Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Sunday, April 15, 2012

Big Plain Screen - The Hunger Games Review

15 April 2012 - 11.21 am

Dah tersangat lama rasanya aku tak buat movie review. Oleh kerana semalam aku dan Kaki Wayang (Owner Betol-Betol Hangat) gi tengok wayang kat Kuantan, aku nak buat review tentang salah satu movie yang kitorang tengok semalam. Kitorang tengok 3 movie iaitu Battleship, The Hunger Games dan Wrath Of The Titans. Aku akan buat review tentang movie Battleship jap lagi kot. Tapi utk kali ni, aku nak review teantang The Hunger Games!



The Hunger Games (THG) adalah sebuah filem adaptasi dari sebuah novel yang berjudul sama. Bagi aku yang langsung tak pernah baca ataupun dengar pasal THG, so penilaian yang aku akan buat akan hanya berdasarkan kepada movie yang aku tengok semalam.. Gituuuuu..

THG mengisahkan tentang satu dunia yang mempunyai 13 daerah (district) iaitu District 1 hingga 12 merupakan kawasan penduduk, manakala District 13 adalah bandar utama diorang, iaitu Capitol. Setiap tahun, Capitol akan menganjurkan THG, dimana setiap District perlu menghantar 2 orang wakil (perempuan dan lelaki) yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun untuk menyertai THG. Peserta2 ini akan saling berbunuhan antara satu sama lain sehinggalah hanya seorang je yang tinggal, dan dialah pemenang THG. Tujuan THG diadakan adalah untuk memastikan 12 daerah tersebut tunduk di bawah pemerintahan Capitol.

Movie ni adalah sepanjang lebih 2 jam, tapi untuk sejam yang pertama, penonton akan disajikan dengan pengenalan kepada watak2 je. Memang sangat kurang aksi. Bagi penonton yang mementingkan aksi dari mula sampai akhir, baik jangan tengok movie ni. Gerenti korang tertidur. Pengenalan kepada watak utama iaitu Katniss, Peeta, Gale, dan watak2 dari District lain. Katniss dan Peeta adalah calon yang terpilih bagi mewakili District 12 (District termiskin).

Walaupun filem ni agak slow plotnya, tapi bagi aku pergerakan filem ni agak laju, malah leh dikatakan terlalu tergesa-gesa dalam pengenalan watak2, seolah2 tempoh sejam pertama tu tak cukup untuk memperkenalkan setiap watak. Akhirnya penonton hanya akan fokus kepada emosi Katniss, sebab watak2 lain terlalu kurang pendedahannya dan ini menjadikan penonton akan bias terhadap Katniss. Memangla dia watak utama, tapi bagi aku watak Peeta juga perlu dititikberatkan emosinya supaya semasa adegan akhir yang diorang nak makan beri beracun tu, penonton akan lebih terkesan.

Pengisian yang aku rasa terlalu kurang dalam filem ni ialah : the romance. Cewahhhh!! Tapi memang betul pun. Bagi sesiapa yang pertama kali menonton filem ni tanpa membaca bukunya, korang takkan dapat rasa bibit2 percintaan di antara katniss dan Peeta. Aku yang sensitif ni pun tak dapat rasa, inikan pulak korang2 yang berhati gagah perkasa tu kannn.. Masa Katniss diarahkan untuk membunuh Peeta, serius aku tak dapat rasa ke'tense'annya.. Bagi aku ini sesuatu yang gagal......

Tapi dari aspek lain, aku rasa filem ni agak berjaya. Babak pembunuhan beramai2 semasa THG dimulakan agak menakutkan. Kanak2 berumur 12 tahun dibunuh sewenang2nya, memang menaikkan bulu roma aku.. Hehehe.. Babak hutan terbakar pun sangat hebat!! Thumbs Up!!

Aku rasa, selain kekurangan dari aspek romance tadi, filem ni agak berjaya walaupun tak sempurna. Aku tengok takde pun penonton yang keluar dari panggung, membuktikan yang filem ni mampu menarik perhatian. Tapi tu la, seperti yang aku cakap tadi, kalau korang mengharapkan aksi dari awal movie sampai akhir, tak payah la tengok THG k.. Hehehe..

Ok, tu je review pendek utk movie The Hunger Games. lepas ni aku buat review Battleship lak..

Chow!!
.

2 comments:

millerJ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ya, indeed! hunger games went on slowly and i was pretty bored , waiting for actions.haha.. but then the middle was okay when they started to hunt each other. wrath of the titans was cool and pretty awesome. the most awesome wud be battleship!haha. graphic and animation is real superb. thumbs up ^^

Yazid Yahya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@millerJ : I can't tell about Wrath Of The Titans because I fell asleep during the movie.. :P Was too tired I guess..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!