Kepada yang kenal aku, mesti tau yang besday aku dah lepas, iaitu pada 29 September yang lepas. Siap ada surprise besday party lagi. :) So sekarang aku dah berumur 24 tahun (erkkkk?!!). Hahaha!! Aku ada dapat hadiah dari kawan2, dan aku ada buat entry pasal hadiah2 tu. Kali ni, aku nak buat lagi satu entry sebab aku dapat satu lagi hadiah besday. :)
Masuk opis je, nampak bungkusan yg comel ni. :) Thanks Pui (Lee Pui Har).
Bila dah buka, tadaaaaaa!!! Angry Bird plushie! So cute~~
(Bukan hard disk tu hadiahnya. Haha!)
Plushie yang comel atas tangan yang santek.
Macam biasa, masuk wall of fame aku. :)
Dah penuh dah partition aku dgn macam2 gift. Sayang semuanya!! (Gedik lak)
Best dan seronok bila dapat hadiah! Ade tak sesiapa yang nak bagi lagi? Tak kisah la bagi lambat. Hadiah murah2 pun takpe. Huhuhuhu~~~
Dulu aku pernah buat satu GiveAway kat ofis aku ni, iaitu buat bookmark untuk diberikan secara percuma. Pada mulanya, bookmark2 tu aku buat sebagai doorgift untuk Perhimpunan Bulanan, tapi oleh kerana banyak lebih, so aku bagi kat staf2 dan student2 yang nak.
Kali ni, aku buat lagi satu GiveAway yang sama, iaitu bookmark (sebab senang nak buat) lagi. Tapi yang berbeza kali ni ialah, bookmark2 tu aku buat khas untuk diberikan kepada staf2 dan student2, dan bookmark2 tu berwarna, dan mempunyai design2 yang cantik. Aku buat benda ni masa weekend sebab aku sangat bosan takde benda nak buat kat rumah. :)
Bookmark yang dah siap dilaminate dan di potong2.
Yang dah siap diikat riben. Buat kat atas katil tu. Haha~~
Yang ni dah siap dicucuk kat lidi sate (haha!) dan ready untuk digantung kat notice board.
Aku gantung benda tu pagi tadi, tapi tengahari ni aku tengok, dah hampir habis. Laku ler.. Huhu~~ Thanks pada sesiapa yang ambik. Aku tak kisah korang nak ambik berapa banyak pun, just jangan buang dah ler. :)
Semalam, aku ngan si Manjer telah pergi ke Keratong untuk menghadiri satu majlis hapekebende tah. Tapi sebenarnya kitorang gi sana sebab, ada Dato' Siti Nurhaliza!! Mula2 aku ingat nak tengok persembahan Siti je, tapi si Manjer ajak aku pergi backstage bila dia dapat lampu hijau dari kawan dia yang jaga VIP.
Biasanya orang tak dibenarkan untuk pergi ke backstage, tapi sebab Manjer kenal orang tu, so kitorang dapat layanan istimewa. Huhu. Masa kat backstage tu, tak nampak pun Siti. Yang ada cuma artis2 yang sumpah aku tak kenal, kecuali Haida yang pernah berduet dengan Senario dulu. Tu pun aku tak berapa nak cam sebab hidung dia dah 'laen'.. :P
Anyway, aku memang tak heran langsung ngan artis2 (artis ke?) yang langsung tak dikenali tu. Aku cuma nak tengok Siti! Siti takde kat backstage yang panas (ada satu kipas je) sebab Siti rupa2nya ada satu khemah yang khas untuk dia. Besar, siap ada aircond lak tu. Tetiba kawan Manjer tu ajak kitorang jumpa Siti.. WTF??!! Seriously??!! Yup, memang dia bawak kitorang jumpa Siti!!
Masa aku ngan Manjer masuk bilik VIP (khemah Siti) tu, cuma ada 3 orang je dalam tu. Siti, Kak Rozie (kakak ipar Siti) dan sorang lelaki penjaga pintu. Punya la berdebar2 aku rase mase tu, macam jantung nak gugur. Ye la, Siti ada kat depan mata! Dan beliau SANGAT CANTIK!! Lalu kitorang pun dengan malu2 kambeng, cakap kat Siti nak ambik gambar. Mula2 aku ingat Siti ngan Kak Rozie macam tak suka, tapi sangkaan aku meleset. Diorang layan kitorang dengan mesra sekali! Memang tabik la kat Siti!! Sporting habesss!!
Tapi oleh kerana aku terlalu nervous, aku ambik gambar sekeping je dgn dia.. Huhu.. Tapi tak kisah la.. Yang penting aku dah dapat bergambar ngan Siti. Satu pengalaman yang memang tak dapat dilupakan. Manjer lak ada bawak CD 'Falling In Love' yang dia baru beli, so Siti pun sain kat album tu. Ruginyer aku takde beli album tu. Kan best kalau aku menang GA Abg Eqbalzack tu kan!! Tapi malangnya aku tak menang.. Huhu~~
Anyway, ada banyak pic yang kitorang snap dalam bilik VIP dan juga masa Siti buat persembahan. Aku malas nak upload banyak2 pic, so aku buat video je yang mengkompilasikan gambar2 tu dan juga satu video Siti nyanyi untuk persembahan yang Manjer sempat record.
