahan Capitol.

Movie ni adalah sepanjang lebih 2 jam, tapi untuk sejam yang pertama, penonton akan disajikan dengan pengenalan kepada watak2 je. Memang sangat kurang aksi. Bagi penonton yang mementingkan aksi dari mula sampai akhir, baik jangan tengok movie ni. Gerenti korang tertidur. Pengenalan kepada watak utama iaitu Katniss, Peeta, Gale, dan watak2 dari District lain. Katniss dan Peeta adalah calon yang terpilih bagi mewakili District 12 (District termiskin).

Walaupun filem ni agak slow plotnya, tapi bagi aku pergerakan filem ni agak laju, malah leh dikatakan terlalu tergesa-gesa dalam pengenalan watak2, seolah2 tempoh sejam pertama tu tak cukup untuk memperkenalkan setiap watak. Akhirnya penonton hanya akan fokus kepada emosi Katniss, sebab watak2 lain terlalu kurang pendedahannya dan ini menjadikan penonton akan bias terhadap Katniss. Memangla dia watak utama, tapi bagi aku watak Peeta juga perlu dititikberatkan emosinya supaya semasa adegan akhir yang diorang nak makan beri beracun tu, penonton akan lebih terkesan.

Pengisian yang aku rasa terlalu kurang dalam filem ni ialah : the romance. Cewahhhh!! Tapi memang betul pun. Bagi sesiapa yang pertama kali menonton filem ni tanpa membaca bukunya, korang takkan dapat rasa bibit2 percintaan di antara katniss dan Peeta. Aku yang sensitif ni pun tak dapat rasa, inikan pulak korang2 yang berhati gagah perkasa tu kannn.. Masa Katniss diarahkan untuk membunuh Peeta, serius aku tak dapat rasa ke'tense'annya.. Bagi aku ini sesuatu yang gagal......

Tapi dari aspek lain, aku rasa filem ni agak berjaya. Babak pembunuhan beramai2 semasa THG dimulakan agak menakutkan. Kanak2 berumur 12 tahun dibunuh sewenang2nya, memang menaikkan bulu roma aku.. Hehehe.. Babak hutan terbakar pun sangat hebat!! Thumbs Up!!

Aku rasa, selain kekurangan dari aspek romance tadi, filem ni agak berjaya walaupun tak sempurna. Aku tengok takde pun penonton yang keluar dari panggung, membuktikan yang filem ni mampu menarik perhatian. Tapi tu la, seperti yang aku cakap tadi, kalau korang mengharapkan aksi dari awal movie sampai akhir, tak payah la tengok THG k.. Hehehe..

Ok, tu je review pendek utk movie The Hunger Games. lepas ni aku buat review Battleship lak..

Chow!!
.

Saturday, April 14, 2012

Plain Cute - The Power Of Doraemon!

14 April 2012 - 7.27 am

Jap lagi aku ngan Kaki Wayang (owner Betol-Betol Hangat) nak gi Kuantan utk layan movie.. Cadangnya nak tengok 3 movie sekaligus iaitu Battleship, The Hunger Games dan Wrath Of The Titans. Gigih takkkkkk?!! Tapi sementara nak bersiap2 jap lagi, aku buat dulu satu entry yg super shomelllllllllll (bak kata Kaki Wayang).. Jom tengok gambar2 Doraemon yang dah bertukar rupa!! Serius sangat comel occayyy!! Gerammmmmm!!! Grrrrrr...




















































Hehehehe.. Comel kan mereka!!! :)

Chow!
.

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!