Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, November 22, 2011

Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [2]

22 November 2011 - 9.49 am

Contest oleh Eqbalzack.com. Klik SINI untuk details.


Title : "Lecturer-student relationship, anything wrong?"

Hubungan antara pensyarah dan pelajar adalah sesuatu yang sangat suci, bak hadis Rasullullah,

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin.  Justeru, kamu akan bertanggungjawab terhadap mereka yang berada di bawah kepimpinanmu…”

Pensyarah dijulang seolah pemimpin yang menuntun rakyat yakni pelajar dalam ilmu kehidupan amnya, dan ilmu akademik khasnya. Adalah amat mendukacitakan sekiranya hubungan yang diangkat tinggi martabatnya ini dicorengkan dengan interaksi yang kurang elok sama ada dari segi pemahaman mahupun perbuatan.

Bukanlah salah sama sekali jika pensyarah dan pelajar menginginkan sesama mereka lebih dari sekadar seorang pemberi ilmu dan pencari ilmu, namun sempadan haruslah dibentuk agar tingkah dan rasa tidak menongkah menyongsangi arus sebenar. Jika rentak hubungan ini dialun dengan penuh santun, nescaya hasil yang tertari akan mempesona.

Hubungan pensyarah-pelajar yang hebat memupuk perasaan hormat,
Keserasian yang tersemat membentuk setinggi-tinggi semangat,
Langkah mengejar ilmu tidak akan meriak penat,
Setiap tindak tidak akan berkira dengan keringat,
Dari hubungan pengajar dan pembelajar kuat, lahirlah insan yang sehebat-hebat umat….

“The most effective teacher will always be biased, for the chief force in teaching is confidence and enthusiasm.”
-Joyce Cary-

Tempoh masa untuk menimba ilmu tidaklah selama mana. Alangkah indahnya jika ruang ini dianyam dengan alunan-alunan ilmu, tanpa usikan dari permainan perasaan. Mungkin sekelumit boleh diselitkan bersama, namun biarlah ianya sekadar menjadi penyeri ketika muak, pemujuk ketika hiba. Betapa cantiknya jika hubungan rasa yang melebihi keperluan itu ditangguh seketika, sehingga tamatnya pengajian. Bukankah ketika itu perasaan itu akan lebih di’rasa’?

Seraya ini, jika perlu dipilih antara dua, akanlah ditulis bahawa hubungan yang lebih daripada sekadar hubungan akademik antara pensyarah dan pelajar, walaupun tidak salah, namun tidak juga diwajib ada. Tunggulah detik yang cantik, iaitu setelah segulung sijil digenggam erat.


(274 patah perkataan)

3 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam..

terima kasih sbb sudi tag alif... hum...nak join jugak tapi tak reti lah nak mengarang..huhuhu...

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@alif ismail : hehehe.. ikut kreativiti sendiri je.. x perlu fikir2 sgt pun.. masuk yer alif.. :)

fRaMe+LenSeS said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nadh datang melawat peserta contest mr.Eq. tahniah.. Suka cara kamu menyampaikan pendapat.

moga berjaya. ;)

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!