Enjoy!!
Muka nervous.. Hahaha!! Siti yg sangat sporting~~~
Lately, aku ngan Kaki Wayang agak taksub dengan lagu2 irama Malaysia nyanyian penyanyi tersohor iaitu Dato' Siti kiter.. Tiap kali gi makan, memang kitorang pasang CD lagu2 tradisional Siti kat dalam kereta, dan lagu yang paling kerap kitorang ulang ialah lagu Kurik Kundi.
Kitorang suka lagu ni sebab lagu ni mengandungi banyak rentak dalam satu lagu. Ala2 1Malaysia gehtooo.. Rasenyer semua orang dah pernah dengar lagu ni kan.. Tapi aku nak jugak letak lirik lagu tu (gigih nih).
Kurik Kundi - Siti Nurhaliza
Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan Nak berkisar kaya tutur bicara Kalau tinggi untung jadi bintang Oh... oh... oh... Kalau rendah masih jadi intan Teratak mahligai bak dipayung teduhnya Bila budi melingkar anak asuhan Adat yang lama berbudi berbahasa Akar kehidupannya Yang kurik kundi yang merah saga Baik budi indahlah bahasa Oh... oh... oh... Pantun lama tinggi kiasannya Berpantun seloka sambil menari canggung Serentak melangkah rentak timur diarak Gurau senda Sopannya dijaga Sepakat makin kukuh terikat Hang dok pi hang dok mai Lagu tu lagu mana Pi sini pi sana depa menghela sakan Awatlah dok kalut megah condong ke barat Mai kita... Pakat tarik ramai-ramai Biar ke timur condongnya ( Perak ) Ada...O...ada E... Bunyinya tidaklah serupa Erti tidak berbeza Betui yong betui sungguh Betui ape di kate Selembut tarian hoi... Nak muda berlotah Tutur bahasanya Maghi yop maghilah yong Maghi kita memikio Parit dengan kuala Cakap tidak serupe...(ateh) Dihitung beratus beratus bilangan Digali beratus-ratus terpendam Saga dalam lagu pada indah syairnya Kundi dalam tarian Indah lenggok tarinya Aduhai indahnya... ( Negeri Sembilan ) Mana usang diperbarui Mana lapuk hai dikajangi Mana elok dipakai ondeh dipakai Kalau singkat cantik manis Disambungkan... Kalau panjangan cantik manis... Mintak dikerat... Yo sungguh yo bonar Kato sungguh dikato Muafakat ya tuan Ibu adat di ondeh tidak dilupa Tak boghodat Minum tidak bergula Tak bobudi Pohon tidak berbuah Tak boghodat Minum tidak bergula Tak bobudi Bagai pohon tidak berbuah Yang kurik kundi yang merah saga Baik budi indahlah bahasa Oh...oh...oh...oh... Pantun lama tinggi kiasannya ( Kelantan ) Teghtek teghning oghe kito Hok tu keno jago Jange sapa berlete kale Luar napok come jange dale Habih kuca lembe Luar napok come Jange dale habih kuca lembe ( Sabah ) Membubutlah bayu Lalu limpas siring semalu Mengalai bagai tari sesuku Tari sesuku ( Sarawak ) Selembut madah begitu taghi Sek ada sakit ghasa di hati Kame` nyambut madah tuan hulurkan Kita` nyambut madah kame` hulurkan Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan Nak berkisah kaya tutur bicara Kalau tinggi untung jadi bintang Oh... oh... oh... Kalau rendah masih jadi intan Yang kurik kundi yang merah saga Baik budi indahlah bahasa Oh... oh... oh... Pantun lama tinggi kiasannya
Selain lagu ni, kitorang layan gak semua lagu Siti yang berlenggok2 vagaih! Ni koleksi yg hadoooo..
Ok. Tu je.. (Entry yang langsung takde isi. haha! Have I story??!! = Ade aku kesah??!!)
Kali ni, sekali lagi aku nak join satu lagi GA kelolaan Abg Eqbal Zack! Mula-mula aku ingat nak skip GA kali ni, tapi aku sangat-sangat tertarik dengan hadiah yang ditawarkan. :) SO, let the game begin~~~
Abg Eq mintak buat satu entry yang simple.. So, aku yang hanya tau melukis sket2 ni, nak buat entry dalam bentuk komik je la.. :)
Kalau tak nampak tukisan, klik kat pic tu ek.. :)
ps : abg Eq, tu sekadar gurauan je k.. tak berniat pun nak buat abg terasa hati yer.. :)
ps lagi : pic dalam petak pertama komik tu memang betol2 layout bilikku.. :)
This is where I speak my mind. This is where Italk mywalk. This iswhere I saythings I'llprobably regret later. This iswhere I writewhat I hear, what I see, what I feel, what Iknow, what I'm into.. This is not who I am.This iswhat I am.
Hi.. I'm just a simple guy who loves to write.. Info, I hate misspelling so bad, so feel free to point out any spelling mistake that you run into while reading my writings.. You'll be doing me a favor, really! :)